KLIK – Keletah Lincah Intinya Komedi

20111201-024803.jpg

Pandai-pandai MiG Online je buat tagline sendiri, kan? Hehe… Kalau zaman-zaman MiG Online dulu drama berkonsepkam remaja / kanak-kamak kegemaran MiG Online ialah Cili Padi, korang yang ingat drama nie memang sah dah sama tua. Hehe…

Ok la, dah tersasar jauh dari tajuk nie… 29 November lepas telah berlangsung majlis pelancaran drama terbaru yang juga musim kedua bagi Klik, sebuah drama remaja yang berkisarkan tentang kehidupan harian remaja di sekolah. Memang best la kan drama nie sebab ada Aeril Zafrel, Erin Malek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Zalif Sidek, Aren Yunos, Man Rahman, Fatin Afifah, Fiffy Natasya dan ramai lagi. So korang nantikan drama nie kat Astro Ceria, tak lama je lagi, tapi buat masa nie, jom layan dulu gambar-gambar sekitar majlis pelancaran drama Klik tersebut. Cekidautt!! Continue reading

Shaheizy Sam Bakal ‘MengSonglap’ Perhatian Anda Disember Ini.

Mesti ramai antara korang yang memang takkan lepaskan peluang bila der sorang nie beraksi di layar perak. Lakonan yang versatile dan mantap, ditambah pulak dengan kebersahajaan serta garapan lucu yang ditumis ke dalam setiap filem lakonannya menambahkan keenakan mata yang menonton. Wahh, komen ala-ala MasterChef, kan? hehe. So hari nie ada cerita pasal Shaheizy Sam di dua akhbar utama iaitu Utusan dan Harian Metro. Dalam Utusan Shaheizy Sam bergandingan dengan heroin filem ini iaitu Sara Ali dan dalam Harian Metro, Sam bergabung Shafie Naswip, bercerita mengenai filem terbaru mereka, Songlap. Apa cer? Korang bleh Cekidautt dalam naskhah Harian Metro dan Utusan hari nie.

Ringtone Siapa Tu Lisa? >:)

Sempena program ‘Date With My Icon’ anjuran Kementerian Belia dan Sukan tempoh hari, MiG Online sempat merakam ucapan Lisa Surihani mengenai pencalonan Lisa dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. MiG Online harap-harap Lisa menang memandangkan lakonan Lisa yang semakin mantap terutama dalam filem terbaru Lisa, Ombak Rindu. Apapun, masa rakaman hari tu, tiba-tiba terdengar ringtone yang familiar. Ce korang yang dengar. :P

*Sesungguhnya ringtone itu hanyalah usikan manja MiG Online saje. Jangan marah yea Lisa. :P

Diana Amir Diserbu Semasa Bagi Ceramah..?

20111128-231103.jpg

Ya, Jumaat lepas Diana Amir yang hadir untuk sesi bual bicara di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan tidak semena-mena diserbu oleh warga kolej tersebut. Tapi diserbu atas dasar peminat yang gembira dapat bertemu dengan artis kegemaran mereka la. Sangat sporting, sangat gembira mereka apabila dapat bertemu muka dengan Diana Amir. Diana pun nampaknya sangat seronok layan peminat-peminat beliau nie. Kalau tak caya ce tengok gambar-gambar sekitar talk tersebut yang mana tajuknya ialah “Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa” yang mana Diana Amir banyak berkongsi tentang pengalamannya di dalam tempoh penghijrahan beliau. Okay korang, cekidautt gambar-gambar sekitar majlis nie. ;) Continue reading

Sekitar Majlis Pelancaran & Doa Selamat Cinta Buat Emelda

20111124-202837.jpg

Hari ini berlangsung 1 majlis pelancaran dan doa selamat drama bersiri terbaru MiG Production, Cinta Buat Emelda. Filem nie diarahkan oleh Ismail ‘Bob’ Hasim yang sebelum nie pernah mengarahkan drama seram, Jangan Tegur Lagi dan drama aksi yang diadaptasi dari filem feymes, ‘Adnan Sempit’ the series.

Filem Cinta Buat Emelda menampilkan beberapa pelakon terkenal dan berpengalaman macam Fizo Omar, Elmy Nadia, Amran Ismail, Mia Sara Nasuha, Nuremy Ramli, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi. Continue reading

Video sekitar FFM-24

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-24 telahpun berakhir dengan jayanya. Tahniah kepada para pemenang pada malam tersebut dan MiG Online berjaya mendapatkan beberapa pemenang untuk berkongsi pandangan mereka mengenai kemenangan mereka dan juga mengenai penganjuran FFM kali nie. Dah, jom Cekidautt!!

Pelakon Lelaki Terbaik FFM-24 [Shaheizy Sam]

Continue reading