(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari nie hari jadi pelakon comel & macho Zalif Sidek, so MiG Online nak ambil kesempatan nie untuk ucapkan selamat hari jadi & semoga dimurahkan rezeki kepada Zalif. Apapun hari nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar artis-artis kesayangan korang yang dishare di Instagram. Cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Flawless sangat wajah comel Nora Danish nie, kan? mungkin disebabkan karekter periang dan sentiasa tersenyum Nora nie yang buatkan Nora sukar dimakan usia… ;)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca setia MiG Online. Hari Jumaat penuh rahmat kembali lagi hari nie. Area MiG Online buat kerja nie tengah hujan lebat, korang pulak macam mana? Anyway dengar katanya kat Kesas ada tempat yang banjir, so korang yang lalu tempat tu harap-harap berhati-hati la yea. Hari nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar instagram 2 artis kesayangan ramai dan jadi pooojaaaaannn hati korang iaitu Nora Danish & Wawa Zainal. Nora sekarang nie tengah berada di Singapura & Wawa pulak tengah berada di Sabah, bercuti kat kampung halaman. Anyway kepada korang yang rindukan update dari mereka, MiG Online tolong ubatkan sikit kerinduan korang tu. Cekidautt!! ;) Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Comel kan Yana Samsudin dalam dress nie? Macam tak sabar nak dirikan masjid je Yana? Hehe

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca setia MiG Online. Korang rindukan Yana Samsudin? Tak lama lagi Yana akan muncul dalam filem Wawa Semput, sebuah filem komedi aksi lakonan Yana bersama 2 lagi mamat kelakoo tak hengat Angah Raja Lawak & Along Cham. Filem nie merupakan antara cabang filem Adnan Sempit & bakal ditayangkan pada 31 Januari 2013. Anyway selain tu Yana jugak akan muncul dalam sebuah lagi filem romantis arahan Pierre Andre iaitu filem Cerita Kita pada 7 Mac 2013 erbsama-sama Pekin Ibrahim & Fezrul Khan. Hari nie MiG Online nak bawak korang skodeng aktiviti beberapa artis nie kat dalam Instagram. Cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca setia MiG Online. Macam biasa petang-petang yang aman nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar artis-artis kesayangan korang yang di’share’ di Instagram. Anyway jangan lupa saksikan drama Ruby di slot Samarinda pukul 10 malam hari ini. Apa yang jadi pada Benjamin dan Syuhara hari yea? Jangan lupa korang saksikan yea. Dah lama tak dengar kisah Fezrul Khan? MiG Online ada eksklusif wajah terbaru beliau. Hehe. Jom kita Cekidautt!!

Ni dia barisan juri rancangan Ratu (Mediacorp Suria) minggu lepas. Uncle Pantun, Mejar (K) David Teo, Miss Universe Nuraliza Osman, Pereka Fesyen Meletopp Juvian Mandagie & DJ Terbaekk Hafeez Glamour.

Walaweii.. Kalau sesetengah artis pilih salon terkemuka atau Hairstylist feymes, Farid Kamil sempoi je potong dekat ‘Kedai Kerinting Rambut Macha’ Terbaekk la brader kita nie.. Hehe

Yana Samsudin dan rakan-rakan beliau. Tengah buat apa? Jom follow Instagram Yana untuk maklumat lanjut ;)

Shaheizy Sam dalam drama terbaru, Kisah Cinta lakonan Sam dan Fazura. Kherlass~ Anyway nantikan update terkini Shaheizy Sam kat MiG Online esok pkul 9.35 pagi ;)

 

 

Ayunya yea tak Wawa Zainal nie. Korang yang nak lagi gambar-gambar latest dari Wawa Zainal apa kata follow instagram Wawa kat @waw4_zainal ;)

Jangan terkejut, ini la gambar terbaru Fezrul Khan melalui apps smartphone yang dia guna. Terkejut kan? Hehe.. Rajin Fezrul Khan nie melawak dengan peminat ;P

 

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Sweet, cute, romantikk!! Itu je yang MiG Online boleh cakap masa pergi ke Walimatulurus Apex & Leuniey Natasha kat Royale Bintang Damansara semalam. Kalau korang yang belum tengok gambar-gambar eksklusif yang MiG Online sediakan, korang boleh klik sini.

