(Gambar) Intan Ladyana Menjadi Perhatian Halimmunan

Intan Ladyana

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua! Seronok kan korang hari ni cuti. MiG Online pun seronok juga cuti tapi tak lupa untuk post untuk korang semua tau..hehehe. Untuk hari ni MiG Online nak share gambar-gambar Intan Ladyana dalam filem terbaru yang akan ditayangkan minggu depan pada 13 September 2012. Selain Intan, filem ni turut menampilkan Fizo Omar, Gbob Raja Lawak, Zul Suphian, dan ramai lagi. Okay jom kita layan trailer dan gambar-gambar Intan yang muka nampak innocent je pakai baju kurung dalam filem Halimmunan ni. Enjoy! Continue reading

(Video) Ucapan Hari Kemerdekaan ke-55 dari Nora Danish & Adi Putra

Selamat pagi dan selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua warga Malaysia! Ni MiG Online ada video eksklusif ucapan hari kemerdekaan dari hero dan heroin filem Aku Terima Nikahnya, Adi Putra dan Nora Danish. Walaupun Adi ni orang Singapura tapi dia pandai juga la nyanyi lagu Sudirman Tanggal 31 tu. Wahhh terima kasih ye orang Singapura nyanyikan untuk kami warga Malaysia..hehe. Ohhh jangan lupa ye nantikan kemunculan mereka dalam Aku Terima Nikahnya yang akan ditayangkan 11 Oktober 2012. Sekarang jom tonton ucapan merdeka dari Nora Danish dan Adi Putra. Enjoy!

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nora dan Mejar (K) David Teo mengucapkan selamat menyambut hari merdeka!
@noradanish

Selamat petang semua! Ada lagi 7 jam nak menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 dan MiG Online kongsikan dengan korang gambar Nora Danish dan Mejar (K) David Teo semangat nak sambut merdeka siap kibarkan jalur gemilang tau. Haaa korang pun kibarkan la juga bendera Malaysia tunjuk sikit semangat patriotisme tu okay? Baiklah MiG Online nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan juga selamat bercuti kepada semua peminat-peminat MiG Online. Jom kita layan lagi gambar-gambar artis di Instagram. Enjoy!  Continue reading

Karya Pengarah Muda, Diana Amir Dalami Agama & Seram Sejuk 1 Juta

Kredit gambar: Berita Harian

Selain Aku Terima Nikahnya, Nora Danish akan muncul dengan filem 2 Kalimah. Kedua-dua filem tu diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Eyra Rahman. Dalam Berita Harian hari ni, Eyra kata dia memang sukakan genre drama berat kerana ia memberi cabaran dan ingin mencuba pelbagai genre untuk mendapat pengalaman. Jarang-jarang ada pengarah filem perempuan kan.. MiG Online tabik la dengan semangat pengarah berjiwa kental ni. Filem 2 Kalimah menggandingkan Nora Danish dan Shaheizy Sam buat pertama kali di layar perak dan ia banyak  memberi pengajaran kepada penonton. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang pengalaman beliau mengarahkan 2 Kalimah dan juga jalan cerita filem ni boleh la dapatkan ruangan Hip Berita Harian hari ni muka surat 6. Continue reading

Leftwings di Hari Merdeka

Aweera dan Shikin Kamal

Selamat tengah hari semua! Wahhh mesti korang semua seronok kan esok cuti. Haaa yang bercuti tu, selain korang pergi perarakan kemerdekaan atau duduk rumah tak tau nak buat apa, rajin-rajin la pergi tengok wayang cerita Leftwings yang dah ditayangkan hari ini tau 30 Ogos 2012. Leftwings dilakonkan oleh Aweera, Shikin Kamal, Amir Raja Lawak dan ramai lagi. Peminat-peminat tegar muzik rock wajib tonton bagi menyelami kisah empat anak muda yang bercita-cita untuk menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, Wings. Dapatkah mereka menggapai impian mereka? Saksikan Leftwings di pawagam berhampiran sekarang! Okay MiG Online juga nak share beberapa trivia dan juga trailer Leftwings. Enjoy! Continue reading

(Video) Jom Tonton Sekitar Majlis Pelancaran dan Trailer Bini-Bini Perkasa

Selamat pagi semua! Jom ceriakan pagi korang dengan trailer dan majlis pelancaran drama Bini-Bini Perkasa. MiG Online suka tengok gelagat dan aksi Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Fezrul Khan dalam drama ni siap dengan dengan lagunya sekali yang best! Okay korang jangan lupa ye saksikan Bini-Bini Perkasa setiap Isnin, 9 malam di tv3 mulai 3 September 2012! Enjoy!

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Platun Seni Yana & Kamal 
@yanasamsudin

Selamat petang semua! Okay memandangkan 31 Ogos ni hari kemerdekaan, MiG Online nak share gambar artis-artis kesayangan korang bersemangat patriotik menyertai askar Wataniah. Bagus tau kita sertai pasukan beruniform ni selain dapat mendidik kita berdisiplin ia juga memupuk semangat cintakan negara betul tak?? Tengok artis-artis kesayangan korang ni, sesibuk mana pun sanggup luangkan masa pergi latihan Wataniah. Tabik spring la kat mereka kan. Okay jom kita tengok lagi gambar-gambar yang disediakan untuk hari ni. Enjoy! Continue reading

(Gambar & Video) Salam Dari Diana Amir

Diana Amir sebagai Laila

“Dengan kalimah bismillah ku hulurkan salam cinta..” Haaa kepada jejaka di luar sana tu kalau nak mengorat, bismillah la dulu lepas tu bagi salam baru la kira sopan kan jangan main weeewit je. Mana tau boleh guna tu untuk pikat Diana Amir yang masih single & available tu..hehehe. Okay kalau korang dah sedia maklum, filem terbaru Diana Amir bakal ditayangkan minggu depan iaitu pada 6 September 2012. Ingat tau kena tanda kat kalendar korang tarikh keramat tu..hehe. Jom kita layan beberapa keping gambar Diana Amir yang membawa watak sebagai Laila dan juga trailer Salam Cinta. Enjoy! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Siapakah budak comel ni??
@zalifsidek

Salam petang semua! Mesti korang tertanya-tanya kan siapa la budak kiut putih melepak kat atas tu. Tu la gambar pelakon Aji Noh Motor si Zalif Sidek. Patut lah Zalif ni comel sebab dari kecil dia memang comel pun dengan rambut tempurung kelapa tu..hehehe :D MiG Online dengar dulu Zalif pernah kena ‘demam kuning’ sampai kulit dia pun jadi kuning tau tak hilang-hilang. Aikk kenapa macam tu?? Haaa nak tau jom kita tengok lagi gambar-gambar Zalif semasa zaman kanak-kanak. Enjoy! Continue reading

(Video) Jom Tonton Di Sebalik Tabir Aji Noh Motor!

Hai semua! Dah pergi lunch ke belum tu?? Kalau belum jom MiG Online ‘hidangkan’ untuk korang video di sebalik tabir filem Aji Noh Motor yang akan ditayangkan pada 20 September 2012 nanti. Haaa tak lama lagi dah tu make sure mark calendar korang okay? Okay jom kita tengok sekarang cerita-cerita di sebalik filem ni seperti watak, karakter dan cabaran pelakon-pelakon dalam menjayakan watak mereka. Enjoy!