(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Apa cer artis korang hujung minggu ni?? Macam biasa, sekarang Nora Danish masih sibuk dengan shooting filem terbarunya, Lagenda Budak Hostel. Tak lama je, filem terbarunya iaitu Aku Terima Nikahnya akan berada di panggung. Si Zalif Sidek pelakon Aji Noh Motor pula baru je dapat anak saudara baru.. Wahh anak sendiri bila pulak?? :D Wawa Zainal pula dengar cerita sekarang sibuk dengan drama terbarunya bersama Adi Putra bertajuk Cinta Qaseh. Jom kita tengok gambar-gambar mereka di Instagram termasuk gambar hero filem Cina terbitan Metrowealth, Lawrence dalam filem Glorifying Love. Enjoy!

Continue reading

(Gambar) Kegigihan Pelakon Diari Platun

Bukan mudah tau nak jadi askar ni. Korang kena kuat dari segi mental dan fizikal, kena berlatih kawad awal-awal pagi, dan macam-macam cabaran lagi kena tempuh. MiG Online memang kagum lah dengan semangat dan kegigihan para pelakon Diari Platun seperti Alex Yanz (Sarjan Zamri), Mon Ryanti (Prebet Mona), Shima Anuar (Prebet Sufina), Niezam Zaidi (Prebet Amir) dan Amer Raja Lawak (Prebet Boboy) semasa penggambaran drama 13 episod ni. Jom kita tengok gambar-gambar mereka semasa di lokasi penggambaran di Ulu Yam, Selangor dan nantikan Diari Platun bermula 16 Oktober ni di Astro Prima.
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Dah hujung-hujung tahun ni mesti ramai yang nak kahwin kan. Mungkin ada antara korang yang pilih tarikh cantik 12.12.12 ke..hehehe. Haaa tapi sebelum tu korang semua kena la ingat tarikh filem Aku Terima Nikahnya akan keluar di pawagam seluruh Malaysia dan juga Singapura di panggung Rex Cinema Singapore pada 11 OKTOBER 2012. Tengok la ketiga-tiga pelakon filem ni seperti Nora, Adi dan Mon Ryanti pun teruja sangat menunggu filem ni keluar sampai tak sudah-sudah promote di Instagram mereka. Jom kita tengok lagi gambar-gambar dari filem paling romantik abad ni, Aku Terima Nikahnya. Enjoy!

Continue reading

(Gambar) Farid Kamil Serba Boleh

Kalau artis serba boleh dalam Malaysia ni, mesti kita akan terfikir pasal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang boleh berlakon, menulis skrip, mengarah, dan menyanyi. Bak kata omputih tu multi talented lah! Zaman sekarang pula, kita ada pelapis-pelapis muda yang juga serba boleh, salah seorangnya Farid Kamil. Haaa si FK ni bukan je boleh berlakon tapi juga pernah menulis skrip dan juga mengarah beberapa buah filem. Filem terbaru arahannya, PE3 akan berada di pawagam pada 18 Oktober 2012. Jom kita tengok gambar-gambar semasa di set penggambaran PE3. Stail kan Mr. Director tu? :D
Continue reading

Jom Layan Di Sebalik Tabir Filem TAIKUN

Selamat pagi! Jom luangkan sikit masa korang tonton di sebalik tabir filem Taikun. Gabungan aksi dan komedi dalam filem ni memang mantap yang mana Along dan Angah berlawan sendiri habis-habisan! Selain mereka filem ni turut menampilkan Alex Yanz, Zul Suphiaan, Adiba Yunus dan Liana Rafiai. Nantikan kemunculan mereka di pawagam pada 4 Oktober 2012. Enjoy!

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Hari ni suram je cuaca kan.. Tapi korang semua jangan la suram muram jugak. Tengok macam artis-artis kesayangan korang tu semua. Semangat dan ceria je di set filem Lagenda Budak Hostel yang dibintangi oleh Nora Danish, Along, Epy Raja Lawak, Siti Aziz, dan ramai lagi. Selain tu, artis seperti Anya Zahid dan Kamal Faridz masih bersemangat dengan pasukan pakaian seragam Wataniah. Haaa semangat macam tu la yang kita nak kan.. Semangat bekerja, semangat cintakan negara dan macam-macam semangat lagi lah..hehe.  Okay jom kita ambil semangat mereka dalam Instagram artis-artis kesayangan korang. Enjoy! Continue reading

Jom Tonton Trailer Filem Ajiboy!

Pelakon-pelakon filem Ajiboy. Dari kiri: Epy Raja Lawak, Fyza Kadir, Angah Raja Lawak, Raykal Iskandar, Adiba Yunus & Zalif Sidek

Tak lama lagi musim peperiksaan akhir tahun bermula, lepas tu budak-budak sekolah semua cuti. Wahhh seronoknya! Cuti sekolah yang panjang nanti boleh la pergi menonton filem Ajiboy yang akan ditayangkan pada 8 November 2012. Filem komedi ni memang sesuai ditonton seisi keluarga, korang semua mesti terhibur punya lah tengok lakonan pelakon cilik, Raykal Iskandar yang memegang watak sebagai Ajiboy. Sekarang jom kita tonton dulu trailernya. Enjoy! Continue reading

Siapa di Hati Nora Danish?

Kredit gambar: Harian Metro

 

Perkataan kontroversi memang tak akan lari dari dunia artis. Kadang-kadang kontroversi ni dapat menaikkan nama artis tapi ada juga yang menjatuhkan sesorang artis tu. Heroin Aku Terima Nikahnya, Nora Danish juga tak terlepas dengan macam-macam gosip tapi kata Nora tu semua asam garam dalam kehidupan artis dan kalau ada peminat menegur, maknanya peminat sayangkannya. Bukan tu je, ada peminat yang sampai mengharapkan hubungan Nora dan Adi sebagai suami isteri jadi realiti. Haaa apa kata Nora tentang perkara ni? Okay korang boleh semak halaman 4 dan 5 di ruangan Rap, Harian Metro hari ni. Enjoy!

Jom Skodeng Retis! Cerita Kahwin Nadia Aqilah & Razali Hussin

Selamat pagi semua! Semalam MiG Online sempat melawat dua pelakon drama Dendam Pencinta iaitu Razali Hussin dan Nadia Aqilah. Drama terbitan Metrowealth ni akan ditayangkan di Slot Ratu, TV9 mulai 1 Oktober 2012. Kisahnya pasal Zul (Shah Iskandar) dan Syiella (Nadia Aqilah) yang pada mulanya bercinta tapi kemudian disebabkan suatu rahsia, cinta tu bertukar dendam dan dalam diam mula berusaha membalas dendam. Tu la jangan berahsia sangat terutamanya bab hati ke hati nie. Tapi tu pendapat MiG Online, camne plak pendapat 2 pelakon Dendam Pencinta nie iaitu Razali Hussin dan Nadia Aqilah pasal isu sorok-sorok nie. Apa yang disorok? Topik kita pasal isu sorok pertunangan atau perkahwinan. Haaa bagi Razali dan Nadia pula macam mana??  Continue reading