Terbaik Dari 8 Jam..

Pasti korang semua tertunggu-tunggu filem 8 Jam gandingan mantap Shaheizy Sam dan Yana Samsudin dalam filem nie kan.. Dalam 8 Jam nie ada banyak scene-scene yang menarik taw antaranya sedih, gembira, konflik dan macam-macam lagi laa… Tak kan nak beritahu kat sini kan?? Tak surprise lah nanti bila korang tengok kat panggung.. Hehehe.. MiG Online ada sediakan beberapa gambar sweet Yana dan Sam untuk korang semua.. Jom layan.. :) Continue reading

Lisa Surihani Dalam The Smurf ???

Dah lama kita semua tak dengar cerita tentang Lisa Surihani yang comel lagi sweet nie kan.. hehehe.. Nak tahu apa perkembangan terbaru Lisa tak korang ?? Haa… Untuk pengetahuan korang semua kan, Lisa sekarang nie terbabit dengan siri animasi popular, The Smurf.. Dalam cerita The Smurf nie Lisa membawa watak sebagai Smurfette iaitu Smurf perempuan .. Selain tu , Yusry suami pada Lisa juga turut terbabit dalam siri animasi nie.. Mesti sangat cute kan suara Lisa dalam The Smurf tu nanti.. So, pape pun, kalau korang semua nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan akhbar Berita Harian nie keyh ! :)

[GAMBAR] Pekin Ibrahim Bersaing Dengan Faizal Hussein?

Wow, orang baru bersaing dengan orang lama? Siapa agaknya yang power dan yang paling penting apa yang dorang saing nie? MiG Online saja kasi gempak je sebenarnya. Hehe… Ekceli Pekin Ibrahim dan Faizal Hussein sama-sama melancarkan buku hasil nukilan masing-masing. Pekin Ibrahim yang melancarkan buku ‘Memoir Bukan Memoir’ dan Faizal Hussein ‘Limelight’ menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang mereka bergelar anak seni. So kepada korang semua boleh la dapatkan kedua-dua buku nie kat kedai buku berdekatan korang. Moh kita cekidautt dulu gambar-gambar Pekin & Faizal Hussein. :) Continue reading

[GAMBAR] Yana Samsudin Bertudung

Filem 2 Kalimah masih lagi menjalankan penggambaran di sekitar Terengganu. Siapa orang Ganu kat sini yang nampak dorang shoot angkat tangan! hehe.. Selain menampilkan bintang besar seperti Nora Danish dan Shaheizy Sam, filem nie turut menampilkan bintang besar yang tak kurang hebatnya iaitu Yana Samsudin. Haruslah hebat, kan?

Dalam filem nie Yana akan memegang watak sebagai Humaira, kekasih kepada Shaheizy Sam. Eh? Bukan Nora isteri Sam ke? Jangan lupa saksikan kalau nak tau apa cerita di sebaliknya.

Apapun jom kita cekidautt gambar Yana dan Nora di set 2 Kalimah.  Continue reading

Kisah Romantik Aeril Zafrel Dan Nuremy Ramli..

21 Jun merupakan tarikh filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang  berada di pawagam berdekatan anda semua… Filem nie dibarisi pelakon-pelakon remaja yang berbakat besar dalam dunia hiburan seperti Nuremy Ramli, Aeril Zafrel,Mon Ryanti, Kamal Faridz, dan juga Shima Anuar.. Tak lupa juga Fezrul Khan turut berlakon dalam filem nie.. Terdapat scene sedih dan happy dalam filem nie taw.. Bagi korang remaja-remaja kat luar sana, boleh la ramai-ramai tonton filem nie keyh ! Kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik dalam filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang nie HARUSLAH menonton filem nie dan dapatkan akhabar Harian Metro hari nie.. :) Jom layan OST yang MiG Online sediakan nie..

Sam Gigit Yana Dalam 8 Jam??

Sebuah filem gandingan mantap Shaheizy Sam dan Yana Samsudin akan menggegarkan pawagam yang berdekatan dengan anda dan juga merupakan sebuah filem yang ditunggu ramai iaitu filem 8 Jam.. Korang mesti tak sabar kan untuk menonton filem nie..Dalam filem nie mempunyai banyak scene yang pasti akan membuatkan anda excited taw.. Hehe.. Apa-apa pun sebelum tu, jom kita layan trailer 8 Jam yang MiG Online sediakan nie.. Dan untuk info lebih lanjut, korang dapatkan akhbar Harian Metro hari nie keyh.. ;) Jangan lupa saksikan 8 Jam pada 5 Julai nanti..

Perghh~ Sweetnya Dorang!

MiG Online kini tengah dalam event Malam Pratonton Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang yang diadakan di TGV Sunway bersempena dengan tayangannya pada 21 Jun 2012 nie. Meriah giler dengan kehadiran artis-artis seperti Shima Anuar, Nuremy Ramli, Annabella Sophia dan ramai lagi. Untuk korang yang tak berpeluang untuk join kemeriahan malam pratonton nie, MiG Online share dengan korang OST filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang nie. Cekidautt!!