Rawatan Jin Asyik

Mengeluarkan Jin Asyik ini adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi sekiranya ia telah sebati dengan diri dan jiwa pesakit. Namun, kaedah yang paling berkesan mengatasinya adalah dengan tidak meninggalkan solat, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan meninggalkan serta-merta semua amalan-amalan/tabiat hidup yang mengundang Jin Asyik. Kebanyakkan Jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan di hadapan pesakit.
Antara ayat-ayat yang boleh dibaca :
- Surah Al-Baqarah – Keseluruhan surah
- Surah Yunus – Ayat 23 hingga 43
- Surah An-Nur – Terutamanya ayat-ayat mengenai fitnah.
- Surah Ar-Rahman dan lain-lain.
- Berdoa dengan doa perlindungan daripada gangguan jin, memohan perlindungan hanya kepada Allah sahaja.
Kejadian Rawatan Jin Asyik
Sebelum pasangan tersebut sampai, saya perkemaskan diri dengan membuat air jampi yang dibaca 33 kali Ayatul qursi.Ilham ini sampai setelah saya mohon dgn Allah agar dpt membantu pasangan tersebut.
Pukul 3:30 ptg, pasangan tersebut sampai.
Sebelum merawat, saya mulakan dengan beberapa pertanyaan.Kata pesakit, dia semakin sakit setelah rawatan yang lalu & kerap bermimpi ular yang banyak.Confirm, gangguan itu pasti marah kerana saya menyuruhnya menyapu Atar kasturi diseluruh hujung jari & rongga badan sebelum tidur.Jin memang tak suka bauan kasturi.Mungkin kerana ini dia semakin hyper aktif.
Saya mulakan sesi rawatan dengan memberinya minum air yang dibaca dgn ayatul qursi tadi.Kemudian saya spray dengan air yang sama pada kedua tapak kaki, tapak tangan & muka pesakit.Tiada kesan. saya lanjutkan pula dengan membaca rukyah (tangan saya letakkan dibelakang badan).Terasa sedikit kebas ketika sesi rukyah dibaca dan pesakit menangis.Setelah itu, saya nampak pandangan bayang merah keluar melalui jari kaki pesakit.Saya picit jarinya sepertimana rawatan yang lalu & alhamdulillah, dia tiada rasa apa-apa.
Saya bekalkan lagi air rukyah untuk dibuat minum & mengajarnya sebuah zikir yang perlu diamal slps subuh.
Saya doakan pesakit tersebut sembuh dari penyakitnya dan beroleh kekuatan dalam menempuh kehidupan rumahtangga mereka.Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>