Monthly Archives: February 2011
Saksikan apa dalam botol 24 Mac ini!
Sebuah filem yang menjadi sebutan masyarakat, … Dalam Botol bakal menemui peminat pada 24 Mac 2011. Sebuah filem mengenai kehidupan seorang transeksual lakonan Arja Lee dan dibantu oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Normah Damanhuri, Wan Raja dan ramai lagi. Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan filem mengenai homoseksual pertama di Malaysia 24 MAC 2011. Dengar kata filem ni mendapat komen yang … di Cannes. Nak tau apalah agaknya komen tersebut? Temubual bersama Khir Rahman ada jawapannya. ![]()
Telatah mencuit hati dalam KEMBAR SIANG (24 FEBRUARI 2011)
KEMBAR SIANG lakonan pasangan romantis KAMAL ADLI dan INTAN LADYANA bakal menemui pawagam esok. Kepada para peminat kalau nak tengok betapa sweeeettttnya gandingan mereka, filem KEMBAR SIANG memang wajib ditonton. Tambah-tambah mereka juga digandingkan dengan pelawak senior yang memang best macam Sabri Yunos, Baby Face Sathiya, Syanie, Zaibo dan pelakon hot, Rozita Che Wan. Haa, memang rugi kalau tak tengok. Kepada anda semua, ada video eksklusif dari MiG Online. ![]()
24 Februari Ini!! Bergelak ketawa seisi keluarga!
3, 2, 1 Cinta menemui peminat 16 Jun 2011
Filem komedi remaja terbaru arahan Azhari Zain, 3, 2, 1 CINTA bakal menemui peminat pada 16 Jun 2011. Filem kelakar tentang seorang tomboy yang tiba-tiba tangkap cintan dengan seorang pemuda kacak dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati jejaka tersebut. Gandingan mantap FARID KAMIL, DIANA AMIR, PIERRE ANDRE dan ramai lagi.
KEMBAR SIANG 24 FEBRUARI 2011.
Kisah Komedi Segar dari Otai : KEMBAR SIANG (24 Februari 2011)

Pagi tadi berlangsung tayangan perdana filem KEMBAR SIANG yang bakal menemui penonton pada 24 Februari 2011. Filem yang menampilkan pelakon kacak KAMAL ADLI dan pelakon kiut miut INTAN LADYANA turut diserikan dengan otai-otai seperti ‘Babyface’ Sathiya, Sabri Yunus, Zaibo, Mat Over dan ramai lagi. Tergelak satu panggung para penonton yang hadir pagi tadi. So kepada anda semua yang inginkan filem komedi romantik yang santai dan best, KEMBAR SIANG mampu memenuhi selera anda, di pawagam 24 Februari ini.
Jom Klik Untuk Info Selanjutnya
David Teo Kongsi rezeki di pentas Raja Lawak
Pucuk dicita ulam mendatang sungguh para peserta Raja Lawak musim ke-5 nie. sempena Tahun Baru Cina hari tu, David Teo tak lupa untuk berkongsi rezeki dengan memberi angpow kepada peserta-peserta Raja Lawak. Tak lupa juga kepada wartawan dan penonton-penonton yang ada hari tu…


Epy Raja Lawak

Leman Raja Lawak
Kumpulan Balas

Wartawan pun terima habuan jugak.

Antara penonton yang menerima angpow (bercahaya terus muka brader ni..haha).
Jom Klik Untuk Info Selanjutnya
Drama rating tertinggi Astro Ceria – KLIK!
Drama remaja pertama Astro Ceria – Klik mengisahkan tentang perihal pelajar-pelajar sekolah menengah lakonan Zoey, Ariel Zafriel, Wawa, Erin Malek, Aerin, Fiffy Natasya dan ramai lagi yang sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik telah mendapat rating tertinggi di Astro Ceria. Nak tau kenapa drama nie best?jom tengok Klik di Astro Ceria – Untuk Kita-kita Aje…
