Assalammualaikum dan selamat petang semua, hari ni seperti malam jumaat yang lepas MiG Online nak berkongsi dengan korang semua tentang sejenis hantu yang dikenali sebagai “Balan-balan “.
Balan-balan? Ok, Untuk pengetahuan semua balan-balan adalah sejenis hantu yang cukup popular di kalangan masyarakat Sabah. Balan- balan juga merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua, balan-balan terjadi apabila seseorang itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama.

Sesiapa yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah darpada tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Dikatakan juga balan-balan boleh menjangkiti orang lain sekiranya seseorang itu termakan bekas makanan yang telah dijilat oleh pengamal ilmu balan-balan ini, dan selalunya melalui ‘garam batu’ (sejenis garam keras yang selalunya dimakan bersama nasi).
Balan-balan kelihatan sama seperti hantu penanggal yang dikenali oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggal yang menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan juga balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.
Continue reading →