Apple Perkenal iOS Terbaru.

Menerusi WWDC 2013 yang diadakan pada 10 Jun lepas, Apple Inc. telahpun memperkenalkan iOS terbaru untuk gadget mereka yang digelar iOS 7. Kalau tengok dari segi interface dia memang agak familiar, tapi apapun MiG Online tak sabar nak tunggu iOS 7 nie dilancarkan nanti. Untuk korang, jom kita tonton video pengenalan nie. Terbaekk!!

Paper Moon Raih Anugerah Antarabangsa

Wah!! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk MiG Online mengucapkan tahniah kepada filem “Paper Moon” kerana telah berjaya meraih 4 anugerah di Los Angeles Movie Awards 2013 baru-baru ini. Filem “Paper Moon” telah bertanding dalam kategori filem antarabangsa  dan telah berjaya menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Chrissie Chau), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Gordon Lam) , Lakon Layar Terbaik (Rebecca Hung Xi) dan Anugerah Kecemerlangan (Awards Of Excellence).

Continue reading

(Sembang Selasa) Keek

 

Keek adalah antara  talian rangkaian sosial yang popular pada masa kini, ianya juga dianggap “gelombang baru dalam teknologi media sosial” sebagai reaksi kepada pertumbuhan itu telah diterima pada tahun 2012.

Seperti juga kebanyakan platform sosial yang lain, anda boleh berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga kenalan baru melalui Keek. Di mana Keek ini juga merupakan salah satu plafform untuk perkongsian video dengan mudah dan anda boleh memuat turun status atau mengemaskini video terbaru dan share video tersebut secara direct. Aplikasi ini cuma terbuka untuk iOS, Android , Laptop atau PC. 

Continue reading

(Oh My Destinasi) Pulau Layang-Layang

Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang adalah sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan “Spratly”. Pulau Layang-Layang ini terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu, yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif. Terumbu atau Pulau Layang-Layang ini terletak di Laut China Selatan. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.

Continue reading

Izzue Islam Bergelar Bapa?

ImagePelakon dan Penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam, 23, telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nurinafilah atau Awin, 31, yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam semalam.

Continue reading

(Sembang Selasa) Kartun Famous 90an – part 2

Assalammualaikum semua! Uolls Ingat lagi tak minggu lepas Kak Zie ada share tentang kartun-kartun retro Malaysia area 90an. So, kali ni Kak Zie nak share pula kartun-kartun retro  90an bertaraf antarabangsa katanya.hehehehe…  Hah! Inilah antara kartun-kartun yang berjaya membuatkan Kak Zie dan adik-adik Kak Zie time kecik-kecik dulu duduk melangut depan Tv tanpa menghiraukan sekeliling. Mighty Morphin Power Rangers,  Sailormoon ( dengan kuasa bulan akan menghukummu! Wweee~~), Doremon, Cardcaptor Sakura, dan Flinstones .

“Mighty Morphin Power Rangers” yang meletup sekitar tahun 1993-1995 menceritakan tentang 5  remaja yang mempunyai kekuatan super. Mereka adalah Jason Lee ScotKimberly Hart, Zack Taylor, Trini Kwan, dan Billy Cranston. Actually  kartun ini terdiri dari 3 season, tapi Kak Zie mampu  nak cerita season 1 jer, ok!  Cerita pada season pertama ni berkisarkan kehadiran Tommy merangkap power ranger hijau dan kemudiannya diikuti pula oleh ranger merah, kuning dan hitam yang  dipakai oleh Jason, Zack dan Trini.

p/s; Time ni kak zie berangan nak jd power rangers kuning.  :)

SAILORMOON

Ingat lagi tak?? Hah, meh sini Kak Zie nak share serba sedikit mengenai Kartun Sailormoon ni dan kalau korang sedar semua nama superheroin  ni berdasarkan nama planet dalam sistem suria, seperti ; Continue reading

(Gosip) Comel Habis Anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton

Comelnya Ryan, di samping Ning dan Omar Dalton.

Pastinya peminat setia penyanyi bersuara suprano ini boleh menarik nafas lega apabila Ning Baizura akhirnya menunjukkan gambar bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind sebentar tadi.

Ning selamat melahirkan Ryan, bayi lelaki hasil perkongsian hidup bersama Omar Dalton pada 31 Januari yang lalu. Continue reading

(Gambar) Majlis Pernikahan Puteri Kesayangan Rosyam Nor, Arniesha Azureen

Baru-baru ini bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur, anak perempuan kepada pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor, iaitu Arniesha Azureen telah melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihannya iaitu Hafiz.

Majlis pernikahan itu dihadiri oleh kedua belah keluarga mempelai dan majlis tersebut bertambah menarik apabila Rosyam Nor telah menikahkan sendiri pasangan pengantin itu.

Jom kita layan dulu beberapa keping gambar pasangan bahagia ini. Continue reading

(INSTAGRAM) Apa Cer Artis Kesayangan Korang?

Assalammualaikum dan selamat petang semua!  seperti yang kita sedia maklum esok bersamaan 1 mei merupakan hari pekerja, so dalam otak semua orang cuti, cuti dan cuti :) walaupun cuma sehari tapi yang pastinya mampu mengembirakan uolls, betul tak? So, MiG Online nak ucapkan selamat Hari Pekerja buat yang bekerja dan yang tak bekerja tu selamat jugalah yer…:) okey, seperti biasa MiG Online nak berkongsi dengan uolls semua aktiviti-aktiviti instagram artis kesayangan korang, Jom Cekidaut!!!

Continue reading