Diana Danielle Ditahan, Minyak Dagu Jadi Bukti!

Assalamualaikum & selamat pagi kepada pembaca MiG Online, pejam celik pejam celik dah sampai hari jumaat pun. Pertama sekali MiG Online nak ucapkan terima kasih kepada korang-korang yang dahpun tonton filem Minyak Dagu kat pawagam. Setakat hingga semalam, filem seram terbaru Metrowealth Pictures, Minyak Dagu lakonan Yana Samsudin, Fezrul Khan & Fizo Omar dahpun mengutip RM1.7 juta dan menjadi bukti filem seram masih lagi diterima ramai dan Astro First bukan punca kutipan filem Melayu menurun. MiG Online tengok ramai penonton termasuk artis macam Pak Nil & Linda Onn dahpun tengok filem Minyak Dagu nie. Nak-nak Abang Long kita, Rosyam Nor pun turut sama join tonton filem Minyak Dagu nie dan review Rosyam Nor korang boleh baca sendiri kat Harian Metro hari nie. So esok ramai yang bercuti, apa kata korang tonton malam nie, baru feel.. Hehe..

Pulak dah? Macam-macam spekulasi yang Farid Kamil & Diana Danielle kena hadapi sejak bergelar pasangan suami isteri nie. Yang terbaru dikatakan pulak Diana Danielle terpaksa ditahan kat Sydney sebab kandungan dah melebihi bulan yang ditetapkan. Rasanya Farid & Diana baru kawin, takkan dah lebih bulan. Sebenarnya Diana Danielle masih lagi kat sana sebab Farid tengah menjalani penggambaran filem Bencinta dan 1 lagi filem yang belum diumumkan lagi dan Diana jugak tengah tunggu keputusan permohonan untuk belajar kat sana. Apapun kita doakan yang terbaik untuk kedua-dua pasangan nie insyaallah…

Dapatkan Harian Metro yea untuk lebih info. Cekidautt!!

One comment on “Diana Danielle Ditahan, Minyak Dagu Jadi Bukti!

  1. umi says:

    slalu org yg pregnant 7 bulan ke atas jer x leh naik flight..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>