(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nantikan filem terbaru Wawa, 99 Kali Rindu bersama Aeril Zafrel.
@waw4_zainal

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat. Esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle di Putrajaya. Yang tu belah perempuan punya, yang belah lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12.1.2.12. Haa cantik kan tarikh tu :) Kalau FK dan DD sibuk dengan majlis perkahwinan mereka, artis-artis lain seperti biasa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Macam Wawa Zainal tu tengah shooting ‘Kenapa Aku bte. Abdullah’. Manis kan dia bertudung nampak suci je muka. Jom kita tengok lagi gambar Nora Danish, Faizal Hussein, Pekin, Angah Raja Lawak dan Fezrul Khan. Enjoy!
Continue reading

Sebulan Nikah, Sanding Esok

Semasa majlis akad nikah Farid Kamil & Diana Danielle. 

Setelah hampir sebulan menikah, majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle akan diadakan di Putrajaya esok, 1 Disember 2012, jam 8 malam. Dengar cerita temanya ala-ala Western. Nantikan info dan gambar-gambar eksklusif dari MiG Online esok ye! ;)

(MALAM JUMAAT) Puaka Karak!

Pernah jugak dengar cerita pasal ada orang kena makan dekat Karak highway ini. Masa ini rasanya lebuh raya Karak itu baru siap dibina. Rasanya dalam awal 80an dan kawasan hutan dekat situ disyaki masih ada komunis. Jadi, kereta cuma boleh melalui lebuhraya itu dari pukul 7pagi hingga 6 petang macam itulah dan setiap kereta yang masuk highway, mesti keluar ke dalam masa tertentu.Kalau tidak muncul, satu trak askar akan menyusul sebab takut kereta itu kena serang dengan komunis. Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Koniciwa! Watasi wa Ichigo desu! Temui Ichigo dalam Strawberi Cinta 6 Disember depan.
@yanasamsudin

Salam petang semua! Hari ni kalau korang ada berdekatan dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, boleh la menyumbangkan derma untuk Gaza dan berjumpa dengan Diana Amir yang turun padang untuk mengutip derma bagi rakyat Palestin dari jam 4.30 petang tadi sehingga 7 malam ni. Intan Ladyana pula sedang berada di Turkey. Amboi-amboi macam dah pusing dunia, hari tu dia pergi Korea sekarang Turkey pulak.. Jeles MiG Online tau..hehehe. Nora Danish pulak masih dengan sessi dubbing suara untuk filem 2 Kalimah yang akan ditayangkan tahun 2013. Jom kita usha gambar mereka dalam Instagram. Enjoy!
Continue reading

Farid, Diana Sanding Bertiga & Shaheizy Sam Murah Rezeki

Kredit gambar: Harian Metro

Musim cuti sekolah memang banyak la majlis kenduri kahwin diadakan. Artis-artis yang baru bernikah pun tak ketinggalan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ni. Antaranya ialah Ella dan pasangannya, Azhar dan juga pasangan yang baru bernikah dan baru je akan jadi ‘mama & papa’,  iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle akan mengadakan majlis persandingan mereka di Putrajaya pada 1 Disember 2012 (Sabtu). Wahhh ni memang betul-betul bunting pelamin. Pasti wajah kedua-dua pengantin ni akan berseri dengan kehadiran orang ‘ketiga’ pada majlis tu nanti :)
Continue reading

(VIDEO / GAMBAR) Maimon Mutalib Hidap Kanser, Semoga Sembuh Segera.

Petang tadi team MiG Online bersama-sama dengan CEO Metrowealth (MiG) Mejar (K) David Teo dan beberapa artis seperti Mikael Andre, Zalif Sidek, Rashidi Ishak dan Vanida Imran beserta pelakon veteran kesayangan ramai, Ruminah Sidek sempat meluangkan masa untuk melawat pelakon berbakat besar, Kak Maimon Mutalib yang disahkan menghidap kanser payudara kat PPUM, Petaling Jaya. Alhamdulillah walaupun kurang bertenaga, kak Maimon masih mampu tersenyum dan melayan kehadiran tetamu. Kat sini MiG Online nak kongsikan kat korang gambar-gambar kak Maimon bersama-sama dengan Mejar (K) David Teo dan rakan artis yang lain. Cekidautt!!

Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Mejar (K) David Teo bersama artis-artis seperti Zalif Sidek, Mikael Andre, Ruminah Sidek serta pengarah filem, Hashim Rejab melawat pelakon, Maimon Mutalib di PPUM. 
@davidteo99

Sebagai manusia, biasa la kadang kala kita gembira dan kadang kala perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Macam seorang pelakon yang baru je muncul dengan filem Budak Pailang dan yang terbaru akan muncul dalam filem Minyak Dagu, Maimon Mutalib yang sedang menderita penyakit barah payudara dan kini dia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). MiG Online berharap semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif berlakon. Rasa sedih kalau kehilangan seorang pelakon yang hebat seperti Maimon Mutalib. Okay kita tinggalkan berita sedih. Jom kita tengok berita gembira pulak.

Continue reading

(Video) Riang Ria Modenas & Strawberi Cinta

Strawberi Cinta.

25 November 2012 lepas MiG & Modenas sama-sama menjayakan program Riang Ria Modenas yang bertempat di Kulim Kedah. Memang best penonton-penonton kat sana, malu-malu kucing. Hehe. So Yana Samsudin, Along Cham, Along Eyzendy & Epy Kodiang sama-sama turun padang untuk meluangkan masa dengan peminat dan mempromosikan filem terbaru Yana & Along Eyzendy iaitu Strawberi Cinta. Selain Yana dan Along Eyezendy sebagai pelakon Strawberi Cinta, Diana Amir, Pierre Andre, Fiffy Natasha, Gbob, Siti Aziz, Dian P.Ramlee dan ramai lagi turut menjayakan filem ni. Saksikan filem Strawberi Cinta di pawagam 6 Disember ini. Tapi sekarang jom kta lihat video sekitar event Riang Ria Modenas dan promosi Strawberi Cinta. Enjoy!  Continue reading