(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Si putih melepak
@noradanish

Salam petang buat semua tatapan MiG Online. Untuk hari ini, MiG Online nak kongsi gambar-gambar dari Instagram edisi khas pelakon comel, Nora Danish. Haaa mesti korang semua teruja kan nak tengok.. Apa lagi jom kita lihat wajah-wajah Nora yang tidak pernah jemu mata memandang ni dan korang juga boleh layan fanmade trailer filem terbaru Nora bersama Adi Putra, Aku Terima Nikahnya yang akan berada di pawagam pada 11 Oktober 2012. Continue reading

Artis dan Bulan Ramadhan

Kredit gambar: Harian Metro

Di bulan yang mulia ini seperti bulan Ramadhan, sememangnya kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat dan membuat kerja-kerja amal. Oleh itu, seperti peminat MiG Online sedia maklum, minggu lepas telah diadakan majlis Iftar MIG 2012 dan penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di perkarangan pejabat urusan MIG. Menurut kenyataan Mejar (K) David Teo dalam Harian Metro hari ini, beliau percaya dengan mengadakan majlis sebegini akan dapat kejayaan berganda berkat doa anak yatim dan ibu tunggal yang telah diberikan sumbangan. Huihhh memang meriah betul tau majlis hari itu siap diserikan dengan kehadiran artis-artis popular di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Diana Amir dan ramai lagi. Okay untuk korang yang nak baca lebih lanjut tentang laporan kemeriahan majlis Iftar MIG 2012, boleh la baca di ruangan Rap muka surat 10 dan 11.  Continue reading

(Gambar & Video) Hero dan Heroin Glorifying Love

Heroin Glorifying Love, Emily

Assalamualaikum. MiG Online sebenarnya sangat teruja nak menunggu kelahiran filem mandarin sulung Metrowealth Pictures iaitu filem romantik komedi Glorifying Love lakonan pelakon yang sememangnya popular di Malaysia dan Singapura iaitu Lawrence dan artis residen MiG iaitu Emily & Tommy Kuan. Kalau korang yang pelok bantal dengan mata Puss In Boots setiap kali tengok filem atau drama Korea & Taiwan, filem nie memang sangat sesuai dengan korang. Kalau tak percaya korang boleh cekidautt bila ianya ditayangkan nanti. Nantikan ok? Sebelum tu jom kita tengok dulu gambar-gambar Glorifying Love ni. ;) Continue reading

(Gambar & Video) Gelak Ketawa Bersama Fizo Si Halimmunan

Fizo Omar sebagai Halim bin Munan

Selamat pagi! Korang teringin tak nak tengok filem Halim Munan lakonan pelakon yang baru sahaja pulang dari umrah iaitu Fizo Omar? Kalau teringin, nantikannya di pawagam pada 13 September 2012 yang juga menampilkan Intan Ladyana, Gbob Raja Lawak, kumpulan Balas serta Zul Suphian. Lakonan mereka sangat menggelikan hati dan memang membuatkan korang ketawa terbahak-bahak punya lah..hehe. Jom kita tengok gambar para pelakon filem Halim Munan serta karakter mereka masing-masing. Lepas tu, korang boleh layan trailernya sementara menunggu filem ni keluar kat pawagam okay? Enjoy!  Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Muka tunggu waktu berbuka
@fadzilzahari

Apa cer artis kesayangan korang hari ini? Ada yang sambut birthday hari ini seperti si pelakon filem Seram Sejuk Fyza Kadir, meluangkan masa lapang menunggang kuda seperti Mejar (K) David Teo, dan juga gambar Fadzil Zahari bersama adik-beradiknya menunggu waktu berbuka puasa. Haaa jom kita tengok gambar-gambar mereka dibawakan khas dari Instagram. Enjoy! Oh jangan lupa ya bagi korang yang ada Instagram silalah jangan segan-segan untuk follow artis kesayangan korang okay.. ;) Continue reading

Ustaz Usha Diana Amir

Kredit gambar: Kosmo!

