(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Yana Samsudin terbaekk!! Walaupun tak dapat nak hadir semalam tapi sempat jugak Yana layan peminat kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu melalui perbualan telefon :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah semalam telah berlangsung dengan jayanya Malam Pratonton Filem Minyak Dagu dan so far feedback yang diterima rata-rata berpuas hati dan terhibur dengan filem tersebut. Anyway filem Minyak Dagu nie dahpun ditayangkan bermula hari nie so kepada korang semua boleh la bawak pasangan korang atau kawan-kawan serta keluarga untuk menonton filem pembukaan tahun 2013 nie. Apapun sekarang nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar Instagram artis kesayangan korang macam baisa. Jom cekidautt!!

Fezrul Khan dan Kartina Aziz dalam salah satu babak dalam filem Minyak Dagu

Penerbit bersama dengan salah seorang pelakon, Siti Aziz di konti Hot FM bersama Suraya

 

3 Dara Pingitan kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu, (dari kiri) Siti Aziz, Afiera Riana & Adiba Yunus

Siti Aziz memegang watak yang mencabar dalam filem Minyak Dagu iaitu sebagai mayat & hantu Minyak Dagu

Adiba Yunus datang Malam Pratonton Filem Minyak Dagu.

Sempat MiG Online stalk instagram Adiba Yunus, comel je, nasib baik MiG Online kental melawan dugaan nak calit Minyak Dagu kat Adiba. Hehe.. Gurau je. Anyway Adiba bakal muncul dalam filem Wawa Semput (31 Januari 2013) bersama Yana Samsudin.

 

 

 

(Gambar & Video) Pelancaran & Doa’ Selamat Lagenda Budak Hostel

Hai peminat MiG Online! Semalam telah diadakan majlis pelancaran dan doa’ selamat untuk projek filem Metrowealth yang akan datang bertajuk Lagenda Budak Hostel. Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ni ialah hot mama, Nora Danish, pelawak terkenal, Along dan Angah Raja Lawak, Along Eyzendy dan ramai lagi. Filem ni juga turut manampilkan talent baru dari Singapura, Atikah Suhaimi. Korang yang rindu zaman sekolah atau kolej dulu boleh la tonton filem ni untuk mengimbas kenangan lalu. Cewahhh! hehehe. Jom kita tengok beberapa keping gambar dan video semasa pelancaran Lagenda Budak Hostel. Enjoy!  Continue reading

(Video) Ucapan Khas Dari Artis Kesayangan Korang

Rasanya dah 2 minggu kita berpuasa kan? Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Walaupun puasa dah dekat 2 minggu, MiG Online nak kongsikan video ucapan khas salam Ramadhan dari artis-artis kesayangan korang antaranya Yana Samsudin, Fezrul Khan, Epy Raja Lawak termasuk pelakon baru, Emily (heroin Glorifying Love) serta Siti Aziz. Jom kita tengok sekarang!

(Video) Cerita Artis di Bulan Ramadhan dan Syawal Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Semalam MiG Online dah kongsi dengan korang video Cerita Artis di Bulan Ramadhan dan Syawal Part 1 dan hari ini kita tengok pula sambungan cerita artis-artis MiG tentang puasa dan raya. Untuk part 2 kami sediakan temuramah bersama Yana Samsudin, Wawa Zainal, Fadzil Zahari adik kepada Farid Kamil, Kamal Faridz, dan Siti Aziz. Jom kita saksikan gelagat mereka yang mencuit hati menjawab soalan yang diajukan. Enjoy! ;)