Kutipan filem NGANGKUNG 5 Hari – RM3 JUTA!

Ini berita panas yang MiG Online baru terima dari Penerbit Ngangkung, mengikut jumlah kutipan bermula pada 25 November hingga semalam (29 November 2010) kutipan filem komedi seram NGANGKUNG arahan Ismail Bob Hasim telah mencecah RM3 juta!! Tahniah diucapkan kepada semua tenaga produksi filem NGANGKUNG kerana SEKALI LAGI berjaya menambat hati para penonton Malaysia. semoga filem NGANGKUNG dapat memecah rekod Box Office.

Shaheizy Sam promote Ngangkung

Alhamdulillah, MiG online baru dapat berita yang filem komedi seram terbaru keluaran Metrowealth Pictures, NGANGKUNG yang berada di pawagam sejak semalam mendapat sambutan hangat. Di sesetengah pawagam, memang seat full. MiG Online berharap filem ini akan terus mendapat tempat di hati peminat. Ok, apa kata kita dengar ucapan dari pelakon utama filem NGANGKUNG, Shaheizy Sam.

 

Statistik MiG Online terus naik!

Thanks sangat-sangat dekat korang semua yang sudi melawat page ni. mengikut rating yang disediakan, blog nie terus mendapat sambutan dari peminat-peminat di luar sana dengan kenaikan sehingga 120%! Terima kasih sebab bagi sokongan walaupun blog ni masih ‘bau susu’ lagi bak kata bos kami David Teo. :)

Kepada anda semua,nantikan sekejap je lagi, video khas Shaheizy Sam hanya untuk peminat blog MiG Online. ;)

NGANGKUNG Kini Di Pawagam!

Filem Komedi Seram lakonan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jazmin kini di pawagam. Ianya mengisarkan tentang tabiat memuja nombor ekor 3 sahabat ini dalam usaha mereka untuk menjadi orang kaya segera. Pelbagai peristiwa seram dan kelakar terjadi. Adakah mereka akan berjaya dengan hanya memuja nombor ekor? Jangan lupa sakisikan filem komedi seram paling meletup 2010, NGANGKUNG di pawagam sekitar anda. :)

 

Pelakon-pelakon NGANGKUNG bersama Penerbit, David Teo.

This slideshow requires JavaScript.

NGANGKUNG Di Pawagam Esok!

Ngangkung, sebuah filem komedi seram arahan pengarah Ismail ‘Bob’ Hasim, akan menemui peminat di pawagam seluruh negara esok, jangan lupa saksikan filem ini yang pastinya akan menghiburkan anda lakonan SHAHEIZY SAM, ANGAH (Raja Lawak), AZAD JAZMIN, PUTRI MARDIANA, EIRA SYAZIRA, LAN PET PET dan ramai lagi.

Jom kita tengok sebahagian dari sedutan filem Ngangkung ni. :)

Sekitar lokasi drama KLIK

Minggu lepas MiG berkunjung ke lokasi drama ‘Klik’ di Damansara. Memang menarik dan terhibur melihat lakonan dari artis-artis remaja yang membintangi drama ini. Drama ini turut diserikan dengan kehadiran Pelakon Wanita Terbaik FFM 23, Lisa Surihani yang turut sama menjayakan drama untuk ASTRO CERIA ini. Kepada peminat semua, boleh layan gambar-gambar di sebalik tabir drama KLIK ini, untuk kita-kita aje. :)

This slideshow requires JavaScript.

Press Conference Ngangkung

Bagi sesiapa yang masih tertanya-tanya apa itu NGANGKUNG, segala persoalan terjawab di Press Conference Ngangkung yang berlangsung di E@Curve, Cineleisure Damansara semalam (8 November 2010). Kepada yang masih tak tahu, Ngangkung ni bahasa saintifik untuk “Puja nombor ekor”, macam puja perigi buta, kubur dan sebagainya. Sidang akhbar tersebut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis yang menjayakan filem Ngangkung seperti Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Eira Syazira dan Putri Mardiana. Majlis turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Farid Kamil, Ariel Zafrin dan ramai lagi.

Ngangkung, sebuah filem komedi seram arahan Ismail Bob Hasim bakal menemui anda pada 25 November 2010. Jangan lupa saksikan filem komedi menarik ini di pawagam berhampiran anda.

Gambar sekitar sidang akhbar Ngangkung.

 

Majlis Doa Kesyukuran tamat penggambaran drama “Takut Bini Sayang Suami”

Memang meriah majlis doa kesyukuran sempena tamat penggambaran drama “Takut Bini Sayang Suami” yang berlangsung di ibu pejabat MIG Khamis lalu. Majlis ini telah disertai oleh artis-artis dan krew-krew yang menjayakan penggambaran drama ini seperti Putri Mardiana, Alex Yanz, Mon Ryanti, Shasha Zurazie, adik Farisha Fatin serta pengarah drama ini, Along Kamaludin. Majlis kesyukuran ini turut dihadiri CEO Metrowealth, Mr David Teo dan Pengurus Operasi MIG, Ms Jane Lim. Kepada peminat-peminat drama bersiri terbitan Metrowealth yang pastinya berkualiti, jangan lupa saksikan “Takut Bini Sayang Suami” yang dijayakan oleh Zul Yahya dan Putri Mardiana yang konfim akan buatkan semua tertawa dengan telatah dan karenah keluarga mereka setiap Khamis dan Jumaat, 9.30 malam bermula 4hb November hanya di TV9.

Gambar sekitar majlis doa kesyukuran tamat penggambaran drama “Takut Bini Sayang Suami”