(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Comel kan Yana Samsudin dalam dress nie? Macam tak sabar nak dirikan masjid je Yana? Hehe

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca setia MiG Online. Korang rindukan Yana Samsudin? Tak lama lagi Yana akan muncul dalam filem Wawa Semput, sebuah filem komedi aksi lakonan Yana bersama 2 lagi mamat kelakoo tak hengat Angah Raja Lawak & Along Cham. Filem nie merupakan antara cabang filem Adnan Sempit & bakal ditayangkan pada 31 Januari 2013. Anyway selain tu Yana jugak akan muncul dalam sebuah lagi filem romantis arahan Pierre Andre iaitu filem Cerita Kita pada 7 Mac 2013 erbsama-sama Pekin Ibrahim & Fezrul Khan. Hari nie MiG Online nak bawak korang skodeng aktiviti beberapa artis nie kat dalam Instagram. Cekidautt!! Continue reading

(VIDEO) Apa Update Terbaru Shaheizy Sam?

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada korang pembaca setia MiG Online. Alhamdulillah esok kita bakal menyambut Maulud Nabi, sama-sama la kita manfaatkan masa bercuti tu kepada korang yang cuti untuk lebihkan amal, semoga kita bersama-sama Rasulullah bila tiba masanya nanti. Amin. Anyway pagi rabu nie MiG Online nak update pada korang apa aktiviti terbaru artis kesayangan ramai nie iaitu Shaheizy Sam. Apa Sam buat sekarang yea? Anyway Sam sekarang tengah sibuk dengan penggambaran untuk syarikat produksi beliau sendiri dan pada masa yang sama, Sam baru je habis menyelesaikan tugasan Sam untuk projek yang jadi ikutan ramai. Nak tau apa dia jom kita tonton video khas MiG Online dapatkan untuk korang nie. Cekidautt!! ;)

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca setia MiG Online. Macam biasa petang-petang yang aman nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar artis-artis kesayangan korang yang di’share’ di Instagram. Anyway jangan lupa saksikan drama Ruby di slot Samarinda pukul 10 malam hari ini. Apa yang jadi pada Benjamin dan Syuhara hari yea? Jangan lupa korang saksikan yea. Dah lama tak dengar kisah Fezrul Khan? MiG Online ada eksklusif wajah terbaru beliau. Hehe. Jom kita Cekidautt!!

Ni dia barisan juri rancangan Ratu (Mediacorp Suria) minggu lepas. Uncle Pantun, Mejar (K) David Teo, Miss Universe Nuraliza Osman, Pereka Fesyen Meletopp Juvian Mandagie & DJ Terbaekk Hafeez Glamour.

Walaweii.. Kalau sesetengah artis pilih salon terkemuka atau Hairstylist feymes, Farid Kamil sempoi je potong dekat ‘Kedai Kerinting Rambut Macha’ Terbaekk la brader kita nie.. Hehe

Yana Samsudin dan rakan-rakan beliau. Tengah buat apa? Jom follow Instagram Yana untuk maklumat lanjut ;)

Shaheizy Sam dalam drama terbaru, Kisah Cinta lakonan Sam dan Fazura. Kherlass~ Anyway nantikan update terkini Shaheizy Sam kat MiG Online esok pkul 9.35 pagi ;)

 

 

Ayunya yea tak Wawa Zainal nie. Korang yang nak lagi gambar-gambar latest dari Wawa Zainal apa kata follow instagram Wawa kat @waw4_zainal ;)

Jangan terkejut, ini la gambar terbaru Fezrul Khan melalui apps smartphone yang dia guna. Terkejut kan? Hehe.. Rajin Fezrul Khan nie melawak dengan peminat ;P

 

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Sweet, cute, romantikk!! Itu je yang MiG Online boleh cakap masa pergi ke Walimatulurus Apex & Leuniey Natasha kat Royale Bintang Damansara semalam. Kalau korang yang belum tengok gambar-gambar eksklusif yang MiG Online sediakan, korang boleh klik sini.

Tu pasal Apex & Leuniey. So macam artis kesayangan korang yang lain macam mana? So macam biasa hari nie MiG Online bawakkan secara khas kat korang aktiviti-aktiviti artis kesayangan korang dalam Instagram. Cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Selamat petang kepada semua pembaca MiG Online!! Semalam telahpun diumumkan senarai pendek 5 artis yang tercalon dalam setiap kategori masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. So hari nie MiG Online nak share dengan korang gambar-gambar artis kesayangan korang yang tercalon dalam ABPBH2012 je, kita kasi artis yang lain rehat sekejap. So jom kita cekidautt!! Continue reading

TAHNIAH!! Top 5 Artis Popular!!

