Majlis Pelancaran filem TAIKUN

Seperti yang kita tahu sekarang ni filem Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hashim telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia dan kelmarin 22 September 2011, Metrowealth Pictures terus memberi kepercayaan lagi kepada pengarah Ismail Bob Hashim untuk terus mengarah filem terbaru  terbitan Metrowealth Pictures yang ke 65 dan juga menjadi filem ke 8 arahan beliau iaitu TAIKUN. Filem ini berkonsepkan aksi komedi yang menampilkan Angah & Along Raja Lawak sebagai watak utama dalam filem ini.

Selain itu, pelakon yang bakal menjayakan pengambaran filem ini adalah Alex Yanz, Zul Suphian, Adey Syafrein, Mie Raja Lawak dan juga Eddy. Filem ini mengisahkan TAI dan KUN merupakan dua orang kawan baik yang suka bergaduh dan mencuri telah menyebabkan mereka bertembung dengan ahli geng PINK dan PURPLE lalu TAI dan KUN membelasah ahli itu dengan teruk. Oleh kerana ahli geng PINK dan PURPLE dipukul dengan teruk, ketua masing-masing berasa tertarik dengan kehebatan TAI dan KUN dan seterusnya mengajak TAI dan KUN menyertai geng mereka. Adakah TAI dan KUN akan terima perlawaan ketua geng itu? MiG Online dapat share sikit-sikit je la tak boleh la nak lebih-lebih kan.. :) So, korang kena la tunggu filem ini di pawagam akan datang yer.. :)

Seperti biasalah, majlis pada petang itu dilengkapkan dengan bacaan doa selamat yang menjadi satu acara wajib bagi Metrowealth sebelum memulakan pengambaran sesebuah filem. Ianya dilancarkan oleh David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif (MiG), pengarah, staf-staf mig dan dihadiri daripada wakil-wakil media dan juga para pelakon yang bakal membintangi filem ini. So, apa kata kita layan video dan gambar-gambar di majlis perlancaran filem TAIKUN ini. enjoy.. :)

Barisan pelakon-pelakon filem TAIKUN

     

Adey Syafrein

Eddy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>