Tu pasal Apex & Leuniey. So macam artis kesayangan korang yang lain macam mana? So macam biasa hari nie MiG Online bawakkan secara khas kat korang aktiviti-aktiviti artis kesayangan korang dalam Instagram. Cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Selamat petang kepada semua pembaca MiG Online!! Semalam telahpun diumumkan senarai pendek 5 artis yang tercalon dalam setiap kategori masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. So hari nie MiG Online nak share dengan korang gambar-gambar artis kesayangan korang yang tercalon dalam ABPBH2012 je, kita kasi artis yang lain rehat sekejap. So jom kita cekidautt!! Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Yana Samsudin terbaekk!! Walaupun tak dapat nak hadir semalam tapi sempat jugak Yana layan peminat kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu melalui perbualan telefon :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah semalam telah berlangsung dengan jayanya Malam Pratonton Filem Minyak Dagu dan so far feedback yang diterima rata-rata berpuas hati dan terhibur dengan filem tersebut. Anyway filem Minyak Dagu nie dahpun ditayangkan bermula hari nie so kepada korang semua boleh la bawak pasangan korang atau kawan-kawan serta keluarga untuk menonton filem pembukaan tahun 2013 nie. Apapun sekarang nie MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar Instagram artis kesayangan korang macam baisa. Jom cekidautt!!

Fezrul Khan dan Kartina Aziz dalam salah satu babak dalam filem Minyak Dagu

Penerbit bersama dengan salah seorang pelakon, Siti Aziz di konti Hot FM bersama Suraya

 

3 Dara Pingitan kat Malam Pratonton Filem Minyak Dagu, (dari kiri) Siti Aziz, Afiera Riana & Adiba Yunus

Siti Aziz memegang watak yang mencabar dalam filem Minyak Dagu iaitu sebagai mayat & hantu Minyak Dagu

Adiba Yunus datang Malam Pratonton Filem Minyak Dagu.

Sempat MiG Online stalk instagram Adiba Yunus, comel je, nasib baik MiG Online kental melawan dugaan nak calit Minyak Dagu kat Adiba. Hehe.. Gurau je. Anyway Adiba bakal muncul dalam filem Wawa Semput (31 Januari 2013) bersama Yana Samsudin.

 

 

 

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Minyak Dagu di pawagam pada 3 Januari 2013!
@davidteo99

Hari ni hari terakhir bagi tahun 2012. So apa azam tahun baru korang? Macam artis-artis kesayangan korang kebanyakan azam mereka adalah untuk mengukuhkan karier dalam bidang seni. Lebih-lebih lagi Zalif Sidek yang memang nak fokus hanya kepada karier berbanding hubungan cinta. Sekarang Zalif sibuk dengan penggambaran filem Bencinta bersama Nora Danish, Azlan Komeng dan ramai lagi kat Langkawi tu. Kalau dia sibuk dengan shooting filem, Yana Samsudin pulak sibuk shooting drama Surat Dari Langit Biru. Bukan tu je, Diana Amir pulak sibuk dengan program bual bicaranya yang terbaru, SIS di TV9 bermula Januari ini. Jom kita tengok gambar-gambar busy women tu! :)
Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Along bersama Awie, Tai, dan Aliza Abdullah (Enot) dalam rancangan Tunggu Sekejap, setiap Ahad jam 11 malam di TV3.
@alongrajalawak

Salam petang semua! Baru-baru ni negeri-negeri kat pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu mengalami banjir teruk. Kebetulan Diana Amir ke sana sehingga Jumaat ni untuk menghadiri forum kesenian dan kebudayaan. Angah Raja Lawak pulak ke belah utara untuk menghadiri Pesta Pulau Pinang 2012 bersama Mie Raja Lawak dan Pakcu XN3. Hang pa semua orang Penang pakat ramai-ramai pi pesta malam ni kat Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau rasa malas nak keluar mana-mana, boleh la layan filem Strawberi Cinta di Astro First. Tapi sekarang jom kita tengok dulu gambar-gambar dari Instagram artis-artis kesayangan korang. Enjoy!

Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Nora dan Rayqal di Pantai Jumeirah, Dubai. 
@noradanish

Selamat kembali bekerja semua! Haaa masih ada ke yang tengah mood bercuti lagi? Nora Danish pun dah habis bercuti dengan keluarganya di Dubai. Sekarang dia akan kembali ke set penggambaran filem terbaru, Bencinta bersama Farid Kamil, Fezrul Khan, Zalif Sidek, Angah Raja Lawak, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Tapi bos Nora, Mejar (K) David Teo pulak yang pergi holiday sekarang bersama keluarga. Ye la asyik kerja je kan.. Sekali-sekala kena la rehat-rehatkan minda iye dokk?? Okay jom kita tengok gambar-gambar mereka semasa bercuti di luar negara. Wow seronoknya! :D
Continue reading