Adnan Sempit Cipta Rekod! Sequel Baru Dilancarkan!

Yana Samsudin & Along Cham kembali bersama dengan watak baru iaitu Zita (Shima Anuar)

Perghhh… Lepas kejayaan Adnan Sempit 2 yang mengatasi rekod filem Adnan Sempit 1 iaitu lebih RM1 juta, filem aksi komedi Adnan Sempit 3 pulak dilancarkan oleh Metrowealth Pictures sebentar saja tadi. Filem yang masih mengekalkan pelakon asal iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along & Angah Raja Lawak turut mengetengahkan pelakon muda berbakat besar yang juga heroin filem 7 Petala Cinta iaitu Shima Anuar. Continue reading

[VIDEO] Scene Bocor Filem Sub-Sequel Adnan Sempit, Wawa Semput!

Kebanyakan korang mesti tau yang ada sambungan terbaru filem kesayangan ramai, filem Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin & Along Raja Lawak tu, kan? Yeap, filem yang diberi nama Wawa Semput nie adalah kesinambungan filem Adnan Sempit 2 dan telah mengangkat Yana Samsudin sebagai pelakon utama di samping Along & Angah Raja Lawak.

Eksklusif untuk geng-geng MiG Online, MiG Online berjaya menceroboh masuk ke bilik editing dan meng-copy 1 scene best dalam Wawa Semput untuk korang… Ececey, macam ye-ye je kan? Hehe.. Apapun jom kita layan video nie. Cekidautt!!

David Teo Terbit Dokudrama Rempit

Baru-baru nie, MiG Online baru sahaja pergi ke Majlis Pelancaran Rempit United.. Untuk pengetahuan korang turut hadir pada majlis tersebut adalah Wazi Abdul Hamid yang merupakan Presiden Rempit United, Mejar (K) David Teo, Nora Danish, Intan Ladyana, , Adi Putra, Nora Danish dan juga pelakon aksi wanita iaitu Illia Iryani.. So, untuk menyampaikan mesej Rempit United dengan lebih berkesan lagi pada para penonton dan orang ramai di luar sana, Metrowealth Pictures akan membuat sebuah dokudrama berkaitan rempit yang akan disiarkan di kaca televisyen tidak lama lagi.. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh dapatkan akhbar Metro hari nie keyh ! :)

Yana Samsudin Halus Berbisa

Selain berlakon, Yana Samsudin juga boleh menyanyi taw.. Haa, so kat sini MiG Online nak share dengan korang lagu yang dinyanyikan oleh Yana iaitu Halus Berbisa yang juga merupakan salah satu lagu bagi filem Aku Ada Kau Ada yang dilakonkan oleh Yana Samsudin dan juga Shaheizy Sam.. So, jom kita saksikan sama-sama lagu Halus Berbisa nie keyh ! :)

Wawa Zainal Sebagai Duta Lip Ice

Semalam MiG Online, baru sahaja pergi ke Majlis Pelancaran Duta Baru Lip Ice iaitu Wawa Zainal di Bangsar Village.. Haa.. Sungguh cantik dan comel Wawa semalam.. Pasti cair jejaka-jejaka di luar sana apabila melihat wajah comel Wawa lagi-lagi apabila Wawa menggunakan produk terbarunya iaitu Lip Ice.. SO, kat sini, MiG Online nak share dengan korang video sepanjang majlis tersebut.. Jom, saksikan… :)

Metrowealth Pictures Luaskan Empayar

Untuk pengetahuan korang, baru-baru nie MiG Online baru sahaja pergi ke Singapura taw.. Haa… Bukan untuk jalan-jalan keyh.. Hehehe.. Sebenarnya, MiG Online ke sana adalah untuk meluaskan lagi empayar Metrowealth dengan bekerjasama dengan syarikat televisyen berbayar nombor satu Singapura, iaitu StarHub… Untuk pengetahuan korang, korang yang kat Singapura boleh melanggan filem-filem terbaru Metrowealth seawal 2 minggu selepas tayangan dengan melanggan Blockbuster Terhangat saluran 117.. Terdapat beberapa orang artis juga turut sama-sama turun padang antaranya ialah Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Diana Amir, Pierre Andre dan juga Lynda Roslan.. So, kalau korang nak tahu lebih info lagi, jangan lupa dapatkan akhbar Harian Metro hari nie jugak.. :)

Rempit Ubah Intan Ladyana

Siapa yang tidak kenal dengan Intan Ladyana nie kan.. Dengan kemunculannya dalam filem Adnan Sempit 1 dan Adnan Sempit 2 telah menaikkan nama Intan Ladyana di kalangan para peminatnya.. Haa.. Untuk pengetahuan korang kan, Intan Ladyana nie sebenarnya seorang yang takut untuk membonceng apatah lagi untuk menunggang motosikal… Haa.. Mesti korang tak tahu kan.. Hehehehe… Sejak Intan Ladyana membintangi filem Adnan Sempit 1 dan Adnan Sempit 2 yang banyak bermain dengan aksi motosikal, sedikit sebanyak telah menjadikan rasa takut dalam Intan semakin hilang taw.. So, pada korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Intan Ladyana, jom ramai-ramai dapatkan akhbar Kosmo hari nie keyh ! :)

Adi Putra Konfim Join Rempit!

Semalam sempena pelancaran organisasi terbaru ‘Rempit United’, MiG Online sempat bertanya pada Adi Putra pasal penubuhan nie dan apa Adi Putra buat kat situ? So secara eksklusif untuk korang, jom kita dengar apa kata Adi Putra. Katanya dia nak join rempit? Cekidautt!!