Tahniah!! David Teo Kini Bergelar Mejar!

20111227-224129.jpg

Tahniah diucapkan kepada penerbit paling produktif di Malaysia, Mr David Teo atas pengurniaan pangkat yang membawa kepada gelaran Mejar Kehormat David Teo atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Agong. Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.

Kata Mejar David Teo, kenaikan pangkat nie adalah 1 penghargaan dan akan digunakan untuk terus memupuk minat masyarakat untuk menyertai askar Wataniah dan memberi simbolik bahawa penyertaan dalam askar wataniah adalah sangat seronok dan menghiburkan.

So kepada korang apa lagi, jom ramai-ramai join Askar Wataniah, mana tau sebumbung dengan Mejar David Teo dan artis-artis lain, kan? Hehe. Jom layan gambar sekitar majlis pengurniaan pangkat tersebut. Cekidautt!! Continue reading

Pengumuman Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

20111224-141851.jpg

Alhamdulillah, akhirnya terjawab sudah teka-teki perhubungan matang 2 selebriti terkenal tanah air iaitu abang Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani. MiG Online sekarang berada di PC Yusry & Lisa yang mana mereka berdua telahpun mengumumkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 26 Februari 2012 dan pernikahan mereka 3 hari sebelum tu iaitu pada 23 Februari di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Kepada para gadis dan jejaka di luar sana, MiG Online nak berkongsi gambar-gambar menyentuh jiwa korang semua, semoga korang tabah menghadapinya. Hehe. Cekidautt!!

Lebih info dari masa ke semasa. Tungguuuuu….! Continue reading

Siapakah empunya cincin ini?

Haa, MiG Online nak main teka-teki dengan korang la, agak-agak korang la kan, sape punya cincinkah nie? Sape ada jawapan ce try bagitau MiG Online… Kalau mana-mana yang nak tau tu tunggu tau hari ni, Sabtu sebab MiG Online nak bawak sesuatu yang EKSKLUSIF untuk korang. Cekidautt!!

Angah Bertanding Kembali Di Program Raja Lawak…

Peserta Raja Lawak Musim Ke-6

Amboihh, tak cukup sekali bertanding, nak bertanding lagi ke Angah? Kasi la peluang kat orang lain, ye tak? Memangpun Angah kasi peluang kat peserta baru untuk mencapai kerlipan bintang seperti beliau. Chewahh.. Cuma kehadiran Angah lebih special sebab dia dilantik menjadi ‘Cif Kecik’ iaitu satu pendekatan baru yang dibawa oleh Raja Lawak Musim Ke-6 di mana Angah dan satu lagi kumpulan kesayangan korang, kumpulan Jambu akan memantau peserta-peserta Raja Lawak Musim Ke-6 nie so mutu persembahan dorang lebih tip-top. So untuk korang yang minat Raja Lawak nie, jangan lupa saksikan Raja Lawak Astro Musim Ke-6 di Astro Warna, pukul 10 malam bermula 13 Januari 2012. Sebelum tu jom kita tengok antara peserta Raja Lawak musim terbaru nie. Cekidautt!!

Continue reading

Sofy Ajak Korang Merasai Keseronokan Filem PAPA I LOVE YOU Dengan Percuma

20111220-193502.jpg

Filem PAPA I LOVE bakal menjengah pawagam pada 29 Disember 2011 dan menjadi filem penutup untuk tahun 2011 ni. Filem nie menggandingkan pelakon comel kesayangan korang iaitu Lisa Surihani, Mia Sara dan pendatang baru yang memang korang kenal dah, Mat Saja atau Zalif Sidek.

So kalau korang tengok Lisa kat dalam filem ni mesti antara korang jeles sebab tengok Lisa Surihani yang lincah dan girang gembira bersama si comel Mia Sara & Zalif Sidek. Rahsia Lisa of koz barangan SOFY yang memastikan Lisa lebih yakin.

Kat sini SOFY nak yakinkan korang jugak yang filem PAPA I LOVE YOU nie memang best, SOFY nak korang merasai keseronokan filem PAPA I LOVE YOU dengan percuma! Dah la percuma, korang boleh tonton dengan Lisa Surihani pulak tu! Camne nak join? Korang boleh ke Fanpage Sofy untuk info lebih lanjut. Cekidautt!!

Lisa Penuh Gaya di Majlis Flood Relief Ops.

Bahagia. Tu la kata-kata yang sesuai digambarkan bila owner superbike nie melihat motor kesayangan beliau dipilih oleh Lisa Surihani untuk sesi fotografi nie. Tak caye tengok abang-abang belakang Lisa tu… Hehe. Brader-brader belakang ni sebenarnya adalah antara mereka yang terlibat dalam usaha untuk Versys Owner Group menghantar bekalan ke mangsa-mangsa banjir di Timur Semenanjung di atas nama Flood Relief Ops. Usaha murni mereka nie mendapat sokongan dari Metrowealth (MiG) dan tak dilupa penaja utama mereka yang lain iaitu Pharmaniaga, Angkatan Tentera Malaysia, Givi dan Eversafe.

Majlis pada hari tu memang cukup bermakna bagi geng-geng bikers nie kerana mereka mendapat sokongan moral dari artis wanita No 1 Malaysia, Lisa Surihani. Untuk pengetahuan korang, misi mereka nie dahpun bermula Sabtu lepas dan usaha mereka berjaya mengumpul lebih 200 pek makanan untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. So kepada korang kalau nak Lisa Surihani naik motor korang, jom buat charity event macam ni & jangan lupa jemput Lisa dengan MiG Online sekali. Hehe. :D

Cekidautt gambar-gambar comel Lisa Surihani dan David Teo… Ehh? Mr David comel? :D Continue reading

Gambar-gambar Cute Fatin Afeefah & Fiffy Natasya.

MiG Online tau ramai antara korang yang kenal dengan 2 artis remaja cute nie. Fatin Afeefah yang feymes di kalangan peminat filem Tentang Bulan dan Brainscan dan Fiffy Natasya yang sekarang sinonim dengan gelaran Alia, watak dari drama Klik (Saluran Astro Ceria) adalah 2 residen artis MiG yang kian meniti di bibir peminat tak kira la dari kanak-kanak sampai la ke dewasa. Untuk pengetahuan korang Fatin Afeefah nie baru je tamat SPM dan Fatin bercadang nak sambung pelajarannya selepas nie. Fiffy pulak dah lepaspun SPM dan sekarang tengah menunggu keputusan untuk kemasukan ke IPTA tempatan. Ok, tu secara ringkas mengenai dorang. Untuk korang, jom kita layan gambar0gambar comel dorang nie. Cekidautt!!

Continue reading