Selamat pagi semua! Korang semua mesti masih dalam mood bercuti lagi kan? Tak apa biasa lah tu bak kata orang putih ‘monday blues’..hehe. Apapun, jom segarkan mata korang dengan cerita si cantik manis, Diana Amir yang khabarnya diajak berkenalan oleh beberapa orang ustaz ketika mengikuti program keagamaan di bulan Ramadhan. Menurut Diana lagi, dia dah ada target bila nak berkahwin. Woww.. Okay untuk korang yang tahu lebih lanjut apa kisah Diana Amir nie, boleh la dapatkan akhbar Kosmo! dan baca di ruangan hiburan halaman 41.

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Mejar (K) David Teo bersama tiga jelitawan
@noradanish

Salam Jumaat buat semua peminat MiG Online. Hari ini korang berbuka puasa kat mana? Macam semalam MiG Online berpeluang berbuka puasa bersama ramai artis-artis tau di majlis Iftar 2012 siap dapat duit raya untuk sesiapa yang bertuah la..hehehe. Antara yang hadir semalam termasuk Nora Danish dan pelakon baru, Emily. Haaa tengok gambar mereka kat atas tu cantik-cantik belaka dengan baju bertemakan white & gold. Okay tu serba sedikit yang MiG share kan dengan korang sekitar majlis semalam. Untuk hari ini, macam biasa lah setiap petang MiG Online tak akan lupa share gambar-gambar artis kesayangan korang kat Instagram. Jom kita tengok apa menarik hari ini!

Continue reading

Kongsi Rezeki Iftar MIG 2012

Mejar (K) David Teo bersama isteri dan artis-artis MiG

Setiap tahun di bulan Ramadhan pasti ada jamuan berbuka puasa diadakan bersama anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang susah atau orang yang memerlukan. So, semalam telah diadakan majlis Iftar MiG bersama artis-artis dan warga MiG, media, dan juga tidak dilupakan bersama anak-anak rumah kebajikan. Antara artis yang hadir ialah Nora Danish, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Diana Amir dan ramai lagi manakala sebanyak empat buah rumah kebajikan telah terpilih untuk menerima sumbangan dari MiG. Meriah betul tau semalam dengan persembahan dari anak-anak yatim, kumpulan nasyid Devotees dan juga pertunjukan bunga api. Memang meletup terbabooomm la semalam macam sambutan tahun baru kat KLCC tau..hehe. Sambil berseronok sambil kita beramal. Banyak pahala kita dapat tau lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Okay jom kita tengok gambar-gambar kemeriahan majlis Iftar MiG 2012. Enjoy! Continue reading

Lisa Dapat Rumah Raya

Kredit gambar: Kosmo!

Selalunya kalau nak raya, orang tukar langsir, cadar, alas meja, dan kanak-kanak pula dapat duit raya. Tapi bagi Lisa Surihani, raya tahun ini dia akan dapat rumah baru tau. Wahhh bestnya murah rezeki Lisa sejak mendirikan rumah tangga dengan Yusry. Menurut Lisa dalam akhbar Kosmo! hari ini, buat masa sekarang dia bersama suami masih tinggal di rumah keluarga masing-masing secara bergilir-gilir memandangkan rumah mereka masih belum siap. Katanya lagi, rumah mereka mungkin siap dalam masa sebulan lagi. Haaa kalau dah siap dalam bulan Syawal nanti, boleh la Lisa jemput kita semua ke rumah terbuka nanti kan..hehehe.  Bagi korang yang nak baca lagi cerita mengenai pengalaman pertama Lisa menjadi isteri pada bulan Ramadhan, boleh la baca di akhbar Kosmo! muka surat 41.

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Bestnya Fizo dapat pergi umrah. Tersenyum riang
@fizoomar

Assalamualaikum peminat-peminat MiG Online :) Apa cer artis kesayangan korang hari ini? Haaa kalau nak tau, wajib ikuti mereka kat Instagram. Tapi bagi korang yang takde Instagram MiG Online akan sediakan khas untuk tatapan korang semua. Jom kita tengok ragam-ragam artis kesayangan korang hari ni.. Continue reading