Jom Tonton Filem Wawa Semput!

Adiba Yunus & Yana Samsudin

Jumaat kepada korang semua. Alhamdulillah pertama sekali MiG Online nak war-warkan pada korang semua, kutipan filem Minyak Dagu dahpun mencapai lebih RM2 juta sehingga ke hari nie dan sekarang dahpun ditayangkan kat Astro First. So kepada korang yang nak feel seram kat rumah boleh la mula melanggan yea. Hehe.. Anyway 31 Januari nie, filem komedi aksi Wawa Semput pulak bakal ditayangkan yang mana filem nie dibintangi oleh Yana Samsudin, Along Cham, Angah Raja Lawak dan Adiba Yunus so macam biasa, MiG Online nak tengok wayang dengan korang. Camne? Senang je. Jom cekidautt caranya kat bawah nie. ;)

1. Jawab soalan mudah berdasarkan Trailer filem Wawa Semput di atas:  Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Selamat petang kepada semua pembaca MiG Online!! Semalam telahpun diumumkan senarai pendek 5 artis yang tercalon dalam setiap kategori masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. So hari nie MiG Online nak share dengan korang gambar-gambar artis kesayangan korang yang tercalon dalam ABPBH2012 je, kita kasi artis yang lain rehat sekejap. So jom kita cekidautt!! Continue reading

TAHNIAH!! Top 5 Artis Popular!!

20130109-230941.jpg

Tadi baru je berlangsung majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) kat Flamingo Hotel, Petaling Jaya. Alhamdulillah nampaknya terdapat dominasi artis residen MiG dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di mana 4 daripada 5 calon tersebut diisi oleh Lisa Surihani, Maya Karin, Yana Samsudin & Nora Danish. Tahniah!! Selain tu jugak artis residen MiG banyak masuk Top 5 & MiG Online senaraikan kat korang senarai berikut:
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Along bersama Awie, Tai, dan Aliza Abdullah (Enot) dalam rancangan Tunggu Sekejap, setiap Ahad jam 11 malam di TV3.
@alongrajalawak

Salam petang semua! Baru-baru ni negeri-negeri kat pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu mengalami banjir teruk. Kebetulan Diana Amir ke sana sehingga Jumaat ni untuk menghadiri forum kesenian dan kebudayaan. Angah Raja Lawak pulak ke belah utara untuk menghadiri Pesta Pulau Pinang 2012 bersama Mie Raja Lawak dan Pakcu XN3. Hang pa semua orang Penang pakat ramai-ramai pi pesta malam ni kat Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau rasa malas nak keluar mana-mana, boleh la layan filem Strawberi Cinta di Astro First. Tapi sekarang jom kita tengok dulu gambar-gambar dari Instagram artis-artis kesayangan korang. Enjoy!

Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Mejar (K) David Teo bersama isteri semasa majlis persandingan Farid Kamil & Diana Danielle di Jitra, Kedah.
@davidteo99

Hari ni 12.12.12. Memang cantik tarikh hari ni kan dan Farid Kamil telah memilih tarikh tu sebagai hari persandingannya bersama Diana Danielle yang diadakan di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah. Tengok la betapa kacak dan anggunnya FK dan DD dalam busana emas. Dengar cerita Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Yang Di-Pertuan Agong pun akan menghadiri majlis gilang-gemilang tu.. Wah kelas gitu! Artis lain pula macam biasa sibuk dengan penggambaran, membuat persembahan, menghadiri majlis-majlis tertentu dan ada juga yang meluangkan masa bersama keluarga tercinta ketika ini. Jom kita tengok gambar-gambar mereka. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Farid Kamil tengah pening menjelang persandingannya di Kedah Rabu ni.
@davidteo99

Selamat petang! Hari ni artis kesayangan korang, si Farid Kamil tu tengah membuat persediaan untuk majlis persandingannya di Jitra, Kedah. Nampak kusut je dalam gambar tu.. Mana tak peningnya, dengar kata jemputan hampir 4,000 orang. Wahhh mesti meriah dengan kehadiran ramai tetamu terutamanya orang Kedah la kan. Pakat pi ramai-ramai la jenguk kat Jitra tu..hehehe. Korang nantikan gambar-gambar eksklusif persandingan FK dan DD di Kedah nanti dari MiG Online ye! ;)
Continue reading

(Video) Di Sebalik Tabir Wawa Semput

Wawa Semput akan ditayangkan pada 31 Januari 2013.

Yana Samsudin akan kembali lagi dengan filem terbarunya, Wawa Semput lepas penayangan filem Strawberi Cinta dan Minyak Dagu . Wahh memang Yana makin laris sekarang ni bak kata orang macam goreng pisang panas gitu..hehehe. Wawa (lakonan Yana Samsudin) merupakan watak yang dikembangkan lagi peranannya menerusi filem Adnan Sempit sebelum ni. Haaa kalau nak tau macam mana kehidupan Wawa yang menjadi rebutan dua orang jejaka iaitu Ismat (Angah) dan Bobby (Along) boleh la menonton Wawa Semput pada 31 Januari 2013. Tapi sekarang jom kita layan dulu di sebalik tabir Wawa Semput. Enjoy!  Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Comelnya Wawa kan.. Wawa akan muncul dalam filem 99 Kali Rindu bersama Aeril Zafrel dan Afierariana.
@waw4_zainal

Salam petang! Macam biasa petang-petang macam ni  MiG Online akan kongsikan gambar-gambar dari Instagram artis kesayangan korang. Ada gambar si comel Wawa Zainal yang baru je selesai shooting Aku binti Abdullah, Diana Amir di majlis pratonton Strawberi Cinta, Fezrul Khan, Along Eyzendy dan Pekin selepas pertunjukan teater Tattoo Gestapo dan juga gambar Nora masa muda remaja dulu. Jom kita tengok gambar mereka. Enjoy!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

ffe@davidteo99

2 Kalimah di pawagam 2013..
@davidteo99

Salam petang semua! Hari ni MiG Online nak share gambar-gambar kegembiraan artis-artis kesayangan korang di Instagram. Haaa Farid Kamil sememangnya antara lelaki paling bahagia sekarang ni sebab baru je kahwin dan akan jadi bapa nanti dan juga dia pastinya gembira menerima sijil penghargaan dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penglibatan Farid sebagai sukarelawan untuk pasukan PDRM. Diana Amir juga nampak gembira dengan kejayaan usaha beliau dan rakan-rakan mengutip derma untuk rakyat Palestin. Dengar cerita dapat kutip hampir RM 10,000 semasa kutipan derma di Pavilion hari tu. Wow! Oh dan ada seorang artis tu seronoknya dapat tengok konsert Jennifer Lopez dan dapat jumpa Sultan! Siapa dia?? Jom tengok!
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nantikan filem terbaru Wawa, 99 Kali Rindu bersama Aeril Zafrel.
@waw4_zainal

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat. Esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle di Putrajaya. Yang tu belah perempuan punya, yang belah lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12.1.2.12. Haa cantik kan tarikh tu :) Kalau FK dan DD sibuk dengan majlis perkahwinan mereka, artis-artis lain seperti biasa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Macam Wawa Zainal tu tengah shooting ‘Kenapa Aku bte. Abdullah’. Manis kan dia bertudung nampak suci je muka. Jom kita tengok lagi gambar Nora Danish, Faizal Hussein, Pekin, Angah Raja Lawak dan Fezrul Khan. Enjoy!
Continue reading