(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Yana Samsudin terbaekk!! Walaupun tak dapat nak hadir semalam tapi sempat jugak Yana layan peminat kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu melalui perbualan telefon :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah semalam telah berlangsung dengan jayanya Malam Pratonton Filem Minyak Dagu dan so far feedback yang diterima rata-rata berpuas hati dan terhibur dengan filem tersebut. Anyway filem Minyak Dagu nie dahpun ditayangkan bermula hari nie so kepada korang semua boleh la bawak pasangan korang atau kawan-kawan serta keluarga untuk menonton filem pembukaan tahun 2013 nie. Apapun sekarang nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar Instagram artis kesayangan korang macam baisa. Jom cekidautt!!

Fezrul Khan dan Kartina Aziz dalam salah satu babak dalam filem Minyak Dagu

Penerbit bersama dengan salah seorang pelakon, Siti Aziz di konti Hot FM bersama Suraya

 

3 Dara Pingitan kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu, (dari kiri) Siti Aziz, Afiera Riana & Adiba Yunus

Siti Aziz memegang watak yang mencabar dalam filem Minyak Dagu iaitu sebagai mayat & hantu Minyak Dagu

Adiba Yunus datang Malam Pratonton Filem Minyak Dagu.

Sempat MiG Online stalk instagram Adiba Yunus, comel je, nasib baik MiG Online kental melawan dugaan nak calit Minyak Dagu kat Adiba. Hehe.. Gurau je. Anyway Adiba bakal muncul dalam filem Wawa Semput (31 Januari 2013) bersama Yana Samsudin.

 

 

 

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Farid Kamil tengah pening menjelang persandingannya di Kedah Rabu ni.
@davidteo99

Selamat petang! Hari ni artis kesayangan korang, si Farid Kamil tu tengah membuat persediaan untuk majlis persandingannya di Jitra, Kedah. Nampak kusut je dalam gambar tu.. Mana tak peningnya, dengar kata jemputan hampir 4,000 orang. Wahhh mesti meriah dengan kehadiran ramai tetamu terutamanya orang Kedah la kan. Pakat pi ramai-ramai la jenguk kat Jitra tu..hehehe. Korang nantikan gambar-gambar eksklusif persandingan FK dan DD di Kedah nanti dari MiG Online ye! ;)
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Duta Ronasutra, Lynda Roslan
@lynda_roslan

Salam Jumaat semua. Rezeki Lynda Roslan makin murah sekarang ni bila dilantik menjadi duta untuk produk Ronasutra bersama pelakon hebat, Vanida Imran. Walaupun Lynda masih baru dalam dunia hiburan, tapi dia mempunyai pakej lengkap tau untuk menyerlah. Rezeki Intan Ladyana pun murah dapat pergi ke Turki. Harap rezeki pelakon-pelakon lain macam Fezrul Khan, Shaheizy Sam, dan Aeril Zafrel pun murah la sebab filem-filem mereka akan ditayangkan tak lama lagi. Jom kita usha gambar-gambar mereka di Instagram. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Date kat Pavilion.. Dua-dua comel..hehe
@intanladyana

Kerja sebagai artis ni memang sibuk sangat tau sampai ada yang kena kerja hingga subuh dan kerja tak tentu masa. Tapi walau sesibuk mana pun, ada jugak artis-artis kesayangan korang tu sempat lagi keluar dating..hehehe. Tengok la Kamal dan Intan tu date kat Pavilion :) Pelakon drama Dendam Pencinta, si Afierariana pulak bercuti ke Korea dengan keluarganya. Jom kita tengok gambar-gambar mereka. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) – Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nantikan Ajiboy, filem komedi seisi keluarga di pawagam pada 8 November 2012
@davidteo99

