(Malam Jumaat) Minyak Dagu & Cara-Cara Menanganinya.

Dengar headline mesti rasa macam info hospital, kan? Hehe.. Anyway untuk edisi Malam Jumaat kali nie, MiG Online nak share sikit dengan korang apa itu Minyak Dagu dan apa cara untuk korang atasi sekiranya korang terkena perbuatan khianat nie. So jom kita Cekidautt!!

Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing2, maka ia adalah hidup.
Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam.Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.
Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.
  1. Mandi dan minum Air Kelapa
  2. Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  3. Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  4. Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat

Nantikan minggu depan, kisah sedih kepada keluarga mangsa pengamal Minyak Dagu.

Kredit: mazeermohamad.com

3 comments on «(Malam Jumaat) Minyak Dagu & Cara-Cara Menanganinya.»

  1. filem Minyak Dagu ini mmng best,seram,dan memberi pangajaran kepada penonton

  2. ayue says:

    HARAP DAPAT TENGOK CERITA MINYAK DAGU DEKAT PAWAGAM

  3. Khmer Tong says:

    saya suka cinta malaysia <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>