Epi bdae Mia

Alolo… Hari ni korang semua kena pegi Toys R Us & borong hadiah untuk si comel No 1 Malaysia, Mia Sara Nasuha. Dah makin besar dah budak ni, besar nanti mesti secantik Mama Lisa dia, kan? Tengok strap yg Mia pakaipun ada gambar Mama Lisa dia, so sweet kan? Orait, jom kita layan gambar-gambar si kiut ni sambil nyanyi lagu hari jadi yeahh?! Cekidauttt..

Continue reading

Afiq Izzudin bukan toyol yang nakal.

Sebelum MiG Online membuka bicara,

Alhamdulillah hadiah kepada semua,

Bukannya apa,

4 hari tayang Bini-Biniku Gangster sudah 3 juta.

Harap-harap sedap la ek pantun MiG Online. Tengah feeling nak ikut jejak langkah Mr David Teo sang pujangga pantun. Hehe.

So terima kasih diucap sekali lagi kepada para penonton filem aksi komedi terbitan Metrowealth Pictures, BINI-BINIKU GANGSTER atas kutipan yang cukup membanggakan. Pujian harus diberikan kepada seluruh tenaga produksi Bini-Biniku Gangster atas usaha mereka menjadikan filem ini satu naskhah yang berkualiti untuk semua.

Filem Bini-Biniku Gangster nie masih ditayangkan di pawagam sekitar anda dan diarahkan oleh Ismail Bob Hasim. Tak cukup dengan filem Bini-Biniku Gangster, bulan depan Ismail Bob Hasim kembali dengan filem komedi terbaru, Alamak Toyol. Kherlass kau Jah sebulan sekali filem beliau keluar. Hehe.

Letih dah menaip MiG Online nak korang layan je la promo filem Alamak Toyol lakonan Along & Angah Raja Lawak dan Afiq Izzudin sebagai toyol comel, so kepada anda semua apa lagi, cekidauttt… ;)

Promo Bini-Bini ku Gangster- Si cantik Intan Ladyana

Si cantik manis Intan Ladyana juga tidak ketinggalan untuk membuat promo beliau dalam filem Bini-Biniku Gangster ini. Kalau korang nak tahu, Intan ni  juga salah seorang ketua gangster dalam filem ni tau. MiG Online tak nak lah cite lebih-lebih kan..nanti korang tak nak tengok plak.. :) korang tunggu apa lagi. Cepat la bersiap-siap untuk pergi ke panggung-panggung yang berdekatan dengan korang untuk tonton filem ni. Tapi sebelum tu, MiG Online nak share ngan korang video di bawah ni. Layan….~ :)

Malam Pratonton Bini-Biniku Gangster

Filem aksi komedi terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim. Filem yang mengabulkan impian Shaheizy Sam untuk beristeri dua, turut menampilkan Yana Samsudin sebagai Kak Yong@ Manja sebagai isteri pertama dan Intan Ladyana memegang watak Sebagai Reanna iaitu isteri kedua. Betul ke impian Sam nak kahwin dua ni? MiG Online gurau je :)

Filem ini sudah ditayangkan di seluruh pawagam pada 22 September 2011 minggu lepas dan setakat ini telah pun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 3 juta. So far ramai yang sukakan filem ini dan lakonan hero Malaya kite iaitu Shaheizy Sam memang sangat digemari. Tidak kurang juga kepada heroin Malaysia kita iaitu Yana Samsudin dan Intan Ladyana yang menjadi gangster dalam filem ini. Dalam-dalam gangster tapi mereka ni cweet sangat. Ce korang layan antara dialog yang menjadi perhatian MiG Online ni :)

” ermm..Abg kat mana? “

” Abg dalam hati anje la..”

Jadi kepada sesiapa yang belum tengok lagi, jom la tengok ramai-ramai. MiG Online yakin sangat yang filem Bini-Biniku Gangster ni boleh pecahkan perut korang tu.hihi..  Sementara korang yang tak sabar-sabar nak pergi tengok filem ini, pe kata korang ce layan video sekitar Majlis Pratonton Bini-Biniku Gangster bersama peminat MiG Online yang berlangsung di E@Curve, Cathay Damansara. Gerenti korang lagi tak sabar nak tengok filem Bini-Biniku Gangster ni. Layannnnn~~ :)

Promo Bini-Biniku Gangster oleh si comel Yana Samsudin

Seperti biasa, filem Bini-Biniku Gangster masih lagi ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia. Mesti korang tak sabar kan tengok lakonan mantap Yana Samsudin yang memegang watak Manja di mana Manja ni seorang ketua gangster di sesebuah kawasan. Kalau korang nak tengok betapa hebatnya si Yana  yang comel ni beraksi gangster dalam filem ni, apa kata sekarang jugak korang pergi ke panggung yang berdekatan dengan korang. Tapi sebelum tu, mari kita layan video di bawah ni. :)

Bini-Biniku Gangster FULLHOUSE!

Hari ini sudah masuk hari kedua filem keluaran Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster ditayangkan di pawagam. So, kepada anda yang masih belum menonton filem ini, moh la kite serbu panggung sebagaimana pelakon utama filem Bini-Biniku Gangster iaitu Sahaheizy Sam yang tak sabar nak tengok filem ini. Jom kita layan video dari Sam ini..cekidautt :)

Majlis Pelancaran filem TAIKUN

Seperti yang kita tahu sekarang ni filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia dan kelmarin 22 September 2011, Metrowealth Pictures terus memberi kepercayaan lagi kepada pengarah Ismail Bob Hashim untuk terus mengarah filem terbaru  terbitan Metrowealth Pictures yang ke 65 dan juga menjadi filem ke 8 arahan beliau iaitu TAIKUN. Filem ini berkonsepkan aksi komedi yang menampilkan Angah & Along Raja Lawak sebagai watak utama dalam filem ini.

