
Kredit gambar: Harian Metro
Pernah tak kereta korang ditarik oleh penarik kereta atau longkai? Kalau pernah, mesti korang ada pengalaman tersendiri dengan longkai atau dipanggil ‘towtruck’ kan.. Kisah penarik kereta ni akan difilemkan dalam filem Longkai arahan Hashim Rejab yang muncul buat kali kedua dengan filemnya yang bergenrekan aksi selepas Budak Pailang. Menampilkan pelakon-pelakon lagenda seperti Faizal Hussein dan Erra Fazira dan juga pelakon-pelakon muda yang berbakat besar seperti Wawa Zainal, Niezam Zaidi, Mikael Andre, Along Eyzendy, Dira Abu Zahar dan ramai lagi. Longkai dah pun mula menjalani penggambaran sejak semalam (11 Disember 2012) dan akan berterusan selama sebulan. Hashim kata ada 9 babak aksi yang tak pernah dipertontonkan di Malaysia. Wow! Apakah itu??? Rasa tak sabar la pulak nak menunggu filem ni ditayangkan. Okay kalau korang teruja nak tau lebih lagi tentang filem Longkai yang menelan kos sebanyak 2 juta ni boleh la selak halaman 10 & 11 di ruangan Rap, Harian Metro hari ini! Continue reading →