Perhitungan kerjaya seni Aeril Zafrel

Masih terlalu baru dalam seni lakon, kemunculan Suhairi Bin Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel bermula dalam filem “Aku tak Bodoh” dan drama “KLIK” di Astro Ceria. Kini, jadual si jejaka tampan ni sangat padat dengan  lakonan. Ketika MiG Online menemubual pun dia sibuk dengan latihan lakonan untuk filem romantik komedi Super  Duper Lover.

Aeril yang berasal dari Batu Pahat, Johor bermula dengan bidang lakonan seawal umurnya 18 tahun.  Drama pertama beliau ialah Kisah Kaisara musim pertama di mana Aeril memegang watak seorang budak sekolah bernama Affendi. Lakonan Aeril disifatkan masih hijau dalam drama tersebut dan banyak yang perlu diperbaiki. “Dalam drama tersebut, Aeril nampak sendiri kelemahan Aeril dan rasa diri tidak boleh berlakon dan dari situlah Aeril belajar dari kesilapan. Nak jadi pelakon bukannya semudah yang disangka dan ia mempunyai step by step untuk seseorang pelakon itu untuk memperbaiki mutu lakonannya dan Aeril tidak akan pernah berputus asa.” Jelas anak muda ni.  Sekarang, bakat lakonan Aeril dilihat semakin meluas dan dilihat telah pun berlakon dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima dan terbaru Ramadhan Terakhir pada bulan Ramadhan lepas. Selain drama, Aeril juga aktif dalam menjayakan beberapa filem antaranya ialah Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta dan terbaru Super Duper Lover.

Untuk peminat kepada pelakon handsome ni, sekarang ni Aeril sedang sibuk menjalankan pengambaran siri drama popular terbitan MiG Production iaitu KLIK untuk musim kedua. Drama arahan Hashim Rejab ini turut dibintangi oleh Fiffi Natasha, Erin Malik, Wawa Zainal dan ramai lagi. Aeril memegang watak sebagai Riduwan di mana Riduwan ni seorang budak sekolah paling nakal dan dia suka mencipta masalah dan suka menjadikan suatu perkara menjadi rumit. Tapi dalam masa yang sama si Riduwan ini adalah budak paling pintar di sekolah.

Selain itu, Aeril juga sibuk dengan pengambaran drama Adam Hawa dari produksi luar. Dengar cerita Aeril sanggup botakkan kepala dalam drama ni? “Ya. Memang saya sanggup membotakkan kepala saya untuk memenuhi kriteria sebagai seorang askar untuk drama ini.” Jelas Aeril. Wah! Caya lah Aeril. Macam mana agaknya rupa Aeril semasa botak kan? Mesti korang semua tak sabar nak tengok kan. MiG Online pun tak sabar jugak rasanya nak tengok si Aeril ni botak. hehehe :)

Salah satu babak dalam filem 7 Petala Cinta

Apabila ditanya mengenai watak kegemaran, beliau menjawab “ watak kegemaran saya adalah jenis psiko yang ada twist di mana dalam satu masa seseorang pelakon tu membawa dua watak sekali gus. Orang sangka baik tapi sebenarnya dia adalah dalang disebaliknya.” Insya’Allah Aeril, kalau rezeki itu ada untuk watak begitu, tak ke mana. Selain daripada itu, Aeril juga berkata bahawa beliau  belum pernah lagi membawa watak sebagai seorang bapa. Hai Aeril, dah tak sabar nak jadi bapa ke? hehehe..gurau je yer :)

MiG Online juga sempat bertanyakan apakah pengalaman paling menarik sepanjang menjadi artis bagi pelakon yang berbakat ni. Beliau memberitahu pengalaman paling menariknya adalah semasa berlakon dalam filem 7 Petala Cinta di mana beliau memegang watak sebagai Attar dalam filem itu dan pengambaran filem itu dijalankan di sebuah madrasah daerah Gombak, Selangor. Beliau  pergi ke madrasah dan dapat tengok cara hidup pelajar di sana. Menarik kan? So, kepada sesiapa yang nak tengok lakonan Aeril dalam filem 7 Petala Cinta, nantikan filem ini pada tahun hadapan yer J

Kekacakan pada Aeril ni juga menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang silap add Aeril Zafrel dalam Facebook. Mungkin peminatnya  tak jumpa beliau dalam Facebook kowt..hehehe.. “Untuk pengetahun semua peminat Aeril, Aeril ada  satu akaun fanpage Facebook dan Twitter iaitu http://www.facebook.com/pages/Aeril-Zafrel-FANS/108486092558440.” Jelas pelakon berbakat ini. So, kepada peminat di luar sana, jom klik fanpage milik Aeril Zafrel yang sebenarnya sekarang untuk mengikuti perkembangan terkini Aeril.

Aeril Zafrel berkongsi harapan kepada peminat beliau bahawa beliau berharap peminat kat luar sokonglah filem industri tempatan terutama sekali daripada produk-produk MiG. Ini adalah kerana MiG banyak keluarkan filem dan harap peminat menilai sendiri dan hargai hasil titik peluh anak-anak seni. Apa-apa pun kami dari MiG Online ingin mengucapkan All The Best kepada Aeril Zafrel.

Kalau korang nak tahu, selain minat dalam dunia lakonan, Aeril juga minat dalam dunia perniagaan. Dalam masa 10 tahun akan datang beliau memasang azam untuk menjadi seorang ahli perniagaan untuk jaminan masa hadapan dan sekarang ni beliau pun dah ada perbincangan ke arah dunia perniagaan tersebut. Wah, cayalah Aeril! MiG Online sentiasa menyokong Aeril. Semoga berjaya dari MiG Online ya. Tapi sebelum tu, moh kite layan gambar-gambar  handsome Aeril ni. Gerenti mata korang tak berhenti berkelip. Hehehe…layan…~~ :)

   

2 comments on «Perhitungan kerjaya seni Aeril Zafrel»

  1. Mcm mana nak hubungi dia? susah betullah kalau dia ada fanpages je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>