Malam Gala DILARANG MASUK

Malam semalam (30/3/2011) berlangsung Malam Gala filem thriller gabungan Singapura-Malaysia – DILARANG MASUK. Dengan pelakon-pelakon muda berbakat besar seperti Azma Aizal Yusoff, Shiqin Kamal, Muniff Isa dan Isma Hanum, filem ini berlatarbelakangkan sebuah rumah tinggal yang penuh misteri. Feedback dari penonton yang menonton filem DILARANG MASUK ini semalam rata-rata kagum dengan sinematografi dan feel filem ni serta tak lupa performance dari pelakon-pelakonnya. Jom kita layan gambar-gambar sekitar Malam Gala DILARANG MASUK yang bakal menemui anda 7 April ini. :)

Ext: Filem ini turut support kempen menderma organ dan ia ada kaitan dengan filem DILARANG MASUK ni jugak. Bagus betul, sambil berkarya insan yang memerlukan bantuan tak dilupakan… :)
Jom Klik Untuk Info Selanjutnya

SENJAKALA di pawagam 14 April ini

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.

Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.

Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.

Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.

Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Selebihnya kita sama-sama nantikan filem SENJAKALA, 14 April Ini.

Wawa Zainal (KLIK) & Zul Suphian (Handy Black) tubuh band baru?

Walaweii, baru je masuk dalam dunia lakonan, Wawa Zainal, pelakon remaja dalam drama KLIK tu khabarnya join Zul Suphian untuk form 1 band rock bernama Seram Sejuk. Betul ke? Dari seorang yang gedik-gedik manje gitu dalam KLIK, tibe-tibe jadi rocksteady,kan? Sebenarnya itu hanyalah untuk video klip lagu filem komedi seram terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu ‘Seram Sejuk’ yang baru je tamat penggambaran bulan lepas. Dalam video klip ni WAWA ZAINAL, ZUL SUPHIAN serta dua lagi talent baru Metrowealth iaitu Eddy Afro dan Fyza bergabung untuk menjayakan lagu tema filem tersebut. Kita layan gambar-gambar comel WAWA ni dan juga macho ZUL SUPHIAN ni jom. :)

Jom Klik Untuk Info Selanjutnya

KONGSI: Definisi baru filem Aksi Komedi tempatan

Filem KONGSI bakal menjengah pawagam pada 12 Mei 2011. Filem KONGSI nie basically pasal 3 kumpulan kongsi gelap utama yang kucar-kacir apabila datang seorang pembunuh upahan misteri yang membunuh mana-mana sasaran yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan kongsi gelap terbabit. Agak-agak siapa yang hantar mamat pembunuh nie eh? Jawapannya ada di dalam filem paling hype 2011, KONGSI: Lu Langsi, Lu Mati. Sebelum tu kepada anda semua, secara eksklusif MiG Online bawakan beberapa keping gambar dari filem KONGSI ini. ;)

KONGSI – Lu Langsi, Lu Mati (12 Mei 2011)

 

Ala-ala Tomb Raider lagi Yana Samsudin. :D

 

Shaheizy Sam sebagai Tumulak.

Jom Klik Untuk Info Selanjutnya

Apabila dunia sudah terbalik

Apa akan jadi kalau wanita yang beriya-iya nak pikat seorang lelaki hanya sebab sebuah artikel? Filem 3,2,1 Cinta merupakan filem remaja gila-gila lakonan DIANA AMIR, FARID KAMIL, PIERRE ANDRE, FAITH ZAKIE dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat. Jom kita layan kejap trailer filem 3,2,1 Cinta nie. :)

Aksi hebat 8 JAM.

Salah satu adegan 8 Jam (dialog hanya untuk hiasan sahaje. :D )

Ni adalah salah satu adegan yang menarik dalam filem aksi terbaru Metrowealth Pictures, ’8 JAM’ lakonan SHAHEIZY SAM dan YANA SAMSUDIN. Filem ini memang mampu membuat kita terasa sakit walau bukan kita yang kena.. Haha.. Jom layan promo ’8 JAM’ yang dibawakan secara eksklusif untuk anda dari MIG ONLINE. ;)

Happy (Surprise) Birthday Lisa Surihani~

Phuh, terkejut tupai artis cute kita Lisa Surihani sebab dikejutkan dengan birthday party dia malam ni (23-3-2011). MiG Online dengan tak malunya join sekali birthday party ni yang diadakan di Andalus Bukit Bintang dan dihadiri oleh saudara terdekat Lisa Surihani beserta rakan-rakan baik beliau. Kita layan gambar la lagi best, kan? :)

 

Kek istimewa untuk Lisa dari keluarganya.

Jom Klik Untuk Info Selanjutnya