Selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara. Macam-macam perkara menarik yang berlaku pada tahun 2010 nie, antaranya ADNAN SEMPIT membuka tirai dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman diikuti dengan NGANGKUNG. So untuk malam tahun baru,jom kita tengok apa Amy Mastura dan Erynne Erynna nak ucapkan kepada anda semua.
Monthly Archives: December 2010
AHMAD IDHAM, EIZLAN YUSOFF promote DAMPING MALAM
Filem seram terbaru arahan AHMAD IDHAM menjengah pawagam di seluruh negara pada hari ini (30 Disember 2010) mengisahkan tentang sebuah keluarga yang diganggu sesuatu yang ‘mendampingi’ mereka… Tak payah nak ulang banyak kali la, kan? kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut, jom klik entry nie, ada sinopsis ringkas DAMPING MALAM.
Khas untuk peminat-peminat, AHMAD IDHAM dan EIZLAN YUSOFF ada pesanan buat anda..
Anugerah Yasmin Ahmad milik Shaheizy Sam

Gambar diambil dari mstar.com.my
Terkejut super, hepi teramat dan syukur tak terhingga, itulah yang terjadi kepada pelakon paling meletup 2010, SHAHEIZY SAM yang menerima anugerah khas dari Anugerah Skrin 2010, Anugerah Yasmin Ahmad (berapa banyak anugerah daa…
). Mungkin itu juga perasaan peminat-peminat SHAHEIZY SAM apabila beliau menerima anugerah tersebut dan semestinya semua setuju atas penghargaan yang di berikan kepada beliau, kan? Ada lagi gambar SHAHEIZY SAM untuk tatapan peminat-peminat.
Gambar-gambar Malam Anugerah Skrin 2010
Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung di PWTC jumaat lepas memang best, ramai artis-artis datang memeriahkan suasana termasuk artis-artis di bawah naungan Metrowealth seperti SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, PUTRI MARDIANA, DIANA AMIR, KAMAL ADLI, INTAN LADYANA dan AERIL ZAFRIL. Jom kita tengok sikit gambar-gambar diorang….
Lisa Surihani & Mia Sara Nasuha
DAMPING MALAM… Sumpahannya mendampingi anda 30 Disember ini.
Mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA.
Hidup mereka serba moden. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendirian.
Kejadian aneh bermula apabila NURAIZA memulakan sesi persekolahannya di mana dia kerap diganggu oleh makhluk yang datang menuntut janji. Apakah yang akan terjadi? Sama-sama kita mencari jawapannya 30 DISEMBER ini,
DAMPING MALAM… Ku Tuntut Janjimu…
Belajar Berpantun ‘AKU MASIH DARA’ bersama Uncle David.
NGANGKUNG Filem Box-Office baru
Ngangkung 4 Minggu tayangan – 8 juta!
Tahniah kepada tenaga produksi NGANGKUNG atas kejayaan mencatat kutipan paling tinggi dalam sejarah filem Melayu dengan kutipan sebanyak RM8 Juta sekaligus merealisasikan impian produser NGANGKUNG, David Teo untuk mencapai 1 juta penonton menonton filem Melayu. MiG Online mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan semua peminat filem tanah air. Kita tunggu ucapan khas David Teo lepas ni.
Pesanan Ahmad Idham untuk AKU MASIH DARA.
Farid Kamil mengaku “Masih Teruna”
Yana Samsudin, Raja Farah, Diana Amir dan David Teo promote Aku Masih Dara
Lusa, filem AKU MASIH DARA akan menemui peminat di pawagam seluruh Malaysia. Sebelum tu kepada peminat-peminat artis-artis comel ni iaitu Yana Samsudin, Raja Farah dan Diana Amir, MiG Online hadiahkan video ini khas untuk anda.