Vote Yana untuk Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2011!!

Yeap, si cantik kiut-miut ni MIG Online jumpa masa dia tengah hang out dengan fans dia. Bagus Yana Samsudin nie, dia layan fans dia macam ahli keluarga sendiri. MiG Online memang respek sama Kak Yong nie. Tak mustahil Yana ada peluang untuk menyandang gelaran Bintang Paling Popular lepas nie… Ok, kepada korang yang nak tengok Yana Samsudin berjaya camtu, korang boleh ramai-ramai vote Yana nie. Caranya gini

BH<jarak>ABP<jarak>G05 dan hantar ke 33333. Apapun jom kita dengar Yana sendiri yang cakap… Cekidautt!!

Shima Anuar “Mengungkum” Secara LIVE!

Masa Karnival Media Hiburan Minggu lepas, bintang filem SUMPAHAN KUM-KUM iaitu Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal serta pengarahnya, Ismail ‘Bob’ Hasim. MiG Online bersama pengacara sambilan MiG Online iaitu Epy Raja Lawak berjaya mendapatkan sikit ulasan dari dorang mengenai filem SUMPAHAN KUM-KUM nie. Dan untuk info korang, filem SUMPAHAN KUM-KUM nie memang mendapat sambutan yang hangat dari peminat-peminat filem di Malaysia dan rata-rata memang sangat berpuas hati dengan tahap keseraman filem nie. Tak caya ce Cekidautt di pawagam hari nie!! :D

*Dalam temuramah nie Shima Anuar yang cute cuba nak takutkan korang, ce korang tengok korang takut ke cair.. Hehe..

Persamaan Tiz, Aeril dan Bob

Semenjak dua ni semakin murah rezeki Aeril Zafril kan.Selain tercalon dalam ABPBH dalam Katagori Artis Baru Lelaki Popular,Aeril Zafril juga bakal  muncul dalam filem keduanya iaitu Cinta Kura-Kura tak lama lagi gandingan bersama artis wanita jelita Tiz Zaqyah dan bekas pelajar Akademi Fantasia 2 Bob.Aeril juga berkata, selepas berlakon dalam filem Cinta Kura-Kura ini, dia banyak menerima tawaran berlakon antaranya dalam filem 7Petala Cinta,Hanya Aku Cinta Kau Seorang, dan Budak Pailang dimana ketiganya dibawah terbitan syarikat Metrowealth. Alhamdulillah semakin murah rezeki Aeril ni kan. MiG Online berharap semoga Aeril terus berjaya dalam bidang lakonan.. Haa kalau korang nak tahu ape pengalaman Aeril berlakon dalam filem Cinta Kura-Kura ni, korang boleh dapatkan surat khabar Utusan Malaysia hari ini..  Cekidautt… :)

Sekitar Anugerah Juara Lagu 26

MiG Online sekarang tengah teruja dengan kehangat Anugerah Juara Lagu 26 yang tengah live dekat Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan tema “Air”, MiG Online dapat rasa kelainan yang ditampilkan oleh TV3 nie. Apapun MiG Online nak update dari masa ke semasa. Jom kita cekidautt apa yang jadi sekitar malam Anugerah Juara Lagu 26.

20120129-211702.jpg
Abg Jamal, Raja Pop Malaysia open table dulu der… Continue reading

Sekitar Majlis Kesyukuran Dan Gong Xi Fa Cai MIG 2012

Seperti yang korang semua tahu, MIG telah pun mengadakan Sekitar Majlis Kesyukuran  Dan Gong Xi Fa Cai MIG 2012 baru-baru ini.. gambar-gambar pun MiG Online dah kongsikan dengan korang.. so sekarang MiG Online nak kongsikan dengan korang video sekirak Sekitar Majlis Kesyukuran  Dan Gong Xi Fa Cai MIG 2012 pulak.. soo.. jum sama-sama kita Cekidautt… :)

Farid Kamil & Fatin Afeefa Super Comel dalam YEZZ!

