Bulan Pierre Andre

Bulan Julai boleh dikatakan bulan untuk Pierre Andre apabila filem terbaru beliau, 3, 2, 1 CINTA lakonan bersama Diana Amir dan Farid Kamil bakal menemui pawagam pada 16 Jun ini dan drama terbaru arahannya, Ana Lu’lu bakal menemui peminat bermula malam ini di slot Lestari, TV3 pukul 9 Malam

ASAP : Cinta Terakhir adalah filem pendek yang mengupas isu – isu berkaitan anti merokok. Pierre Andre merupakan salah seorang pelakon yang terlibat dalam pembikinan filem ini selain Liyana Jasmay dan Iz Suliani. Menurut Pierre Andre, dia amat selesa bekerjasama dengan pelakon-pelakon muda seperti mereka kerana mereka sangat profesional.

Pierre Andre baru sahaja selesai mengarah sebuah drama bersiri untuk slot Lestary iaitu Ana Lu’lu. Drama Ana Lu’lu arahannya ini akan menemui penonton pada 7hb Jun 2011 bagi menggantikan Asmara 2. Di antara pelakon – pelakon yang membintangi drama ini antaranya Nora Danish, Kamal Adli, Wawa Zainal dan ramai lagi. Tentu ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan drama yang diarahkan oleh Pierre Andre ini kerana seperti yang kita sedia maklum Pierre Andre merupakan salah seorang pengarah yang sangat kreatif dan berpotensi tinggi untuk berjaya di dalam industri ini.

Pierre juga sedang sibuk dengan beberapa filem yang melibatkan dirinya sebagai pelakon diantaranya filem romantik komedi “3,2,1 Cinta” yang akan di tayangkan di pawagam pada 16hb Jun 2011, di mana beliau memegang watak penting sebagai Faris atau Ayam. Filem komedi ini akan membuatkan anda tidak kering gusi kerana jalan ceritanya amat mencuit hati penonton. Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan remaja di kolej dengan pelbagai kisah-kisah menarik pasti menjadi tarikan utama penonton ke pawagam. Filem “3, 2, 1 Cinta” membariskan pelakon-pelakon yang hebat seperti Diana Amir dan Farid Kamil sebagai watak utama.

Jadi jangan lupa saksikan Drama Ana Lu’lu di slot Lestary di TV3 yang akan menemui anda pada 7hb Jun, setiap hari Selasa pada jam 9 malam dan filem “3,2,1 Cinta” yang akan ditayangkan pada 16hb Jun ini di pawagam yang berdekatan dengan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s