“1 Dekad, 49 Filem” mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Tahniah kepada Metrowealth Pictures atas kejayaan menerima Anugerah Pencapaian Seri Temasek di Majlis Anugerah Seri Temasek yang berlangsung di Fairmont Hotel, Singapura pada 5hb Februari 2011 lalu. Ianya adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas usaha Metrowealth Pictures yang bertungkus lumus menaikkan nama Malaysia di persada seni dan atas kejayaan Metrowealth Pictures menerbitkan filem-filem box-office di Malaysia. Anugerah Seri Temasek ini dianjurkan oleh pihak Singapura demi mengenang jasa-jasa para seniman dan seniwati serta pelapis seni Malaysia dan Singapura.

CEO Metrowealth, David Teo menerima Anugerah Pencapaian Seri Temasek.

Diva Anita Sarawak bersama David Teo.

Jom tengok lagi gambar-gambar sekitar majlis Anugerah Seri Temasek 2011

                                                    Jom Klik Untuk Info Selanjutnya

Farid Kamil diserbu pihak berkuasa.

Biar betul?tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aktor terkenal, Farid Kamil diserbu pihak berkuasa? Tapi jangan risau, ianya hanyalah sebahagian daripada babak filem terbaru arahan Farid Kamil iaitu PeIII. Filem aksi komedi ini menjalankan penggambaran di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Untuk info lebih lanjut, jom kita tengok video eksklusif Farid Kamil dan PeIII. :)

Yana Samsudin rela bermadu??

Betul ke Yana rela dimadukan? Berita baik nie untuk dato’ kat luar sana! Hehe. Acah je, sebenarnya Yana dalam proses penggambaran filem terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster arahan Ismail ‘Bob’ Hasim yang mana Yana bakal dimadukan dengan Intan Ladyana. Yana turut berlakon bersama Shaheizy Sam yang menjadi suami mithali beliau. Jom kita dengar sikit review Yana pasal filem Bini-Biniku Gangster ni. :)

Lepas nie kita boleh la tengok Yana belasah orang. :)

Update:// sori guys, video sebelum ni ada masalah teknikal sikit. now dah boleh view… :)

Romantis Kamal Adli dan Intan Ladyana

Filem Kembar Siang bakal menemui anda pada 24 Februari 2011 dan menampilkan Kamal Adli dan Intan Ladyana dan turut dibantu oleh pelakon-pelakon senior seperti Mat Over, Sabri Yunos, Syanie, Sathiya, Hamid Gurkha dan Lan Pet Pet. Jom kita tengok dulu pasangan romantis Kamal Adli dan Intan Ladyana bercrita sikit pasal Kembar Siang nie. :)

Filem Aksi 8 Jam

Dalam diam Metrowealth Pictures telahpun menyiapkan beberapa buah filem seperti Flat 3A, Alamak… Toyol! dan 8 Jam yang telahpun selesai penggambaran awal Januari lalu. Kiranya filem-filem ini adalah satu kejutan buat para penonton di Malaysia. Kini secara eksklusif di MiG Online, anda dapat menyaksikan review filem aksi mantap arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam, iaitu 8 Jam. Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong. Jom kita dengar sikit review dari salah seorang pelakon 8 Jam iaitu Yana Samsudin.

ALAMAK… TOYOL! Launching

Satu lagi karya Ismail ‘Bob’ Hasim iaitu pengarah filem NGANGKUNG, ‘ALAMAK… TOYOL!’ telahpun siap penggambarannya. Filem komedi seram ini dibintangi oleh Along Cham, Angah Raja Lawak, Adeline Tsen, Hamid Gurkha, Alex Yanz, Tyzo Tuah (Tuah Zoqarnain) dan ramai lagi pasti menjanjikan santapan komedi seram yang terbaik untuk anda. Sebelum kita tunggu filem nie dilancarkan secara rasmi, secara eksklusif MiG Online bawakan kepada anda, review Lisa Surihani untuk majlis pelancaran filem ALAMAK… TOYOL! ini.