(Filem Kita) No Problem

Filem No Problem merupakan sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2001 yang merupakan filem penampilan sulung Maya Karin. Filem nie jugak menampilkan para pelakon best macam Allahyarham Zami Ismail, Opie Zami, Danny X-Factor dan ramai lagi. Filem nie merupakan filem ke-2 keluaran Metrowealth Pictures. Korang yang mungkin dah lama tak tonton atau tak pernah tonton filem nie, jom kita tonton sesamee… Cekidautt!! Continue reading

Paper Moon Raih Anugerah Antarabangsa

Wah!! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk MiG Online mengucapkan tahniah kepada filem “Paper Moon” kerana telah berjaya meraih 4 anugerah di Los Angeles Movie Awards 2013 baru-baru ini. Filem “Paper Moon” telah bertanding dalam kategori filem antarabangsa  dan telah berjaya menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Chrissie Chau), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Gordon Lam) , Lakon Layar Terbaik (Rebecca Hung Xi) dan Anugerah Kecemerlangan (Awards Of Excellence).

Continue reading

(Filem Kita) Mendam Berahi

Filem Mendam Berahi merupakan filem ke-3 terbitan Metrowealth Pictures dan yang bestnya filem nie menampilkan awek-awek dari 3 negara iaitu Malaysia, Filipina & Indonesia yang bergabung menjadi Charlie’s Angel Asia… Hehe. Anyway filem nie merupakan filem aksi yang menjalani penggambaran di Filipina dan ditayangkan pada tahun 2002. Wow… So kepada korang yang belum pernah tonton atau dah lama tak tonton, jom kita sama-sama tengok. Cekidautt!! Continue reading

(Al-Fatihah) Lagenda Terus Dikenang, S. Samsudin

Innalillah, itu je yang terpacul di mulut MiG Online selepas mendengar berita mengejut tentang perginya seorang seniman lagenda yang sangat terkenal semenjak tahun 1950an lagi. Allahyarham S. Samsudin yang sangat terkenal dengan melakonkan watak Sudin dalam filem Bujang Lapok bersama Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee pada suatu ketika dulu, telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi keluarga di 10:56 pagi tadi. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

(Filem Kita) Syukur 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari nie MiG Online nak share dengan korang sebuah filem evergreen yang jugak merupakan filem pertama terbitan MiG Pictures iaitu Syukur 21. Filem nie adalah filem Islamik dan merupakan filem pertama di Malaysia yang menggunakan teknik CGI melebihi 11 minit! Woww.. Filem ni jugak menampilkan kumpulan Raihan sebagai tunggak utama dan merupakan filem pertama bagi kumpulan Raihan. Mungkin ada antara korang yang belum pernah menonton atau rindu nak tonton filem nie. So MiG Online nak tonton filem nie dengan korang. Jomm Wayang!! Continue reading

Zizan, Awie Kental Bercuti Ke Krabi

Semalam bertempat di Cathay Damansara telah berlangsung majlis tayangan perdana filem Bikers Kental yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan, Awie, Zul Ariffin, Bront Palarae dan ramai lagi. Yang bestnya, filem nie turut menampilkan 2 pelakon jelita dari Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Filem yang menjalani penggambaran di Malaysia dan Thailand ini akan menemui penonton pada 23 Mei 2013.

Filem nie mendapat khidmat pengarah baru tapi berpengalaman iaitu Helmi Yusof yang dah bekerjasama dengan menjadi pengarah fotografi untuk beberapa pengarah feymes macam Mamat Khalid & Afdlin Shauki.

Anyway apa cer Bikers Kental nie? Cerita nie mengisahkan tentang Bidin (Zizan Razak) bersama dengan geng-geng yang tak berapa geng dengan dia iaitu Eddie (Awie), Arbi (Zul Ariffin) dan beberapa lagi geng yang lain konvoi naik motor dari Malaysia ke Krabi, Thailand. Bidin yang pada awalnya memang minat sangat superbike tapi sebabkan takde duit, terpaksa lupakan niat beliau tapi terjadi satu kisah yang membuatkan beliau mampu membeli superbike idaman beliau. Dalam perjalanan Bidin & Eddie ke Krabi, Bidin terjumpa awek siam, Saiya dan tangkap cintan la dan kemudian terjadilah satu peristiwa yang cemas kepada Bidin. Apa kesnya? Jangan lupa saksikan di pawagam nanti yea. Memang kelakooo tak hengat punya. ;)

Apa kata Zizan pasal filem nie? Jom cekidautt!!

(Malam Jumaat) Gempar!! Gangguan, Shima Anuar ‘Ditukar’ Di Highland Tower?

Meremang bulu roma tatkala aku melangkah masuk ke pinggiran Highland Tower, suasana yang sunyi, sekali-sekala kedengaran bunyi seperti beberapa orang yang tidak kelihatan bercakap menambahkan perasaan bergelora. Aku dan datuk… Oh, feeling Tamar Jalis pulak sekejap. Hehe.. Tapi apapun MiG Online nak share dengan korang kisah yang menyeramkan sewaktu team Pierre Andre shoot di lokasi antara paling keras di Malaysia, Highland Tower.

Kebetulan pada waktu tu, MiG Online baru je sampai untuk cover set penggambaran dan terus terlihat kelibat Shima Anuar yang nampak lemah ditarik keluar dari Highland Tower. Nak tau apa yang jadi? Jom saksikan ;)

 

(GAMBAR) Tahniah!! Fezrul Khan Dapat Anak Sulung!

Alhamdulillah… Baru sekejap tadi Fezrul Khan dikurniakan cahayamata selepas isterinya selamat melahirkan seorang baby boy di Prince Court. Mesti bila besar nanti jambu macam ayah dia, kan? Hehe.. Apapun tahniah Fezrul Khan dan untuk pengetahuan korang Fezrul Khan sekarang gigih berulang-alik dari hospital ke Cameron Highland kerana sedang menjalani penggambaran sebuah filem romantik. Tahniah dari MiG Online!!

(VIDEO) Nora Danish Cairkan Hati Peminat.

Pelakon comel berbakat besar, Nora Danish sememangnya semakin murah rezeki. Bulan April nie, peminat Nora Danish akan dapat melepaskan rindu untuk tengok lakonan terbaru Nora Danish dalam 2 filem terbaru Nora iaitu Dua Kalimah (4 April) dan Mencari Cinta (25 April) So kepada korang yang rindukan si comel nie, jangan lupa tonton di pawagam kedua-dua filem nie. Sebelum tu jom kita layan dulu trailer filem Dua Kalimah & Mencari Cinta. Cekidautt!!

Trailer Mencari Cinta