KongSi 2 bakal melangsi di pawagam!

Seperti yang kita ketahui bahawa filem KONGSI arahan Farid Kamil telah mencatat sejarah perfileman Malaysia setelah mencatat kutipan sebanyak  RM1.1 juta pada hari pertama dan reaksi positif dari respon peminat tentang filem ini telah menjadikan filem KONGSI ini adalah sebuah filem aksi komedi yang paling dinanti-nantikan.

Apabila ditanya tentang kutipan filem KONGSI pada hari pertama mencecah RM1.1 juta, beliau amat terkejut dan beliau amat bersyukur pada Illahi kerana ia merupakan luar dari pemikiran beliau serta ia juga telah mencapai sasaran Metrowealth untuk mencapai RM1.1 juta.

“Seperti yang saya telah maklumkan kepada pihak produser filem KONGSI adalah sebuah filem ‘non-linear ‘ yang mempunyai ‘cliff hanger’ dimana ianya mengandungi ‘ending’ yang tergantung dan kemungkinan besar  filem ini akan disambungkan dalam sequel yang kedua iaitu “KONGSI 2”.

Beliau amat teruja apabila mengetahui bahawa kutipan filem KONGSI telah mencapai RM5 juta dalam masa 4 hari sahaja, dan beliau mengharapkan penonton dan penyokong  filem-filem tempatan terus menyokong filem tempatan. Beliau juga berasa yakin bahawa filem Malaysia akan sentiasa maju ke satu tahap yang lebih baik bukan sahaja dari segi kutipan, mahupun penonton tetapi juga dari segi kualiti. Beliau juga yakin bahawa filem tempatan akan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Selain daripada itu, apabila ditanya tentang perancangan Farid Kamil tentang filem yang berbentuk serius, Farid Kamil berkata

“Seperti yang semua tahu filem KONGSI adalah sebuah yang saya ‘merge’kan aksi dan komedi  menjadi satu filem. Filem seterusnya iaitu filem Pe-3 juga adalah sebuah filem aksi komedi,”

Filem Kongsi 2 dikhabarkan akan menceritakan siapakah Kimpedu, mengapa beliau ingin berkuasa di Malaysia dan apa yang bakal terjadi kepada Tumulak. Inilah gambaran yang diberikan oleh Farid Kamil apabila ditanya mengenai kesinambungan filem Kongsi ini. Adakah itu yang akan disajikan kepada penonton? Sama-sama kita nantikan filem Kongsi 2 yang dijangka menjalani penggambaran selepas raya tahun ini.

Kepada semua peminat dan penyokong Farid Kamil, jangan lupa saksikan filem KONGSI yang masih hangat ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=whpzKtaYIE

3 thoughts on “KongSi 2 bakal melangsi di pawagam!

  1. Assalamualaikum, saya nashrin. Umur 13 tahun. Saya ada pegi casting mig haritu. Yang pasal “kongsi 2” ni, ada tak nak pakai actors? Thanyou for ur time.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s