Hari khamis lepas bersamaan dengan 27 Julai 2011 telah berlangsung 1 program di antara Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan beberapa tokoh yang lain termasuk Lisa Surihani, Aznil Hj Nawawi dan Amy Search.. Pheewiittt wa cakap lu, mesti bangga selebriti-selebriti kita ni, kan? MiG Online sempat interview Lisa Surihani dalam keadaan jeles pada beliau mengenai pengalaman beliau bersidang bersama Perdana Menteri kita. Jom tengok.
Monthly Archives: July 2011
Jalan-Jalan Cari Buku Maria Tunku Sabri

Pelancaran buku pertama Maria Tunku Sabri yang dirasmikan olehTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Bte Ibrahim
Tahniah MiG Online ucapkan kepada Maria Tunku Sabri atas pelancaran buku pertamanya ”Jalan Jalan Cari Makan bersama Maria Tunku Sabri” pada 25hb Julai 2011 di Bora Ombak, Ampang. Lepas ni siapa yang nak tahu pasal makanan dan masakan menarik boleh la refer buku ni. Apapun CEO Metrowealth ada pantun khas untuk Maria Tunku Sabri dan lepas tu jamu sikit mata korang dengan gambar sekitar majlis pelancaran tersebut.
Promo – Impian Raya Emelyn bersama Nuremy Ramli
Satu lagi drama terbitan Metrowealth Pictures yang menggabungkan Nuremy Ramli, Nazim Othman dan ramai lagi, iaitu “Impian Raya Emelyn”. Drama bersiri ini akan terus menghiburkan kita semua sepanjang bulan Ramadhan ini. Mengisahkan Emelyn, yang telah menunggu jejaka idamannya selama 7 tahun. Dia bertekad untuk memikat jejaka idamannya iaitu Nazim Othman sebagai Aqil sebelum tiba hari raya nanti. Adakah impian raya Emelyn akan tercapai?
Kepada peminat-peminat semua, kalau nak tahu apakah impian Nuremy Ramli, jangan lupa untuk menonton drama bersiri terbaru terbitan Metrowealth Pictures, “Impian Raya Emelyn” pada setiap hari Khamis bermula 21 Julai 2011, jam 8.30 malam di slot Aurora, TV9. Sementara itu, jom kita layan dulu video promo pelakon utama drama bersiri yang comellllllllll ni, Nuremy Ramli.
Malam PraTonton – Senario The Movie Ops Pocot
Malam PraTonton filem Senario The Movie Ops Pocot telah berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Selasa lepas. Kalau semua nak tahu, majlis pada malam itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, walaupun sudah lama menyepi, tetapi kumpulan lawak paling legend di Malaysia ni masih lagi kukuh takhta mereka, ini dapat kita lihat pada malam itu, ramai betul peminat-peminat kumpulan Senario yang datang untuk support filem Senario The Movie Ops Pocot ini.
Jom kita layan interview yang dikendalikan oleh Diana Amir kepada Mr.David Teo semasa berada di Malam PraTonton Filem Senario The Movie Ops Pocot. :)
Perjalanan Seni Yana Samsudin
Norliana Samsudin, juga dikenali sebagai Yana Samsudin kini semakin meningkat tinggi namanya di persada seni. Beliau mula dikenali sejak memegang watak sebagai “Wawa” dalam filem “Adnan Sempit”, semenjak itu namanya semakin menjadi sebutan dikalangan para penerbit, pengarah dan juga peminat.
Yana Samsudin dan Pierre Andre kembali bersatu?
Pierre Andre dan Yana Samsudin bersatu kembali???? Haa memang mereka bersatu kembali tapi hanya didalam filem 3 Temujanji je. Kalau semua nak tau, ini merupakan kali pertama Yana Samsudin dan Pierre Andre digandingkan bersama dilayar perak, jadi memang filem wajib tonton ni tau, bolehla anda tengok gelagat mereka ber“lovey dovey”. Hehe
Yana Samsudin juga ada menyebut bahawa walaupun agak “awkward” digandingkan bersama Pierre Andre setelah lama tidak bertemu, tetapi disebabkan keserasian diantara mereka sudah terjalin sebelum ini, semua kerja menjadi senang dan lancar. Beliau juga senang berlakon dengan Pierre Andre katanya. Selain itu, ditanya juga ada ke kemungkinan mereka berdua bersama kembali?, kata gadis manis berlesung pipit, “kalau ditakdirkan jodoh kami bersama, ada la..”.
Promo – Senario The Movie Ops Pocot
Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya. Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Continue reading
Malam PraTonton 3,2,1 Cinta
Satu lagi filem romantik komedi terbitan Metrowealth Pictures iaitu 3, 2, 1 CINTA arahan Azhari Mohd Zain, lakonan mantap Diana Amir, Farid Kamil , Pierre Andre dan ramai lagi.
Filem ini telah pun ditayangkan pada 16 Jun 2011 di pawagam. So far memang ramai yang sukakan filem ni dan ASTRO FIRST pun ramai yang subscribe. Jadi bagi sesiapa yang tak tengok lagi dipawagam boleh la melayari dan subscribe ASTRO FIRST saluran 480.
Jom kita saksikan Interview Diana Amir dan Pierre Andre sewaktu Malam PraTonton 3,2,1 Cinta yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid.
Trailer – Senario The Movie Ops Pocot
Harini, 21 Julai 2011 filem SENARIO THE MOVIE OPS POCOT berada dipawagam diseluruh negara. So apa tunggu lagi, ajakla keluarga, rakan-rakan semua pergi tonton. Tak rugi, pasti tak kering gusi anda semua tergelak dengan lawak-lawak dan gelagat pelakon-pelakon didalam filem ini.
Sementara tu, apa kata kita layan dulu Trailer – Senario The Movie Ops Pocot.
Malam PraTonton FLAT 3A
Filem FLAT 3A yang ditayangkan minggu lepas nampaknya berjaya apabila mengutip RM850 ribu selepas 5 hari tayangan. Tahniah diucapkan kepada tenaga kerja filem FLAT 3A. Apepun sekarang MiG Online ingin berkongsi dengan anda, kecomelan bintang utama filem FLAT 3A, Intan Ladyana
Haa, ada bonus lagi, jom tengok pulak video penerbit filem ini, Mr David Teo yang berkongsi dengan MiG Online tentang pengalaman beliau semasa menetap di sebuah apartment suatu ketika dulu.



