Shima Anuar – Ingin sehebat primadona.

 

Noor Hashimah bte Anuar atau nama pentasnya Shima Anuar merupakan taruhan terbaru Metrowealth Pictures untuk filem seram terbaru ‘Sumpahan Kum-kum’ yang diarahkan oleh pengarah ‘Ngangkung’, Ismail Bob Hasim. Memegang watak sebagai Mila, seorang gadis yang tertekan dengan sindiran rakan-rakan atas kerana wajahnya yang dipenuhi jerawat dan terjerumus dalam tipu daya seorang bomoh lakonan Lydiawati. Menjelma semula menjadi Hantu Kum-Kum selepas dibunuh kejam, dia kemudiannya mula mencari mangsa untuk melempias hajat lamanya untuk menjadi jelita.

 

“Pada awalnya saya memang terkejut apabila ditawar menjadi karekter Mila kerana saya masih lagi baru dalam bidang ini, namun saya bersyukur dan berterima kasih kepada Metrowealth Pictures, terutamanya David Teo dan Ismail Bob Hasim yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak ini,” ujar graduan Jurusan Seni Lakon, UiTM Puncak Perdana ini. Gadis berumur 20 tahun ini sering ditemani senyuman yang tak pernah renggang dari bibirnya. Sangat meminati tarian dan nyanyian, Shima Anuar berasa sangat bertuah bernaung di bawah pengurusan MiG Talent beberapa bulan lalu.

Shima antara barisan pelakon filem Sumpahan Kum-Kum di samping Fezrul Khan dan Putri Mardiana

 

Bermula sebagai salah seorang pelakon undangan untuk drama Klik di Astro Ceria sebelum diberi kepercayaan memegang watak dan berlakon disamping Shaheizy Sam dalam filem Bini-biniku Gangster, beliau turut berlakon di dalam filem Flat 3A arahan Azhari Zain.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Shima Anuar bercita-cita untuk memegang trofi Pelakon Wanita Terbaik dan berharap cita-cita beliau dapat dicapai sebelum berumur 25 tahun.

Apabila diajukan soalan mengenai siapakah yang bertakhta di hatinya ketika ini, kata Shima Anuar “Kerjaya adalah buah hati saya sekarang. Tentang soal cinta saya tolak ketepi dahulu sebab sebelum ini saya pernah berkenalan dengan seseorang, namun sukar untuk dia memahami kerjaya saya. Saya sayangkan kerjaya saya sebagai pelakon, jadi biarlah saya teruskan mengejar cita-cita saya,”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s