Selain itu, pelakon yang bakal menjayakan pengambaran filem ini adalah Alex Yanz, Zul Suphian, Adey Syafrein, Mie Raja Lawak dan juga Eddy. Filem ini mengisahkan TAI dan KUN merupakan dua orang kawan baik yang suka bergaduh dan mencuri telah menyebabkan mereka bertembung dengan ahli geng PINK dan PURPLE lalu TAI dan KUN membelasah ahli itu dengan teruk. Oleh kerana ahli geng PINK dan PURPLE dipukul dengan teruk, ketua masing-masing berasa tertarik dengan kehebatan TAI dan KUN dan seterusnya mengajak TAI dan KUN menyertai geng mereka. Adakah TAI dan KUN akan terima perlawaan ketua geng itu? MiG Online dapat share sikit-sikit je la tak boleh la nak lebih-lebih kan.. :) So, korang kena la tunggu filem ini di pawagam akan datang yer.. :)

Seperti biasalah, majlis pada petang itu dilengkapkan dengan bacaan doa selamat yang menjadi satu acara wajib bagi Metrowealth sebelum memulakan pengambaran sesebuah filem. Ianya dilancarkan oleh David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif (MiG), pengarah, staf-staf mig dan dihadiri daripada wakil-wakil media dan juga para pelakon yang bakal membintangi filem ini. So, apa kata kita layan video dan gambar-gambar di majlis perlancaran filem TAIKUN ini. enjoy.. :)

Barisan pelakon-pelakon filem TAIKUN

Continue reading

Majlis pelancaran filem baru Super Duper Lover

Pada 14 September lalu, Metrowealth telah mengadakan majlis  pelancaran filem terbarunya iaitu Super Duper Lover. Majlis pada petang itu dilengkapkan dengan bacaan doa selamat yang menjadi satu acara wajib sebelum memulakan pengambaran sesebuah filem. Ianya dilancarkan oleh David Teo selaku Ketua Eksekutif MiG, staf-staf MiG dan dihadiri wakil-wakil media dan juga pelakon-pelakon yang bakal membintangi filem ini. Kalau korang nak tahu filem bergenre romantik komedi Super Duper Lover ini adalah filem ke-64 terbitan MiG. Penggambarannya akan dimulakan pada 15 September di sekitar Kuala lumpur dan juga Banting, Selangor. Continue reading

Bulan Madu Sam, Yana & Intan Ladyana bermula hari ini. <3

Hari ini filem terbaru keluaran Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster telah pun ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Filem ini menampilkan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. So, kepada korang yang kat luar sana jom la kite serbu ramai-ramai kasi pecah itu panggung. Dan korang pun jangan lupa bawa bini-bini korang taw.Opps! :) Ape-ape pun jom kita layan promo dari pelakon-pelakon utama filem Bini-Biniku Gangster ini.. :)

Malam preview Bini-Biniku Gangster

Apalah agaknya reaksi korang kalau tau isteri kesayangan korang yang nampak lembut, cantik, sopan santun,  pandai hias rumah, dan cantik rupanya ketua gangster kat luar? Kalau MiG Online jadi suami, mesti akan jadi suami mithali. Hihi.

So itulah antara isi kandungan yang ada dalam filem terbaru keluaran Metrowealth Pictures iaitu filem komedi aksi Bini-Biniku Gangster yang akan ditayangkan pada 22 September ini. Filem yang diarahkan pengarah berprofil iaitu Ismail Bob Hasim ini menampilkan Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Aman Shah, Zalif ‘Po’ Sidek, Alex Yanz, Zul ‘Handy Black’ Suphiaan, Lan Zailan, Shima Anuar dan ramai lagi.

Semalam (19 September 2011) MiG Online dengan kerjasama Metrowealth Pictures telah mengadakan Malam Pratonton Filem Bini-Biniku Gangster di E@Curve dan seramai 200 penonton di kalangan artis, peminat, wartawan, blogger dan tetamu-tetamu khas hadir memeriahkan suasana.

Malam Pratonton Bini-Biniku Gangster FULL HOUSE

Acara macam biasa mengikut tradisi Metrowealth Pictures di mana Ustaz Fauzan memulakan majlis dengan bacaan doa dan disambung dengan ucapan ringkas dan padat pengarah filem Bini-Biniku Gangster, Ismail ‘Bob’ Hasim. Acara turut dimeriahkan dengan pantun dan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MiG), Mr David Teo.

Selepas majlis tayangan filem Bini-Biniku Gangster tersebut, ternyata para penonton berpuas hati dengan buah tangan terbaru pengarah Ngangkung ini. Rata-rata terhibur dengan penceritaan dan lakonan pelakon-pelakon utamanya seperti Shaheizy Sam yang memang tak dapat nak dinafikan kehebatan beliau, Yana Samsudin yang sangat berjaya bermain dengan emosi dan Intan Ladyana yang memang hebat melakonkan watak seorang gangster wanita.

Anyway MiG Online berjaya mendapatkan feedback penonton-penonton yang hadir pada malam tersebut dan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. Jom cekidauttt~

 

David Teo bersama peminat

 

   

Pengarah Bini-Biniku Gangster, Ismail Bob Hashim

Anzalna (Dewi Remaja) turut menyokong malam Pratonton Bini-Biniku Gangster

Fezrul Khan

Zalif Sidek

Zul Suphian

Alex Yanz

Lan Zailan