(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Minyak Dagu di pawagam pada 3 Januari 2013!
@davidteo99

Hari ni hari terakhir bagi tahun 2012. So apa azam tahun baru korang? Macam artis-artis kesayangan korang kebanyakan azam mereka adalah untuk mengukuhkan karier dalam bidang seni. Lebih-lebih lagi Zalif Sidek yang memang nak fokus hanya kepada karier berbanding hubungan cinta. Sekarang Zalif sibuk dengan penggambaran filem Bencinta bersama Nora Danish, Azlan Komeng dan ramai lagi kat Langkawi tu. Kalau dia sibuk dengan shooting filem, Yana Samsudin pulak sibuk shooting drama Surat Dari Langit Biru. Bukan tu je, Diana Amir pulak sibuk dengan program bual bicaranya yang terbaru, SIS di TV9 bermula Januari ini. Jom kita tengok gambar-gambar busy women tu! :)
Continue reading

(GAMBAR) Tahniah!! Apex & Leuniey Kini Sah Suami Isteri!!

Sejuk hati pandang Leuniey. Untung abang Apex :)

Alhamdulillah, akhirnya pasangan sempoi & sweet nie dahpun diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Kerlasss kau Apex… Hehe.. Untuk pengetahuan korang, pasangan nie dinikahkan di rumah Leuniey kat Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 10 pagi nie.

Cuma untuk pengetahuan korang, kosnya perkahwinannya menelan belanja sebanyak RM300 ribu… Woww… Tapi takpe la, kawen kan sekali je, so semestinya Apex & Leuniey nakkan sesuatu yang boleh diingati sampai ke anak cucu.

Dekat sini MiG Online nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua pasangan nie. Tak sabar pulak nak tunggu Ape & Leuniey kecik.. Hehehe… Jom kita Cekidautt!! beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Khairul Fahmi ‘Apex’ Che Mat & Leuniey Natasha. Continue reading

(Video) Zalif Sidek & Fida Ibrahim Sudah Berbaik?

Gosip cinta antara Zalif Sidek dan Fida Ibrahim memang menjadi bualan hangat dan tambah panas lagi dengan gosip kononnya Zalif ada perempuan lain selain Fida. Eh kalau tak bercinta mana datangnya istilah orang ketiga tu kan.. Keliru jugak ni. Jom kita tanya Zalif sendiri tentang sejauh mana hubungannya dengan Fida dan juga perempuan misteri tu.. Jeng jengg jenggg…..

 

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Along bersama Awie, Tai, dan Aliza Abdullah (Enot) dalam rancangan Tunggu Sekejap, setiap Ahad jam 11 malam di TV3.
@alongrajalawak

Salam petang semua! Baru-baru ni negeri-negeri kat pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu mengalami banjir teruk. Kebetulan Diana Amir ke sana sehingga Jumaat ni untuk menghadiri forum kesenian dan kebudayaan. Angah Raja Lawak pulak ke belah utara untuk menghadiri Pesta Pulau Pinang 2012 bersama Mie Raja Lawak dan Pakcu XN3. Hang pa semua orang Penang pakat ramai-ramai pi pesta malam ni kat Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau rasa malas nak keluar mana-mana, boleh la layan filem Strawberi Cinta di Astro First. Tapi sekarang jom kita tengok dulu gambar-gambar dari Instagram artis-artis kesayangan korang. Enjoy!

Continue reading

Perkahwinan Pasangan Top 2012

Kredit gambar: Berita Harian, sisipan HIP muka surat 4 & 5.

Memang ramai selebriti top tanah air yang mendirikan ‘masjid’ tahun ni, antaranya pasangan Lisa-Yusry, Farid-Diana, Fasha-Jejai, Irma-Redza, Scha-Awal, Ella-Azhar dan ramai lagi. Ada antara sweet couple tu dah tak jadi couple dah tapi jadi triple sebab mereka akan menimang cahaya mata sulung tak lama lagi dan ada satu lagi majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan penghujung 2012 ni. Jom tengok siapa. Aummmm :D Continue reading

5 Selebriti Wanita Paling Top 2012

Tahun 2012 hampir menutup tirai, alhamdulillah walaupun dunia agak kecoh sikit dengan kisah ‘Kalendar Mayan’ tu, tapi kuasa Tuhan tetap tak boleh dijangka, ye kan? Anyway terima kasih jugak kepada korang yang sudi mengundi untuk Top 5 Selebriti Wanita Paling Top 2012, MiG Online harapkan lepas nie kita boleh lagi buat aktiviti-aktiviti macam nie. :)

So hari nie MiG Online nak senaraikan 5 Selebriti Wanita Paling Top 2012 pilihan korang, cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nora dan Rayqal di Pantai Jumeirah, Dubai. 
@noradanish

Selamat kembali bekerja semua! Haaa masih ada ke yang tengah mood bercuti lagi? Nora Danish pun dah habis bercuti dengan keluarganya di Dubai. Sekarang dia akan kembali ke set penggambaran filem terbaru, Bencinta bersama Farid Kamil, Fezrul Khan, Zalif Sidek, Angah Raja Lawak, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Tapi bos Nora, Mejar (K) David Teo pulak yang pergi holiday sekarang bersama keluarga. Ye la asyik kerja je kan.. Sekali-sekala kena la rehat-rehatkan minda iye dokk?? Okay jom kita tengok gambar-gambar mereka semasa bercuti di luar negara. Wow seronoknya! :D
Continue reading

(Jom Skodeng Retis!) Adiba Yunus Bersaing Dengan Yana Samsudin!

Adiba Yunus bergandingan dengan Along Cham dalam Wawa Semput

Adiba Yunus nama manja diberi, orangnya manis, comel apatah lagi, sekali nampak mesti termimpi, tu la keistimewaan Adiba Yunus talent MiG. Hehe.. MiG Online rasa korang mesti semakin mengenali dan mula meminati gadis comel yang baru je berusia 24 tahun nie. Mula menceburkan diri dalam bidang perfileman dengan membintangi filem Taikun masa tahun 2011, rezeki Adiba Yunus nie alhamdulillah semakin lama semakin baik malah ditawarkan untuk berlakon dalam filem sub-sequel Adnan Sempit iaitu Wawa Semput yang bakal berada di pawagam 31 Januari nie. Continue reading