20130109-230941.jpg

Tadi baru je berlangsung majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) kat Flamingo Hotel, Petaling Jaya. Alhamdulillah nampaknya terdapat dominasi artis residen MiG dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di mana 4 daripada 5 calon tersebut diisi oleh Lisa Surihani, Maya Karin, Yana Samsudin & Nora Danish. Tahniah!! Selain tu jugak artis residen MiG banyak masuk Top 5 & MiG Online senaraikan kat korang senarai berikut:
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Pierre & Faizal Hussein di set filem Longkai.
@mohdpierre

Salam Jumaat. Selepas filem Strawberi Cinta, Pierre Andre akan kembali lagi dengan filem terbarunya, Longkai tetapi hanya muncul sebagai penampilan khas. Tengok la gayanya di samping Faizal Hussein tu. Mesti korang boleh teka apa watak yang dibawanya kan..? :) Adiknya, Mikael Andre pula akan muncul dengan banyak filem baru pada tahun 2013. Antaranya seperti 1 Lawan 1, Dua Kalimah, dan Lagenda Budak Hostel. Seorang lagi hero Malaya, Farid Kamil bakal terlibat dalam filem drama romantik, BenCinta. Tu kisah hero-hero, heroin pulak macam Yana Samsudin sedang sibuk shooting drama untuk slot Samarinda, TV3 bertajuk Surat Dari Langit Biru bergandingan bersama Fizo Omar, Johan As’ari, Fauziah Nawi, Dato’ Rahim Razali dan ramai lagi! Jom tengok gambar-gambar mereka.
Continue reading

[Gambar] Shaheizy Sam di Festival Filem Asia Pasifik ke-55, Macau

Delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-55 di Macau. Dari kiri; Bront Palarae, Nancy Foo, Ummi Nazeera, Maya Karin dan Shaheizy Sam.

Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-55 telah berlangsung di Macau, China pada 13-16 Disember lalu. Antara penggiat seni yang menyertai delegasi itu adalah  Shaheizy Sam dan Syafie Naswip mewakili filem Songlap, Maya Karin (Ombak Rindu), Ummi Nazeera (Hikayat Merong Mahawangsa) dan ramai lagi. Sumber dari Rotikaya memberitahu yang “tiada sebarang berita berkaitan kemenangan delegasi Malaysia di festival filem itu.” Harap karyawan-karyawan seni tak mudah putus asa, mungkin rezeki takde tapi dah tercalon tu kira bersyukur la kan.. Apa pun jom kita tengok beberapa keping gambar Sam bersama penggiat seni di Macau tempoh hari.

Continue reading

Farid, Diana Sanding Bertiga & Shaheizy Sam Murah Rezeki

Kredit gambar: Harian Metro

Musim cuti sekolah memang banyak la majlis kenduri kahwin diadakan. Artis-artis yang baru bernikah pun tak ketinggalan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ni. Antaranya ialah Ella dan pasangannya, Azhar dan juga pasangan yang baru bernikah dan baru je akan jadi ‘mama & papa’,  iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle akan mengadakan majlis persandingan mereka di Putrajaya pada 1 Disember 2012 (Sabtu). Wahhh ni memang betul-betul bunting pelamin. Pasti wajah kedua-dua pengantin ni akan berseri dengan kehadiran orang ‘ketiga’ pada majlis tu nanti :)
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Mejar (K) David Teo bersama artis-artis seperti Zalif Sidek, Mikael Andre, Ruminah Sidek serta pengarah filem, Hashim Rejab melawat pelakon, Maimon Mutalib di PPUM. 
@davidteo99

Sebagai manusia, biasa la kadang kala kita gembira dan kadang kala perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Macam seorang pelakon yang baru je muncul dengan filem Budak Pailang dan yang terbaru akan muncul dalam filem Minyak Dagu, Maimon Mutalib yang sedang menderita penyakit barah payudara dan kini dia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). MiG Online berharap semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif berlakon. Rasa sedih kalau kehilangan seorang pelakon yang hebat seperti Maimon Mutalib. Okay kita tinggalkan berita sedih. Jom kita tengok berita gembira pulak.

Continue reading