Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 24hb Oktober 2010 yang lalu, dalam kemeriahan festival yang diadakan saban tahun itu, Metrowealth Pictures sekali lagi menjadi antara dominasi terunggul dengan memenangi pelbagai anugerah untuk beberapa filem yang ditayangkan sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Berikut merupakan anugerah-anugerah yang telah diraih oleh Metrowealth Pictures.
1. Anugerah Filem Box Office 2010 - Adnan Sempit
2. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani
3. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Yana
4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik - Brian Ng
Tahniah kepada semua pemenang-pemenang anugerah FFM 2010, sama-samalah kita memeriahkan industri filem negara.
Artis-artis di bawah naungan Metrowealth
David Teo bersama barisan artis-artis Residen MIG.