(GAMBAR) Si Comel Yang Maintain Comel, Lisa Surihani~

Semalam melalui instagram Lisa Surihani berkongsi banyak gambar-gambar beliau semasa kecil. Sweet sungguh MiG Online tengok gambar-gambar yang Lisa Surihani share kepada peminat-peminat beliau. So hari nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar yang diambil khas dari Instagram Lisa Surihani untuk korang yang belum lagi ada Instagram. Cekidautt!! Continue reading

Lisa Surihani Risau Kena Marah Dengan Yusry

Pelakon, Lisa Surihani mengakui beliau bakal membintangi filem di bawah arahan suaminya, Yusri yang dijangka akan memulakan pengambaran pada tahun ini juga.


Menurut Lisa, walaupun agak teruja untuk memulakan penggambaran tetapi beliau sendiri masih tidak pasti adakah dirinya boleh bekerja dibawah arahan suaminya itu.


“Saya bimbang sebab Yusri seorang yang bersikap tegas dan serius ketika bekerja manakala saya seorang yang manja. Kalau di rumah misalnya, kalau dia sedang bekerja, muka dia serius dan saya pula suka usik dan bergarau dengan dia.


“Tapi kalau di set nanti, saya tak tahu lagi macam mana. Saya tertanya-tanya juga pada diri sendiri, boleh ker saya kerja dibawah arahan dia. Kami juga ada bertanya sesama sendiri, nanti kat set saya nak panggil dia apa, dia nak panggil saya apa,” katanya.

Jelasnya lagi, ini merupakan peluang untuk mereka berdua lebih mengenali di antara satu sama lain.

“Saya harap kami dapat bekerjasama dengan baik. Kalau untuk projek ni kami boleh, mungkin akan datang kami akan bekerjasama untuk filem lain pula”, ujarnya.


Sementara itu Lisa turut memberitahu beliau kini lebih memilih untuk menerima tawaran berlakon kerana tidak mahu terlalu kuat bekerja seperti di zaman solo dahulu. Kini fokusnya lebih kepada keluarga.

TAHNIAH!! Top 5 Artis Popular!!

20130109-230941.jpg

Tadi baru je berlangsung majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) kat Flamingo Hotel, Petaling Jaya. Alhamdulillah nampaknya terdapat dominasi artis residen MiG dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di mana 4 daripada 5 calon tersebut diisi oleh Lisa Surihani, Maya Karin, Yana Samsudin & Nora Danish. Tahniah!! Selain tu jugak artis residen MiG banyak masuk Top 5 & MiG Online senaraikan kat korang senarai berikut:
Continue reading

5 Selebriti Wanita Paling Top 2012

Tahun 2012 hampir menutup tirai, alhamdulillah walaupun dunia agak kecoh sikit dengan kisah ‘Kalendar Mayan’ tu, tapi kuasa Tuhan tetap tak boleh dijangka, ye kan? Anyway terima kasih jugak kepada korang yang sudi mengundi untuk Top 5 Selebriti Wanita Paling Top 2012, MiG Online harapkan lepas nie kita boleh lagi buat aktiviti-aktiviti macam nie. :)

So hari nie MiG Online nak senaraikan 5 Selebriti Wanita Paling Top 2012 pilihan korang, cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Wawa & Lisa yang cun-melecun
@waw4_zainal

Ehhh sedar tak sedar minggu depan kita dah nak raya kan.. Cepatnya masa berlalu. Macam mana dengan persiapan raya korang? Kalau yang belum beli baju raya tu boleh la dapat ilham beli baju kurung macam yang Lisa dan Wawa pakai tu. Cantik kan? Okay kita tengok lagi beberapa keping gambar dari Instagram artis kesayangan korang. Ada sorang artis tu sibuk dan semangat jual kuih raya tau. Nak tau siapa?? Jom kita tengok. Enjoy! Continue reading

Lisa Dapat Rumah Raya

Kredit gambar: Kosmo!

Selalunya kalau nak raya, orang tukar langsir, cadar, alas meja, dan kanak-kanak pula dapat duit raya. Tapi bagi Lisa Surihani, raya tahun ini dia akan dapat rumah baru tau. Wahhh bestnya murah rezeki Lisa sejak mendirikan rumah tangga dengan Yusry. Menurut Lisa dalam akhbar Kosmo! hari ini, buat masa sekarang dia bersama suami masih tinggal di rumah keluarga masing-masing secara bergilir-gilir memandangkan rumah mereka masih belum siap. Katanya lagi, rumah mereka mungkin siap dalam masa sebulan lagi. Haaa kalau dah siap dalam bulan Syawal nanti, boleh la Lisa jemput kita semua ke rumah terbuka nanti kan..hehehe.  Bagi korang yang nak baca lagi cerita mengenai pengalaman pertama Lisa menjadi isteri pada bulan Ramadhan, boleh la baca di akhbar Kosmo! muka surat 41.