Selamat petang! Dengan cuaca yang suram dan dingin ni, kita layan jap gambar-gambar artis kesayangan korang kat Instagram. Apa cer mereka hari ni?? Heroin Aku Terima Nikahnya, Nora Danish pergi road tour dengan seseorang yang rapat dengannya. Haaa siapakah??? dan jangan lupa untuk menonton drama menarik malam ni seperti drama Diari Platun dan Dendam Pencinta. Jom kita tengok sekarang gambar pelakon-pelakon kedua-dua drama tu. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Segak di pagi raya Aidil Adha. Sejuk mata memandang kan..
@shaheizy_sam

Assalamualaikum dan selamat petang! Amacam hari raya haji korang? Tengok la Sam dengan gayanya di pagi raya. Smart kan?? hehe. Adik kepada Pierre Andre iaitu Mikael Andre pula sambut raya haji sempoi-sempoi je dengan berkemeja dan bersongkok. Mikael yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Rawan bersama Faralyna, Fadzil Zahari dan Erin Malek. Nantikannya di TV9 okay? Selain tu, jangan lupa saksikan Yana Samsudin malam ni dalam drama Bini-Bini Perkasa, 9 malam di TV3. Jom kita tengok gambar Yana waktu mula-mula menceburkan diri dalam industri seni. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Salam petang peminat MiG Online! Kalau semalam hari lahir hero drama Bini-Bini Perkasa, Fezrul Khan, hari ni pulak birthday heroinnya, Yana Samsudin. Haaa apa cer Yana hari ni?? Pergi sambut dengan ehem-ehem ke.. :D Yana ni kalau tak sibuk, rajin dia melayan kucing dan melawat bapa angkat dia. Tengok la gambar anak-beranak tu bergurau senda di petang hari..hehehe. Jom kita tengok gelagat mereka di Instagram dan juga artis-artis lain seperti Emily (heroin Glorifying Love), Intan Ladyana dan juga Afierariana. Enjoy! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Selamat petang peminat MiG Online semua. Haa korang tahu tak Nora Danish akan muncul lagi dengan filem terbaru bertajuk Lagenda Budak Hostel bersama Along, Angah Raja Lawak dan ramai lagi pelakon-pelakon lain. Kalau korang nak tahu filem ni macam mana dan berkonsepkan apa, kena lah setia bersama MiG Online okay?  Jom kita tengok lagi gambar-gambar dari Instagram. Gambar Aeril Zafrel pun ada bagi mengubat kerinduan korang kat jejaka macho tu. Enjoy! Continue reading

(Video) Jom Tonton Majlis Doa Selamat Drama Janji

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Minggu lepas telah diadakan majlis pelancaran dan doa selamat drama terbaru, Janji yang dilakonkan oleh pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Shah Iskandar, Hanez Suraya dan Nadia Aqilah. Selain mereka bertiga, drama ini turut menampilkan pelakon baru Afierariana dan pelakon senior, Razali Hussin. Wahhh gandingan mantap ni so korang jangan terlepas untuk saksikan drama Janji yang akan ditayangkan di Slot Ratu setiap Isnin dan Selasa di TV9! Okay jom kita tonton sekarang sekitar majlis pelancaran dan juga dengar apa kata pelakon-pelakon drama Janji tentang watak mereka masing-masing. Enjoy!

(Video) Ucapan Hari Raya Pelakon Comel Zalif Sidek & Afierariana

Assalamualaikum. Wahhh hari ni mesti korang bantai kuih raya, ketupat, rendang banyak-banyak kan..hehehe. Takpe tu kira qada’ puasa la sebab kita dah sebulan tak makan banyak-banyak tapi lepas raya nanti mesti korang naik badan punya lah..hehe. So, di hari raya ni korang semua harus jaga pemakanan tau dan korang juga harus serbu pawagam berhampiran untuk menonton filem Seram Sejuk yang dah rancak ditayangkan. Okay ni MiG Online ada video ucapan hari raya dari pelakon Ajinohmotor iaitu Zalif Sidek bersama Afierariana. Enjoy!