Ruby Dalam Slot Samarinda, TV3!

MiG Production akan tampil dengan drama terbaru, Ruby dalam Slot Samarinda, TV3. Kepada yang suka tengok wajah comel Siti Saleha dan kemachoan Sharnaaz Ahmad, boleh la tonton Ruby bermula 2 Januari 2012. Jom kita usha sinopsis ringkas drama berkonsepkan cinta tiga segi dan dunia korporat ni. 

Siti Saleha sebagai Syuhara

Shima Anuar sebagai Diana rakan kepada Syuhara, lakonan Siti Saleha.

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Hanez Suraya sebagai Nadia

Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013! :)

One comment on “Ruby Dalam Slot Samarinda, TV3!

  1. nursyafiqah razali says:

    apa tajuk lagu tema samarinda ni??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>