Keserasian Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis

pertama kali digandingkan, Kamal Adli dan Olivia Jensen

Baru-baru ini Mig Online ade la dengar bisik-bisik yang mengatakan Kamal Adli ni tengah hangat bercinta dengan sorang artis dari Indonesia. Betul ke tidak? Cerita ni mungkin jugak timbul bila Kamal Adli dan Olivia Jensen berlakon sekali dan pegang watak utama pulak tu dalam Filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham sehinggalah timbul macam-macam gosip tentang mereka.

Kamal senang cari keserasian bila bersama Olivia di set kerana sikap Olivia ni sangat mesra dan mudah didekati. Kisah intim artis berdua ni popular sangat di Indonesia. Apa yang Mig Online dapat katakan mungkin jugak cara tu dapat memperkenalkan diri Kamal Adli  kepada peminat di seberang.

Apapun yang pasti itu sekadar gosip semata-mata, Mig Online harap peminat tak cepat percaya gosip-gosip ni. Cinta sejati Kamal Adli untuk Intan Ladyana sorang je. MiG Online tabik dengan pasangan ni sebab sikap mereka professional dan dapat tepis segala gosip yang mungkin mampu jejaskan hubungan mereka.

Orait, yang MiG Online tengok gosip-gosip tu langsung tak jejaskan kerja Intan dan Kamal. Macam Intan Ladyana sendiri tengah sibuk dengan penggambaran dan akan muncul dalam sebuah drama bersiri ‘Puisi Cinta Rubiyah’.

Untuk Kamal Adli pulak, dengar-dengarnya akan shoot filem tak lama je lagi, tu Cuma desas-desus la. Kalau ada apa-apa update MiG Online akan share ngn korang, ok? Pasal Kamal Adli dan Olivia Jensen tu, kita tengok je la keintiman mereka hanya di filem Gerimis Mengundang dari Indonesia yang bakal ditayangkan serentak di kedua-dua buah negara pada Mac 2012 tahun hadapan. Nantikan…..

P/S: Kamal Adli dah kurus, nie gambar terbaru dia. :D

  

One comment on “Keserasian Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis

  1. Hakimabdullah says:

    Olivia Lubis Jensen memang cantik
    berlakon dalam movie Gerimis Mengundang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>