
Kredit gambar: Harian Metro
Bermula esok, Budak Pailang filem aksi pertama arahan Hashim Rejab yang sebelum ni memang sinonim dengan filem romantik akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Bukan abang Hashim je yang pertama kali melibatkan diri dengan filem aksi, Aeril Zafrel pun sama sebab sebelum ni dia asyik pegang watak romantik je kan.. Kata Aeril 60 peratus daripada filem ni membabitkan aksi pergaduhan dan dia kena mempelajari seni mempertahankan diri, Muay Thai. Bukan kena belajar seni mempertahankan diri je, seorang lagi pelakon Budak Pailang iaitu Niezam Zaidi perlu menghadiri kelas lakonan untuk menjiwai wataknya sebagai Rodi yang memang memerlukannya melakukan aksi-aksi pergaduhan yang mantap sampai Niezam pengsan masa shooting! Nak tau lebih lanjut tentang pengalaman Niezam dan Aeril sehingga tercedera semasa penggambaran Budak Pailang, boleh la selak halaman 4 dan 5 di ruangan Rap, Harian Metro hari ini. Continue reading →