Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca setia MiG Online. Hari nie macam biasa MiG Online nak share dengan korang satu kisah misteri yang pernah berlaku di sebuah tempat di Johor. Orang-orang Johor atau yang tinggal di kawasan sekitar mungkin pernah dengar tempat nie ataupun pernah mengalami peristiwa misteri dan aneh kat sini.
“VILLA NABILLA”

Sebuah kawasan banglo tinggal yang dikatakan cukup menyeramkan dan seringkali terlihat kelibat entiti yang menyeramkan di kawasan nie. Apa yang jadi sebenarnya?
Terdapat bermacam-macam versi mengenai sebab kenapa banglo ini ditinggalkan, tapi apa yang pasti semua versi pasti membangkitkan keseraman kepada sesiapa saja yang mendengarnya.

Antara versi-versinya:
Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya raya dan hidup bahagia. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, tinggallah anak tunggalnya bernama Nabila. Nabila tinggal bersama orang gajinya. Disebabkan Nabila bakal mewarisi harta kekayaan ibu bapanya, orang gaji tersebut nekad membunuh dan mayat Nabila telah disimen dalam salah satu kawasan villa tersebut.
Versi 2 : Keluarga Nabila yang kaya raya ini telah dirompak dan semuanya dibunuh dengan kejam. Banglo itu dibiarkan kosong sejak rompakan dan pembunuhan tersebut berlaku.
Versi 3 : Keluarga Nabila telah dirompak dan Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam pada salah satu dinding dalam Villa itu.
Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga kaya yang sangat bahagia, tetapi pada suatu hari secara tiba-tiba bapa Nabila mengamuk lalu membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri.
Versi 5 : Villa ini dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Sebelum membina Villa ini si suami berjanji akan membahagikan tanah tersebut kepada 6 orang adik beradiknya, tetapi si suami itu mungkir janji lalu mengundang kemarahan 6 orang adiknya itu. Mereka mengupah wakil membunuh anak tunggal si suami iaitu Nabila dan isterinya kerana enggan membahagikan tanah tersebut. Akhirnya si suami juga turut dibunuh dan Villa itu terbiar selama 70 tahun.
Versi 6 : Versi terakhir. Menurut cerita orang dahulu Villa tersebut kepunyaan seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ nya dilucutkan, kemudian dia berpindah dari Villa tersebut dan hingga kini Villa itu terbiar.
“Kelibat Kanak-Kanak Yang Diseru”

Apa yang menyeramkan tentang villa nie? Ada yang kata kalau korang pegi malam-malam, korang akan cukup bertuah kerana akan dapat melihat roh kanak-kanak yang dikatakan ialah Nabilla yang menghantui kawasan tu. Ada orang cakap roh tersebut adalah hantu anak owner banglo tu yang mati dibunuh dan tak tenteram.
Ada yang kata kalau korang panggil nama kanak-kanak nie sebanyak tiga kali, ia akan muncul kat depan korang. Perkara nie dah banyak kali jadi kepada mereka yang berani sangat nak tengok benda yang tak pernah tengok.
Apapun yang terjadi kat Villa Nabila nie, ianya dahpun terkenal sebagai antara kawasan paling berpuaka di Malaysia. Namun ada yang kata villa nie dahpun diratakan untuk pembangunan baru. Betul ke? Siapa yang ada jawapan?

Pandangan dari atas pintu masuk Villa Nabilla


Jalan di sekitar Villa Nabilla


Kredit Gambar: Mazidul Akmal