Zizan, Awie Kental Bercuti Ke Krabi

Semalam bertempat di Cathay Damansara telah berlangsung majlis tayangan perdana filem Bikers Kental yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan, Awie, Zul Ariffin, Bront Palarae dan ramai lagi. Yang bestnya, filem nie turut menampilkan 2 pelakon jelita dari Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Filem yang menjalani penggambaran di Malaysia dan Thailand ini akan menemui penonton pada 23 Mei 2013.

Filem nie mendapat khidmat pengarah baru tapi berpengalaman iaitu Helmi Yusof yang dah bekerjasama dengan menjadi pengarah fotografi untuk beberapa pengarah feymes macam Mamat Khalid & Afdlin Shauki.

Anyway apa cer Bikers Kental nie? Cerita nie mengisahkan tentang Bidin (Zizan Razak) bersama dengan geng-geng yang tak berapa geng dengan dia iaitu Eddie (Awie), Arbi (Zul Ariffin) dan beberapa lagi geng yang lain konvoi naik motor dari Malaysia ke Krabi, Thailand. Bidin yang pada awalnya memang minat sangat superbike tapi sebabkan takde duit, terpaksa lupakan niat beliau tapi terjadi satu kisah yang membuatkan beliau mampu membeli superbike idaman beliau. Dalam perjalanan Bidin & Eddie ke Krabi, Bidin terjumpa awek siam, Saiya dan tangkap cintan la dan kemudian terjadilah satu peristiwa yang cemas kepada Bidin. Apa kesnya? Jangan lupa saksikan di pawagam nanti yea. Memang kelakooo tak hengat punya. ;)

Apa kata Zizan pasal filem nie? Jom cekidautt!!

(Gosip) Ibu Hanya Mahukan Wang Saja – Afiq Muiz

Afiq Muiz & Eina Azman di sidang akhbar semalam. Kredit Gambar gua.com.my

Semalam baru keluar kenyataan dari ibu Afiq Muiz mengatakan yang anaknya dah jadi anak derhaka selepas dikhabarkan mula menjalinkan hubungan cinta dan petang semalam, Afiq Muiz bersama-sama dengan Eina Azman telah membuat kenyataan media berhubung hal berkenaan. Kata Afiq Muiz yang khabarnya dah dihalau oleh ibunya dari rumah

Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa. Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah.

Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam.

Saya bukan cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula.

Hmm.. Taktau la MiG Online nak cakap apa, tapi satu perkara yang MiG Online setuju ialah perkara macam nie tak perlu la kecoh-kecoh di akhbar, apa yang jadi nanti hanya akan mengaibkan lagi keluarga sendiri, kan? MiG Online harapkan perkara nie dapat diselesaikan dengan baik.

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu.

(Malam Jumaat) Gempar!! Gangguan, Shima Anuar ‘Ditukar’ Di Highland Tower?

Meremang bulu roma tatkala aku melangkah masuk ke pinggiran Highland Tower, suasana yang sunyi, sekali-sekala kedengaran bunyi seperti beberapa orang yang tidak kelihatan bercakap menambahkan perasaan bergelora. Aku dan datuk… Oh, feeling Tamar Jalis pulak sekejap. Hehe.. Tapi apapun MiG Online nak share dengan korang kisah yang menyeramkan sewaktu team Pierre Andre shoot di lokasi antara paling keras di Malaysia, Highland Tower.

Kebetulan pada waktu tu, MiG Online baru je sampai untuk cover set penggambaran dan terus terlihat kelibat Shima Anuar yang nampak lemah ditarik keluar dari Highland Tower. Nak tau apa yang jadi? Jom saksikan ;)

http://youtu.be/vl0eYQCd6JM

 

Jom Tonton Filem Bro Nampak Motor Gua!

filem Bro Nampak Motor Gua lakonan Along Cham, Along Eyzendy, Mon Ryanti & Mamat Khalid bakal menemui korang pada 30 Mei 2013 nie. So sempena meraikan filem nie, MiG Online nak jemput korang untuk tonton filem nie bersama dengan pelakon filem nie. So camne nak join? Senang je. Korang tengok trailer filem nie & jawab soalan di bawah. ;)

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan 4 pelakon yang membintangi filem Bro Nampak Motor Gua?

b) Apa yang dicari Along Cham dalam filem ini?

c) Bilakah filem Bro Nampak Motor Gua akan ditayangkan?

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Bro Nampak Motor Gua?”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang ke:

metrowealthonline@gmail.com

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 16 Mei 2013

(Di Sebalik Lensa) Fesyen Fyza Kadir

Holaa…uolls…Happy Rabu Day…ceria-ceria selalu. Ha! Sebelum Kaknam terlupa, bermula hari ni MiG Online akan menyajikan slot terbaru yang diberi nama “Di Sebalik Lensa”.  Untuk minggu ini topic kita adalah “Fashion Artis”, Kaknam dapat berjumpa dengan seorang wanita yang bertubuh langsing dan tinggi lampai persis bintang Bollywood, siapa lagi kalau bukan Fyza Kadir, Fyza Kadir ni seorang yang amat mementingkan aspek pemakaian dan juga aksesori yang berada ditubuhnya, bukan cerewet tapi sesuailah dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan juga model yang  memintanya untuk sentiasa chantek dan anggun. Konsep pilihan Fyza Kadir untuk pemakaiannya seharian lebih kepada elegen and simple dan sedikit sentuhan klasik gitu…kurlaz..kepada sesiapa yang nak tengok or mengikuti perkembangan fashion Fyza Kadir ni anda boleh lah follow kat instagram “ @fyza_kadir “. See u next topic..

P/s: comel x Kaknam.?

(SEMBANG SELASA) Oh! My Destinasi~

Candy House di Istanbul, Turki. Destinasi wajib untuk korang nak bergambar kenangan lain dari yang lain :)

Kawasan pantai yang cantik, bangunan yang menimbulkan perasaan romantik atau unik bagi MiG Online adalah antara kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi kegemaran bagi kita untuk bercuti dan release stress, ye tak? Sama jugak la kalau asyik bergosip tu kadang-kadang letih jugak, so sekali sekala MiG Online nak jugak la bercuti dari update pasal artis dan majlis. Hehe. Jadinya hari nie secara eksklusif dan rasminya MiG Online nak perkenalkan satu slot baru yang akan dikeluarkan setiap ISNIN bermula pada minggu depan.

Cumanya hari nie MiG Online nak share dengan korang beberapa gambar tempat-tempat menarik yang terdapat kat Turki, mana tau boleh jadi tempat percutian korang lepas nie. ;) Jom cekidautt!! Continue reading