Malam Penghargaan Metrowealth 1

Kelmarin selesai sudah 1 majlis penghargaan berprestij yang dianjurkan oleh Metrowealth (MIG). Meriah sungguh malam tu dengan kehadiran tetamu-tetamu VVIP dan VIP seperti Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, KSU Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf dan TKSU KPKK, Dato’ Mohammed Bin Mohd Daud, Ahli Lembaga FINAS, Dato’ Mustapha Maarof dan artis-artis tempatan seperti Lisa Surihani yang turut menjadi hos pada malam itu beserta Shaheizy Sam, Farid Kamil, Fizo Omar, Intan Ladyana, Putri Mardiana dan Yana Samsudin. Jom kita tengok-tengok sikit gambar-gambar sekitar majlis tersebut.


Jom Klik Untuk Info Selanjutnya

MALAM PENGHARGAAN METROWEALTH 2011

Pada 26hb Januari ini METROWEALTH PICTURES akan mengadakan MALAM PENGHARGAAN METROWEALTH yang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua artis, krew, media dan semua yang terlibat di dalam filem-filem terbitan METROWEALTH secara langsung atau tidak langsung. Artis-artis pujaan ramai seperti SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, FARID KAMIL, INTAN LADYANA, DIANA AMIR dan ramai lagi bakal memeriahkan majlis tersebut. MiG Online akan buat liputan khas di hari majlis tersebut. :)

Lembaga Hitam dalam Kembar Siang?

Kembar Siang akan menemui peminat dalam sebulan je lagi, kepada peminat-peminat KAMAL ADLI, INTAN LADYANA, geng-geng Pi Mai Pi Mai Tang Tu macam MAT OVER, SABRI YUNOS dan ramai lagi, pasang alarm clock, mark dekat kalendar anda, 24 Februari ini KEMBAR SIANG akan mula menemui anda. Sebelum tu, jom kita saksikan sesuatu yang pelik pada video kat bawah ni.

NGANGKUNG Masuk Malaysia Book of Record!

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua tenaga produksi filem Box-Office, NGANGKUNG kerana telah tersenarai dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD atas kejayaan mengutip RM8.4 juta sekaligus menjadi filem pertama dalam sejarah Malaysia mencatat jumlah kutipan sebanyak tu. Jom kita dengar apa kata Produser, David Teo.

Al-Fatihah buat Faizal Yusof

Al-Fatihah buat Faizal Yusof, pelakon drama bersiri popular ADAMAYA di atas pemergiannya menghadap Illahi pada jam 2:30 petang, 1 Januari 2011. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.