[GAMBAR] Nuremy Ramli, Pelakon Pistachio Dayana Kini Bertudung!

20120331-020827.jpg

Alhamdulillah, selepas Diana Amir dan terbaru, Abby Abadi baru-baru nie terbuka hati untuk pakai tudung, kini giliran pelakon comel nie, Nuremy Ramly pulak mengikut jejak langkah mereka. Adakah sebab penangan filem 7 PETALA CINTA? Hehe… MiG Online apapun sokong niat murni Nuremy nie. Untuk korang jangan lupa untuk tonton filem lakonan Nuremy nie nanti iaitu filem ‘X’ pada 7 Jun dan ‘Hanya Aku Cinta Kau Seorang’ pada 21 Jun nie. Cekidautt!

Ada lagi gambar, klik sini…
Continue reading

[GAMBAR] Ady Putra Sumbang Suara Untuk Filem ‘Aku Terima Nikahnya’

MiG Online nak share dengan korang gambar panazzzz MiG Online baru ambil tadi waktu pelakon nyum-nyum Ady Putra ke studio untuk rakaman lagu OST untuk filem “Aku Terima Nikahnya”. Ady khabarnya akan menyanyikan 3 buah lagu khas untuk filem nie. Ok, korang cekidautt dulu gambar-gambar nie dan MiG Online akan update lagi pasal filem lakonan Nora Danish dan Ady Putra nie. ;)

Nak berita lagi lanjut? Klik ‘Like’ fanpage AKU TERIMA NIKAHNYA nie. :) Continue reading

’99 Kali Rindu’ , ‘KITA’ Lancarkan Bersama

David Teo bersama para pelakon filem 99 Kali Rindu

Para pelakon filem KITA

Baru-baru nie Metrowealth Pictures baru sahaja melancarkan 2 filem serentak iaitu filem 99 Kali Rindu dan KITA.. MiG Online nampak begitu meriah sangat dan semuanya berjalan dengan lancar majlis tersebut.. MiG Online nak share dengan korang siapa artis yang ada pada majlis tersebut.. Haa, antaranya ialah pelakon filem KITA iaitu Yana Samsudin, Pekin Ibrahim, Shima Anuar, Along Ezzandy, dan Fezrul Khan.. So, untuk filem 99 Kali Rindu pula, pelakon yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Aeril Zafrel, Wawa Zainal,, Afiera Riana, Siti Aziz dan ramai lagi.. So,kalau nak tahu update filem-filem nie, jangan lupa tunggu update-update dari MiG Online..

Kisah ‘Si Cilik’ ‘Paling Gangster’

Kepada korang yang masih tak tahu, sebelum nie Shaheizy Sam dan Wawa Zainal pernah digosipkan pernah mempunyai hubungan istimewa dan kebetulan minggu lepas mereka telah pun digandingkan dalam filem terbaru Kisah Paling Gangster.. MiG Online nak share sikit dengan korang dekat sini, dalam filem Kisah Paling Gangster nie Sam memegang watak utama.. Dalam filem nie Sam sebagai Remy Asmara telah terjebak dalam aktiviti kongsi gelap.. Haa , macam mana gandingan Sam dan juga Wawa dalam filem nie nanti ya? Sama-sama lah kita saksikan di pawagam keyh..

Pengarah Ismail Bob Hasim  sekali lagi tampil dengan filem terbaru iaiu Ajiboy.. Filem nie mempertaruhkan pelakon kanak-kanak iaitu Nor Heldzriq Haikal N Norharmizan sebagai watak utama dan telah memberikan kelainan kepada filem komedi yang turut dibintangi Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Angah Raja Lawak, dan Adibah Yunus.. Untuk info tambahan menjalankan penggambaran sepenuhnya di A Famosa Resort yang mana dalam filem nie korang boleh tengok betapa syoknya A Famosa Resort nie.. So, kepada korang semua, jangan lupa nantikan filem komedi nie yang menampilkan kelainan dengan kecerdikan si Ajiboy yang dilakonkan oleh  Nor Heldzriq Haikal N Norharmizan keyh ! So, kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang jangan lupa dapatkan akhbar Metro hari nie ye.. :)

Kisah Cinta Menyentuh Hati

Drama Cinta Buat Emelda arahan Ismail Bob Hasim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin  termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia Sara Nasuha dan Rykal Iskandar kepada anda semua dan ramai lagi.

So, jangan lupa ramai-ramai kita duduk depan televisyen setiap Isnin hingga Khamis untuk tengok sama-sama drama Cinta Buat Emelda nie keyh ! :)

Akhirnya Sam Dan Wawa Bersatu

 

Shaheizy Sam dan Wawa Zainal akhirnya bersatu? Wah! Bersatu?? Korang mesti akan fikir Sam dan Wawa nie bercinta kan? Haa, MiG Online nak share sikit dengan korang, Sam dan Wawa nie telah digandingkan dalam satu filem terbaru iaitu Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee dengan kerjasama MiG Production.. Sebenarnya Sam dan Wawa hanya bercinta di dalam filem nie sahaja taw.. Dengar cerita Sam sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang bekerja di salah sebuah stesen televisyen? Betul ke cerita tu ye? So, kalau korang nak tahu lebih info lebih lanjut , jangan lupa dapatkan akhbar Berita Harian dan Metro hari nie keyh.. :)

Abang Yong? Ayah Der? Ni Lagi Gangster!

Jumaat lepas berlangsungnya sebuah filem aksi edaran MiG Production & diterbitkan oleh B&L Kreatif iaitu filem KISAH PALING GANGSTER dibintangi oleh Shaheizy Sam, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Mikael Andre, Zul Suphian, Shajiri, Alex Yanz dan Fyza Kadir serta pelakon cina, Qi Ming. Sebelum MiG Online bagitau lebih lanjut pasal filem nie, jom kita cekidautt dulu video promo artis-artis filem KISAH PALING GANGSTER nie.

Rasa Lama Kembali Bertaut?

Macam la korang susah nak teka bila MiG Online kasi blur gambar mamat ni, kan? hehe..

Salam Isnin MiG Online sekalian… Amacam hari Isnin? Best? Cuti sudah habis, kan? Hehe.. Anyway cuma sikit update MiG Online nak buat nie, dah lama tak usik-usik orang, MiG Online nak korang teka siapa jejaka di sebelah Wawa Zainal ni. Korang boleh teka tak?

Dulu dengarnya dorang macam ada hubungan namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh kedua pihak, tapi minggu lepas dorang dahpun konfim… Konfim berlakon bersama la, jangan fikir jauh lagi. Hehe… MiG Online tengokpun dorang nie cam mesra je, rasa-rasa korang camne? Nantikan update seterusnya nanti ok? Cekidautt!!

Jelajah ABPBH ke Pasir Gudang

Siri jelajah ABPBH 2011 yang sedang sibuk berlangsung kini meneruskan lagi perjalanannya ke Pasir Gudang Johor. Pelbagai aktiviti dan persembahan yang akan diadakan sepanjang jelajah itu berlangsung. Antara artis yang akan terlibat dalam jelajah ini pada 25 mac 2012 ini ialah barisan finalis antaranya Yana Samsudin, Shaheizy Sam,Mawi, Adi Putra,Aaron Aziz, dan ramai lagi.Selain persembahan sketsa dan kuiz, para peminat juga boleh bersiar-siar bersama artis pilihan masing-masing dengan kereta tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu apa lagi aktiviti yang akan dilakukan disana nanti, jangan lupa dapatkan akhbar Berita Harian hari ini!! Bubye :)