(Gambar) Wedding Of The Month!

Sempena musim cuti sekolah nie, MiG Online tak menang tangan dibuatnya, bukan apa, terlalu banyak undangan perkahwinan yang MiG Online terima dan MiG Online tau korang pun mesti bertambah chubby bulan nie sebab asyik makan nasik minyak je. Hehe. Anyway bulan nie jugak kita boleh saksikan sendiri ramai artis-artis kita yang menamatkan zaman bujang masing-masing seperti Izzue Islam, Zahid AF dan hari nie Beego pulak melangsungkan perkahwinan beliau dengan buah hatinya, Linda Hashim.

Izzue Islam & Awin

Perkahwinan pertama bulan Jun dimulakan dengan Izzue Islam yang mengahwini pengurus Izzue iaitu Awin, selepas berkenalan lebih dari 6 tahun pada 2 Jun ini. Dengan sekali lafaz, Izzue & Awin sah bergelar suami isteri dengan diijabkabul oleh ayah Awin sendiri di Dewan Shah Alam. Tahniah!

Zahid AF & Sarah Julifa

Perkahwinan Zahid yang mendapat liputan radio Era nie telahpun berlangsung pada 7 Jun kat Masjid Daerah Sultan Idris Shah, Teluk Intan dan sama macho dengan Izzue Islam, Zahid dan Sarah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz. Terbaekk!!

Comel je isteri Zahid nie, kan?

Beego & Linda Hashim

Beego dan Linda Hashim telahpun selamat bergelar suami isteri hari nie dengan sekali lafaz dan ini merupakan perkahwinan kedua bagi Beego. Untung Beego dapat isteri semanis Linda Hashim nie. Semoga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

(Gambar) Majlis Pernikahan Puteri Kesayangan Rosyam Nor, Arniesha Azureen

Baru-baru ini bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur, anak perempuan kepada pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor, iaitu Arniesha Azureen telah melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihannya iaitu Hafiz.

Majlis pernikahan itu dihadiri oleh kedua belah keluarga mempelai dan majlis tersebut bertambah menarik apabila Rosyam Nor telah menikahkan sendiri pasangan pengantin itu.

Jom kita layan dulu beberapa keping gambar pasangan bahagia ini. Continue reading

(Gambar) Lynda Roslan Kini Sah Isteri Aizul Marcello

Alhamdulillah… Pada hari Ahad lepas berlangsungnya majlis resepsi pelakon dan model serta artis residen MiG, Lynda Roslan bersama pasangannya, Aizul Marcello yang diadakan di Shah Alam. Sama cantik sama padan MiG Online tengok. Anyway MiG Online nak ucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan di sini MiG Online nak share dengan korang beberapa keping gambar sweet Lynda Roslan & Aizul Marcello terima kasih kepada Falihin Jasmy. Cekidautt!! :) Continue reading

(VIDEO) Harapan Izzue Islam

Tahniah diucapkan kepada Izzue Islam yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Harapan FFM 25. Semakin murah rezeki Izzue Islam nampaknya sejak berada bersama Kumpulan Forteen nie, kan? Anyway MiG Online berjaya mendapatkan Izzue Islam untuk korang, so jom kita dengar apa kata Izzue Islam berkenaan kemenangan beliau tu. Cekidautt!!

(Gambar) Eksklusif! Pierre Andre Bertunang!

20130209-201612.jpg

Terkejut pembaca MiG Online kalau baca berita nie, kan..? Mana taknya secara surprise pengarah dan pelakon terkenal, Pierre Andre telahpun mengikat tali pertunangan tadi. Alhamdulillah dan secara eksklusif MiG Online nak share dengan korang gambar yang diberikan oleh Pierre Andre untuk pembaca MiG Online. Cekidautt!! Untuk Pierre semoga cepat sampai majlisnya dan bahagia sentiasa.

Continue reading

(VIDEO) Mejar (K) David Teo Kongsi Rezeki!

Esok semua warga Cina akan sama-sama meraikan Tahun Baru Cina dan tahun nie adalah tahun ular. Kata mejar (K) David Teo, tahun nie ramai warga Cina berhati-hati dalam setiap yang dilakukan kerana perlu cari feng shui yang sesuai untuk melakukan sesuatu. Tapi bila sampai waktu angpau, haruslah feng shui baik-baik belaka. Hehe. Sebelum berangkat balik ke Segamat, Mejar (K) David Teo sempat meraikan Tahun Baru Cina bersama staf-staf MiG & jom kita cekidautt apa yang best melalui video nie. ;)

(VIDEO) Lunak Suara Dato Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Gubahanku’

MiG Online sememangnya seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain suka sangat dengar lagu-lagu yang didendangkan oleh Dato Siti Nurhaliza. Macam baru-baru nie MiG Online berpeluang untuk bersama-sama dengan para tetamu kat Walimatulurus Syafieq Hazieq & Nurul Nadia mendengar lagu evergreen yang didendangkan oleh Dato CT, terbaekk!! So hari nie MiG Online nak share dengan korang semua lagu ‘Gubahanku’ nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Cekidautt!!

(GAMBAR) Tahniah Syafieq Hazieq & Nurul Nadia!

Dato Siti yang semakin anggun bertudung litup

Ternyata tema Tiffany Blue dan dekorasi yang sangat sweet serta bagai dalam kayangan berjaya membuatkan majlis resepsi ataupun Walimatulurus pasangan pengantin baru Syafieq Hazieq bin Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi & pasangan Nurul Nadia menjadi begitu meriah serta penuh romantik. Wahh, macam pengacara Nona pulak MiG Online rasa. Hehehe. Semalam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dah pun berlangsung majlis tersebut dan dihadiri ramai kenamaan dan artis terkenal macam Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Utama Rais Yatim, Tan Sri Koh Tsu Koon, Dato Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Mejar (K) David Teo, Misha Omar, Arash Mohd dan ramai lagi.

Majlis yang dihadiri lebih dari 1,500 tetamu nie turut diserikan dengan persembahan dari Dato Siti Nurhaliza, Misha Omar, The Rangers & The Amigos. Memang style sangat. Anyway MiG Online nak share beberapa keping gambar khas sekitar walimatulurus tersebut untuk tatapan korang, cekidautt!! Continue reading

Husin Kembali Dihantui Mon. Siapa Jin Pakai Toncit?

Barisan pelakon dan tenaga produksi filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.

Semalam bertempat di GSC Mid Valley, sequel filem yang menjadi bualan ramai, Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Husin, Mon & Jin Pakai Toncit ditayangkan buat media, artis dan peminat bertuah. Ternyata demam Hantu Kak Limah masih belum surut sebab ramai yang hadir untuk menyaksikan sendiri filem tersebut termasuklah Datuk Yusof Haslam, Fizz Fairuz dan ramai lagi artis tanah air. Filem yang masih mengekalkan Awie, Allahyarham Pak Zami, Usop Wilcha dan Pak Jabit serta penduduk Kampung Pisang nie turut dibantu oleh Rashidi Ishak. Overall filem nie memang seronok ditonton dan jangan lupa saksikan di pawagam 7 Februari nie. Sebelum tu MiG Online nak share sikit gambar-gambar sekitar majlis semalam. Cekidautt!! Continue reading