Adnan Sempit 2 penyambung tradisi Box Office Metrowealth?

 

Filem Adnan Sempit 2 sedang hangat menjalani penggambaran di sekitar Lembah Kelang dan masih mengekalkan pelakon-pelakon dari Adnan Sempit 1 iaitu SHAHEIZY SAM, ALONG RAJA LAWAK, INTAN LADYANA, YANA SAMSUDIN, ANGAH RAJA LAWAK dan penampilan terbaru watak misteri yang dilakonkan oleh SYUK RAJA LAWAK. Baca nama-nama ni pun memang dah cukup meyakinkan kita mengenai keAKSIan dan keKOMEDIan filem Adnan Sempit 2 ni, kan? Ditambah pulak dengan kapten kapal merangkap pengarah filem ni iaitu Ismail Bob Hasim yang mengarah filem NGANGKUNG, dah tentu elemen-elemen yang fresh dapat disampaikan di dalam filem ADNAN SEMPIT 2 ni.

“Setiap pengarah ada idea dan acuan masing-masing. Walaupun satu cabaran hebat untuk saya dalam mengarah filem yang berprofil tinggi seperti ADNAN SEMPIT ini, namun saya tetap bersemangat dalam memastikan filem ini dapat memuaskan hati penonton. Ditambah pula pengalaman saya mengikut produksi filem pertama ADNAN SEMPIT sebelum ini, ianya sedikit sebanyak membantu saya dalam mengarah filem ADNAN SEMPIT 2 ini,”

Kata Ismail Bob Hasim apabila ditanya mengenai cabaran mengarah filem ADNAN SEMPIT yang sebelum ini diarah oleh Ahmad Idham. Ismail Bob Hasim juga mengakui agak mudah menangani isu perwatakan karekter-karekter filem ADNAN SEMPIT 2 ini kerana masing-masing sudah ada perwatakan masing-masing yang dibawa dari filem ADNAN SEMPIT 1 cuma apa yang berbeza ialah halatuju setiap karekter tersebut yang agak berlainan dari filem ADNAN SEMPIT 1 di mana masing-masing ada masalah tersendiri.

SHAHEIZY SAM, yang memegang watak sebagai Adnan dalam filem ADNAN SEMPIT berkata ADNAN akan melalui proses yang bakal memberi kelainan terhadap watak Adnan Sempit sebelum ini.

“Jika dahulu Adnan berusaha untuk memikat Nadia, dalam filem ADNAN SEMPIT 2 ini Adnan perlu ‘memikat’ hati kedua ibu bapa Nadia dengan menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia. Dalam filem ini Adnan perlu bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang diberikan oleh inu bapa Nadia,”

Kata SHAHEIZY SAM yang kini turut hangat dalam filem KONGSI.

So lepas ni kita update lagi apa kata artis-artis lain macam YANA SAMSUDIN yang memegang watak Wawa, ALONG RAJA LAWAK yang memegang watak sebagai Bobby dan lain-lain lagi. sebelum tu kita layan gambar-gambar ni dulu.

 

2 thoughts on “Adnan Sempit 2 penyambung tradisi Box Office Metrowealth?

  1. pda sumea…jgn lupea sk0ng citer trbaru abg sam yea….
    kasi pecah panggung….sbb d0rang mmng sempoi….
    gud luck too abg sam,abg along..an sumea artis yg trlibat…..

    LOVE U ALL…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s