Perniagaan kerepek Yana Samsudin

Siapa yang tak kenal dengan pelakon manis berlesung pipit dan tinggi lampai ini iaitu Norliana Samsudin atau juga lebih dikenali sebagai Yana Samsudin. Sejak dua menjak ni rezeki Yana semakin murah dan semakin laku disebabkan banyak tawaran filem yang diterimanya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini jadual Yana sangat sibuk dengan pengambaran filem 3 Temujanji dan Yana dipasangkan dengan Pierre Andre sebagai hero dan heroin dalam filem ini.

 

Kerepek Pisang Pedas

Selain itu, kalau korang nak tahu apa aktiviti Yana selain dari berlakon, Yana juga  sedang mengusahakan perniagaan kerepek beliau yang dikenali sebagai  Yana’s Homemade. Yana menjual beberapa jenis kerepek yang datangnya dari 2 sumber yang berbeza iaitu Ubi Kayu dan juga Pisang Tanduk di mana setiap satunya mempunyai jenis pedas, manis dan masin. Yana juga ada membuat Kerepek Pisang Tanduk Manis berdasarkan permintaan kerana kerepek tersebut terlalu manis.  Untuk kerepek-kerepek ini Yana sediakan dalam 500g dan juga 1kg. “Jika pelanggan yang mahukan lebih dari kuantiti tersebut, boleh juga menempah lebih”. Kata gadis manis ini.

Kerepek Sumpai

Selain itu, ada lagi satu jenis kerepek dari Yana’ s Homemade ini. Korang nak tau? Ha..namanya adalah kerepek Sumpai. Korang mesti tahukan kerepek Sumpai macam mana? Untuk kerepek Sumpai ini intinya adalah ikan bilis. Kerepek Sumpai ini Yana sediakan dalam pek kecil untuk 100 batang.  Yana juga memberitahu bahawa perniagaan ini adalah perniagaan yang dibuat di rumah dan bukannya dari kilang. Yana juga sudah mempunyai pelanggan tetap untuk perniagaan ni. Wahh diam-diam je kan Yana ni. Perniagaan Yana ini sudah pun menjangkau 3 tahun di kampung Yana iaitu di Yong Peng, Johor Bahru. Manakala di Kuala Lumpur sudah pun 1 tahun setengah Yana mengusahakannya.

Alhamdulillah…sambutan yang diterima amat menggalakkan. Memandangkan permintaan terhadap kerepek ini amat memberangsangkan, perniagaan ini akan lebih serius pada masa akan datang. Cuma masih banyak lagi yang perlu diatur ”. Kata Yana apabila diajukan keseriusan Yana terhadap perniagaan ini.

Yana ni juga bijak membahagikan masa antara berlakon dengan berniaga. Jika ada kelapangan waktu, Yana akan hantar sendiri tempahan tersebut. Wahh..bagus kan Yana ni. Selain itu, sewaktu shooting pun beliau sempat edarkan pada kawan-kawan beliau yang turut terlibat dalam pengambaran tersebut. “Apabila terlalu sibuk dan permintaan pun semakin banyak, Yana akan letak kerepek tersebut di sebuah kedai kawan Yana. Selain itu, tempah melalui online iaitu talian hotline (marketing manager), di Facebook dan blog. Selalunya bagi masa memang tak ada masalah kerana Yana mempunyai team marketing sendiri”. Kata gadis ceria ini.

Korang nak tau tak di mana Yana letak kerepek beliau? Ha…korang boleh dapatkan di SS 15, Uya Distro atau pun korang boleh lawati di blog Yana iaitu http://www.yanasamsudin.com. Korang boleh la tempah memandangkan Hari  Raya semakin tiba ni kan. Rugi tau kalau korang tak cuba kerepek Yana ni. Apa-apa pun MiG Online mengucapkan All the Best kepada Yana terhadap bisnes yang diceburinya. Selamat maju jaya Yana..

7 comments on «Perniagaan kerepek Yana Samsudin»

  1. Sarah says:

    Good luck yana, may your wish come true… Teringin nak cuba kerepek yana..

  2. Norizan Mohd Shariff says:

    Congratulation for ur new business venture. Keep it up. Wish u an endless sucess in ur future undertaking..Insyallah

  3. hailin says:

    salam…memang bersemangat waja…busy berlakon tp masih sempat wt bisnes..tahniah..

  4. Sarah Esmadi says:

    cumelllllllllllllllllnyeeeeeeeeee…

  5. balqis says:

    comlllllllnyeeeeeeeeeeeeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>