 

Ala Tomey2 MiG Online tengok 2 selebriti yang jugak artis residen MiG nie, Farid Kamil & Fatin Afeefa. Kedua-dua mereka menjadi penghias majalah remaja, YEZZ terbitan Karangkraf. Farid yang kini tengah sibuk dekat lokasi filem Hantu Gangster dan Fatin Afeefa sekarang tengah panas dengan drama Klik yang disiarkan di Astro Ceria. Kat dalam nie ada artikel mengenai diri dorang yang MiG Online rasa mesti korang nak tau. so kalau nak mengenali kedua-dua artis nie dengan lebih rapat, jom dapatkan majalah YEZZ di kedai buku berhampiran korang. Cekidautt!!

Diana Malas Nak Komen

Assalamualaikum dan Salam 1 Metrowealth..Salam Jumaat penghulu segala hari juga :) Semalam Farid, hari ini giliran Diana Danielle pula.Diana, walau bagaimanapun enggan mengulas panjang tentang gosip percintaannya dengan Farid Kamil.. Diana mengakui yang dia sedang berkawan rapat dengan Farid dan keluarga kedua-dua belah pihak telah pun mengetahui antara satu sama lain, tetapi mereka tiada sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.Diana Danielle juga tercalon dalam ABPBH 2011 dalam katagori Pelakon Filem Wanita Popular bersaing dengan empat lagi finalis termasuk Lisa Surihani dan Yana Samsudin. Kalau korang nak tahu ape lagi kata Diana.. dapatkan Harian Metro hari ini .. Cekidautt…

Jom Tonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap!


Zalif Sidek & Mon Ryanti

Mikail Andre

Filem komedi seram arahan Azhari Zain, Hantu Dalam Botol Kicap akan menjengah pawagam pada 9 Februari nie. MiG Online yakin yang korang mesti tak sabar nak tonton filem lakonan Mat Saja, Zalif Sidek, Baby Andre, Mikail Andre, heroin cute Mon Ryanti dan si gadis “Bunga” Wawa Zainal. So kat sini MiG Online nak kasi peluang secara eksklusif untuk korang sama-sama join Malam Pratonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap nie. Caranya?

Wawa Zainal

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan 4 pelakon filem Hantu Dalam Botol Kicap

b) Apakah tagline filem Hantu Dalam Botol Kicap?

c) Siapakah pelakon yang menjadi “suami” hantu perempuan dalam trailer Hantu Dalam Botol Kicap? Klik SINI untuk lihat trailer

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Malam Pratonton Hantu Dalam Botol Kicap”

metrowealthonline@gmail.com

3. Tarikh tutup adalah pada 29 Januari 2012. SEMOGA BERJAYA!

Bunga Cinta Antara Wawa Zainal, Johan Ashaari & Zehra…

 

Kalau ditanya MiG Online siapa artis yang akan meningkat naik sepanjang tahun 2012 nie, memang Wawa Zainal la yang jadi pilihan MiG Online. Bukan apa, belum pun sampai setengah tahun kita melangkah ke tahun 2012, dah banyak filem yang dibintangi si gadis comel dari Sabah nie. Sebagai contoh filem seram SUMPAHAN KUM-KUM yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam, di samping beberapa filem lain seperti Hantu Dalam Botol Kicap (9 Februari 2012) dan 3 Temujanji (5 April 2012) bergandingan dengan pelakon kacak Farid Kamil.

Kalau lelaki pulak, semestinya Johan Asaari jadi perhatian. Dengan lakonan mantap beliau dalam beberapa drama sebelum nie, tak mustahil Johan nie mampu pergi lagi jauh. Ada kredibiliti sebagai seorang pelakon lelaki yang hebat, memang patutpun nama Johan nie sentiasa jadi rebutan sekarang.

Sebenarnya apa kaitan dua bintang nie tiba-tiba je MiG Online nak bercerita? Kalau korang nak tau, Wawa Zainal dan Johan Asaari ni dengarnya bakal declare… Erkk? declare apa pulak tu? Dengar-dengarlah, kedua-duanya bakal digandingkan dalam satu drama bersiri untuk slot Zehra di TV3. Hmm.. Betul ke tidak tu MiG Online akan bawakan secara eksklusif untuk korang. Mesti korang tak sabar-sabar nak tengok hasil gandingan kedua-dua filem berbakat besar nie, kan? Sama-sama kita nantikan. Cekidautt!!