3, 2, 1 Cinta menemui peminat 16 Jun 2011

Filem komedi remaja terbaru arahan Azhari Zain, 3, 2, 1 CINTA bakal menemui peminat pada 16 Jun 2011. Filem kelakar tentang seorang tomboy yang tiba-tiba tangkap cintan dengan seorang pemuda kacak dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati jejaka tersebut. Gandingan mantap FARID KAMIL, DIANA AMIR, PIERRE ANDRE dan ramai lagi.

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam(diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘perempuan 37:1 lelaki’, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan untuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda 16 Jun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s