Nora Terima Adi

Nora Danish dan Adi Putra adalah satu nama yang amat dikenali dalam industri hiburan.. Walaubagaimanapun, pelakon si cantik jelita ini tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi.. Tetapi, Nora Danish tetap meneruskan kariernya sebagai pelakon yang berdedikasi.. Kalau korang nak tahu, dua orang pelakon hebat ini sedang melakukan penggambaran untuk filem terbaru terbitan MiG iaitu filem Aku Terima Nikahnya.. Pasti hebat lakonan dua orang pelakon nie nanti kan? MiG Online yakin ramai tak sabar nak saksikan mereka berdua bergandingan dalam filem nie.. Kita sama-sama nantikan filem nie akan datang keyh? Untuk mendapat info lebih lanjut, korang boleh dapatkan di akhbar Utusan Malaysia hari nie.. Jom, kita sama-sama layannn.. :)

Pinjam mood Ala “French Vintage”

Bertemakan ala perancis, Majlis Persandingan Lisa Surihani dan Yusry berlangsung dengan meriah sekali kelmarin.Dengan busana rona putih ‘Champagne’ rekaan Cosry, Lisa Surihani tampil menawan duduk di pelamin menunggu putera idaman yang kemudian menyusul dengan kostum serba putih dan bertanjak diiringi keluarga terdekat yang mengenakan tema hijau pucuk pisang.Manakala keluarga Lisa pula tampil dengn tema Champagne Gold. Majlis persandingan itu dimeriahkan lagi dengan acara pembukaan oleh pengacara iaitu Faizal Ismail dan Vanida Imran yang berbalas pantun empat kerat yang juga merupakan istiadat perkahwinan Melayu. Majlis itu juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan Forteen,Aizat Amdan dan juga Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu pilihan Yusry dan ditujukan khas buat isteri tercintanya Lisa.Kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik di hari pesandingan Lisa Surihani dan Yusry KRU ni, jom cepat-cepat dapatkan akhbar Harian Metro Hari ini.. Cekidautt!!!

Sengal Adnan Masih Disukai

Filem Adnan Sempit 2 arahan Ismail Bob Hasim baru saja menjengah pawagam 23 Februari lalu.Filem Adnan Sempit 2 merupakan sekuel dari filem Adnan Sempit mempunyai fokus tersendiri walaupun komedi.Ismail Bob Hasim berkata setiap babak ada objektif sendiri dan ada kelompok peminatnya kerana filem ni dipecahkan kepada semua golongan.Selain pelakon utama Shaheizy Sam yang memegang watak Adnan, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak merancakkan lagi perjalanan cerita ini.MiG Online ade join malam pratonton filem ini pada 21 Februari lalu di TGV Cinemas Sunway Pyramid, kebanyakan penonton yang hadir terhibur dengan filem ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, cepat-cepatlah dapatkan akhbar Harian Metro hari ini dan jangan lupa saksikan filem Adnan Sempit 2 dipawagan sekarang!!!

Ilia Iryani, Si Gadis Stunt Sempoi Dan Sopan~

Kalau korang yang dah layan filem ADNAN SEMPIT 2, korang mesti perasan kelibat gadis terer nie yang dok pusing-pusing motor sambil membahan Bobby (Along Raja Lawak). MiG Online tau ada antara korang yang nak tau betul ke tu dia yang buat dan siapa dia nie sebenarnya? MiG Online nak share dengan korang secara eksklusif temubual bersama dengan artis wanita yang lasak nie. Jom kita kenali Ilia Iryani, gadis yang juga merupakan seorang Professional Stuntwoman. Cekidautt!!

Majlis Lisa Dan Yusry Tebal Dengan Adat Melayu

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Begitu juga pasangan Lisa dan Yusry walaupun dibesarkan dalam arus kemodenan, mereka tetap mengamalkan adat perkahwinan melayu seperti acara bersiram dan berinai, berpantun, doa dan selawat.. So, pasangan Lisa dan Yusry boleh dijadikan sebagai contoh bagi pasangan lain.. MiG Online doakan kebahagiaan buat Lisa dan Yusry.. :) Untuk mendapat info lanjut, korang boleh dapatkan akhbar Berita Harian hari nie keyh !

