Artis MiG memberi ucapan Selamat Hari Raya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sambut Hari Raya. Pasti korang tak sabar kan? Macam mana dengan persiapan raya korang? Semuanya sudah siap ke. hehehe. Di kesempatan ini, MiG Online telah berjaya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari artis-artis kesayangan korang seperti Diana Amir, Boy Iman, Airel Zafrel dan Chloe kepada korang di luar sana. Harap korang terhibur dengan ucapan diorang ni. Jom kita layan..

http://youtu.be/nr6KQq9Vv9s

Continue reading

Candid: Jom curik-curik tengok aktiviti Lisa Surihani & Mia Sara di bulan puasa.

Untung betul Mia Sara, kan? Mana taknya, kalau ada apa-apa majlis kebanyakannya mesti kita dapat tengok Lisa Surihani dan Mia Sara sekali. MiG Online tengok pun Mia Sara ni sangat manja dengan Lisa Surihani sampaikan Mia Sara memanggil Lisa nie ‘Mama Lisa’…

So hari ni MiG Online nak share dengan korang gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis bersama anak yatim di Rumah Titian Kaseh beberapa hari lalu. :) Continue reading

Perniagaan kerepek Yana Samsudin

Siapa yang tak kenal dengan pelakon manis berlesung pipit dan tinggi lampai ini iaitu Norliana Samsudin atau juga lebih dikenali sebagai Yana Samsudin. Sejak dua menjak ni rezeki Yana semakin murah dan semakin laku disebabkan banyak tawaran filem yang diterimanya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini jadual Yana sangat sibuk dengan pengambaran filem 3 Temujanji dan Yana dipasangkan dengan Pierre Andre sebagai hero dan heroin dalam filem ini.

Continue reading

Comelnya Lisa Surihani dan Mia Sara~

Selasa lepas (23 Ogos 2011) MiG Online berkunjung ke Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur untuk bersama-sama Lisa Surihani meraikan anak yatim dan orang kurang upaya di sana. Ramai jugak artis-artis yang hadir seperti Thumb Suhaimi, Attilia, Mia Sara Nasuha, Rozita Che Wan dan Akma AF. Kepada yang rindu atau nak tahu apa aktiviti dua si comel ini iaitu Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha, MiG Online sempat mendapatkan mereka berdua untuk berkongsi aktiviti mereka pada hari tersebut.

Ye ke tidak Shaheizy Sam?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita bahawa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam mempunyai hubungan istimewa dengan pendatang baru iaitu Sara Ali. MiG Online sempat menemuramah  Shaheizy Sam berkenaan gosip beliau bersama pelakon baru itu.  Korang ingin tahu kisah lebih lanjut lagi tentang gosip ini? Jom sama-sama kita dengar penerangan isu ini dari Shaheizy Sam sendiri supaya terang, jelas dan memberi sinar baru kepada gadis-gadis di luar sana… Hehe.

Promo – Impian Raya Emelyn bersama Adey Syafrien

Hari ini drama bersiri Impian Raya Emelyn bakal ke udara pada jam 8.30 malam di slot Aurora Tv 9. So, kepada sesiapa yang tengok drama bersiri tersebut mesti perasan jejaka tampan ini kan? Inilah dia Adey Syafrien dan juga hero filem seram Flat 3A yang telah ditayangkan pada bulan Julai . MiG Online sempat menemuramah Adey menerusi drama ini. Jom kita layan promo dari pelakon Impian Raya Emelyn ini.

Adnan si idola Bobby

Muhammad Nizamudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along Cham (Raja Lawak) adalah antara peserta rancangan komedi realiti Astro yang semakin menjadi sebutan peminat-peminat di Malaysia. mula dikenali dengan lebih meluas melalui watak Bobby dalam filem box office Adnan Sempit. Kejayaan filem itu dan watak bersahaja yang dibawa oleh Along membuatkan dia dan rakan seperjuangan beliau Angah Raja Lawak layak berdiri sebaris dengan pelawak popular lain seperti Nabil dan Jozan apabila Along turut dicalonkan sebagai Pelawak Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010. Continue reading

Cuba Teka Siapa Di Sana

 

Siapakah insan di dalam gambar ini? Tugas korang adalah untuk menyiasat perkara ini. Bagitau MiG Online:

1- Siapa beliau

2- Filem pertama beliau

3- Filem terbaru dan tarikh tayangan filem tersebut.

Hantar jawapan anda di ruangan komen ini beserta nama penuh anda dan 30 peserta bertuah akan dijemput ke Malam Pratonton Filem Bini-Biniku Gangster.

TARIKH TUTUP adalah pada 25 OGOS 2011.