(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Selamat petang kepada semua pembaca MiG Online!! Semalam telahpun diumumkan senarai pendek 5 artis yang tercalon dalam setiap kategori masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. So hari nie MiG Online nak share dengan korang gambar-gambar artis kesayangan korang yang tercalon dalam ABPBH2012 je, kita kasi artis yang lain rehat sekejap. So jom kita cekidautt!!

Nora Danish yang tercalon dalam beberapa kategori seperti Pelakon Filem Wanita Popular, Pasangan Di Layar Serasi bersama Adi Putra & Artis Wanita Stylo sekarang tengah sibuk shooting bersama dengan Farid Kamil, Zalif Sidek, Ukasha Senrose dan ramai lagi.

Yana Samsudin tercalon dalam 3 kategori iaitu Pelakon Filem Wanita Popular, Pasangan Di Layar Serasi bersama Shaheizy Sam & Artis Paling Berpengaruh Di Laman Sosial. Tahniah!!

Shaheizy Sam yang bakal muncul dalam filem Dua Kalimah bersama Nora Danish nie pulak tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pasangan Serasi Di Layar Perak bersama Yana Samsudin & Artis Lelaki Paling Stylo. Terbaekk!!

Angah & Jepp pulak bakal bersaing untuk kategori Pelakon Komedi Popular. Kherlass!!

Wawa Zainal tercalon untuk kategori Artis Baru Popular. Semoga berjaya kepada si comel nie..

 

Sebelum berentap di peringkat akhir nanti, jom kita barbeque dulu macam Shaheizy Sam. Hehe

Mungkin tak kemahiran Angah dalam memasak mampu menambat hati gadis di luar sana untuk mengundi Angah sebagai Bintang Paling Popular 2012? Hehe.. Good Luck kepada semua yang tercalon.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>