Intan Inginkan Watak Mencabar

Intan Ladyana atau lebih dikenali dengan watak Nadia dalam Adnan Sempit 1 dan Adnan Sempit 2 mengatakan bahawa beliau tidak suka watak komedi?? Adakah betul jawapan pada persoalan itu?? Haa, MiG Online share sikit dengan korang keyh ! Sememangnya Intan tidak suka membawa watak komedi tetapi untuk menjadi seorang pelakon serba boleh Intan mesti membawa watak yang berlainan.. Kalau tak , tak kan lah Intan boleh tercalon dalam Festival filem Malaysia ke-24 kan?? Kelasss gitu! Dan untuk pengetahuan korang juga, Intan juga akan keluar dengan filem terbaru dan kini sedang melakukan penggambaran.. Kalau korang nak tahu filem apa, jom kita sama-sama baca dalam akhbar Berita Harian hari nie.. :)

 

Kunci Hati Yusry Terbuka Kerana Lisa

Dari pintu hati yang terkunci rapat untuk menerima mana-mana wanita dan tidak lagi percaya akan kuasa cinta, akhirnya hati Yusry telah terbuka setelah Lisa muncul dalam hidupnya.. Lisa telah berjaya mengubah hati Yusry untuk menerima cinta kembali.. Terbaik lah Lisa.. Cewahhh ! Alhamdulillah, Lisa dan Yusry telahpun menjadi suami isteri sekarang nie dan kita sama-sama lah doakan kebahagiaan mereka keyh ! MiG Online nak share sikitlah, kalau korang nak tahu, Lisa mengimpikan 4 orang cahaya mata.. Mudah-mudahan tercapai lah apa yang dihajatkan oleh Lisa dan Yusry.. Kita doakan lah yang terbaik untuk dorang k.. :)

Menangi Tiket Bermusim Filem Adnan Sempit 2!

MiG Online yakin mesti ada antara korang yang dah tengok dan tengok lagi dan sambung tengok lagi filem Adnan Sempit 2 ni, kan? So MiG Online pasti korang masih tak puas tengok gelagat dan telatah Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Along dan Angah Raja Lawak dalam filem tu. So kat sini MiG Online nak support korang tengok lagi filem Adnan Sempit nie dengan pemberian tiket percuma filem Adnan Sempit 2 nie. Kalau korang nak senang je, korang ikut langkah kat bawah nie. Continue reading

Sekitar Majlis Perkahwinan lisa Surihani dan Yusry Abd Halim.

20120226-220628.jpg

Alhamdulillah, tersurat sudah Lisa Surihani yang comel dan manis menjadi permaisuri di hati jejaka kacak idaman Malaya, Yusry Abd Halim. Bertempat di PICC, Putrajaya, LIsa dan Yusry disandingkan dengan disaksikan oleh saudara-mara, sahabat handai dan para tetamu yang terdiri daripada VIP macam Dato’ Mukhriz Mahathir, para artis, media cetak dan elektronik serta blogger. Continue reading

Filem Komedi Masih Belum ‘Semput’

Siapa yang tak kenal dengan pengarah filem Adnan Sempit 2 iaitu Ismail Hasim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Bob.. Kalau korang nak tahu, Metrowealth Pictures baru sahaja mengeluarkan filem ke 74 iaitu filem bergenre komedi berjudul Wawa Semput.. Haa… filem nie sebenarnya adalah sekuel dari filem Adnan Sempit 2 cuma bezanya dalam filem Wawa Semput nie tak ada watak Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Filem nie mengetengahkan watak Yana Samsudin (Wawa),  Along Cham (Bobby), Angah Raja Lawak (Ismat) dan juga pelakon baru iaitu Adibah Yunus (Ayuni).. Kalau filem Adnan Sempit 2 mendapat sambutan yang tinggi dari peminat, macam mana pula sambutan untuk filem Wawa Semput niy ye?  Ha, sama-sama la kita tunggu keyh !